Aroma kopi yang semerbak harum, mampu menggoda kita untuk bersarapan dan memulakan hari yang baru dengan penuh bersemangat.
Kehebatan secawan kopi bergantung kepada banyak faktor. Suhu air, jumlah serbuk kopi, kesegaran bijian kopi dan asas air adalah antara faktor penting dalam menyediakan secawan kopi.
Bersama Duta Kopi dari Starbucks (Malaysia), Cik Ayesha Dahalan, Nona kongsikan 4 tip bagi menghasilkan secawan kopi yang enak, beraroma dan berkualiti, setaraf membelinya sendiri di kedai.
(1) Jumlah Kopi
Resipi untuk menghasilkan secawan kopi adalah 2 sudu makan serbuk kopi (bersamaan 10 gram) dibancuh dengan 6 auns (180 ml) air panas yang juga dikenali dengan nama brewing. Ini merupakan resepi yang ditetapkan.
Air kopi yang beraroma dihasilkan apabila air panas digabungkan dengan serbuk kopi yang dikisar segar. Jika anda berpendapat kopi yang dibancuh terlalu kuat dan pekat, anda boleh mencampurkan sedikit air panas selepas proses brewing, bukan mengubah resepi asal.
(2) Kisaran
Saiz kisaran serbuk kopi memainkan peranan penting untuk menghasilkan secawan kopi yang berkualiti. Saiz kisaran akan menentukan berapa lama dan berapa banyak air bersentuhan dengan serbuk kopi dan proses brewing
Terdapat pelbagai cara untuk brewing secawan kopi. Sama ada penapis kon kertas, coffee press mahupun mesin espresso, setiap satu memerlukan saiz kisaran serbuk kopi yang berbeza.
(3) Air
Secawan kopi mengandungi 98% air, kerana itulah air yang digunakan untuk membancuh kopi haruslah diambil kira. Elakkan air mineral, air suling atau air bercampur klorin. Anda digalakkan menggunakan air bertapis untuk membancuh secawan kopi.
Suhu air yang sesuai adalah 90 – 96 darjah Celsius. Jika anda menggunakan cerek untuk memasak air, anda boleh mengalihkan cerek beberapa saat dari dapur setelah mendidih.
(4) Kesegaran
This website uses cookies.