Satu persatu kejayaan cemerlang diraih atlet paralimpik negara ini. Selepas berjaya mempertahan pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo acara lompat jauh (T20), sumbangan dan jasa Abdul Latif Romly terus mendapat perhatian selepas dia dianugerahkan gelaran Datuk!
Terbaharu, atlet kelahiran Perlis ini melakar satu lagi pencapaian apabila dianugerahkankan Ijazah Kehormat Sarjana Kemanusiaan. Ia bersempena Istiadat Konvokesyen ke-16 Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Tahniah!
Ads
Berkongsi momen istimewa itu di media sosial, Datuk Latif Romly meluahkan rasa syukur atas penganugerahan tersebut.
“Syukur alhamdulilah terima kasih Ya Allah atas penganugerahan ini. Anugerah ini membuktikan atlet paralimpik masalah pembelajaran seperti saya juga mampu menggenggam segulung ijazah.
Terima kasih juga kepada UNIMAP atas anugerah kehormat ini. Terus bersemangat mengejar impian!”
Awal tahun lalu, pencapaian membanggakan Datuk Abdul Latif menarik perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam Istiadat Pengurniaan Darjah, Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan itu, jaguh sukan berkenaan menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PWM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Perkara berkenaan dikongsikan Majlis Sukan Negara (MSN) di akaun Facebook rasmi mereka.
Dalam temu bual Nona bersama Datuk Abdul Latif bagi edisi Nona Superhero, beliau mendedahkan mula menceburi bidang sukan ketika zaman persekolahan lagi. “Saya mula serius ceburi sukan lompat jauh ini ketika di Tingkatan 3, umur 15 tahun. Banyak sukan yang saya masuk sebelum ini dan saya pilih lompat jauh atas saranan cikgu.
Ads
Mungkin cikgu nampak fizikal saya yang tinggi, sesuai dengan kategori sukan ini. Jadi, cikgulah yang nampak bakat saya di situ.
Ads
Ikutkan dulu semua sukan saya main. Bola sepak, bola baling, bola tampar dan untuk olahraga pula saya pernah turut serta larian 100 meter, lompat kijang dan lompat tinggi. Lepas jurulatih nampak potensi saya, mereka bawa pergi buat ujian kecergasan sama ada layak masuk Majlis Sukan Negara (MSN) atau tidak.
Alhamdulillah saya diterima masuk MSN pada bulan Julai 2014. Dua tahun lepas tu, nama saya tersenarai sebagai atlet untuk Sukan Paralimpik Rio,” katanya yang menjadikan jaguh lompat jauh dunia, Aleksandr Menkov dan Datuk Wira Lee Chong Wei sebagai sumber inspirasi.
Datuk Latif Romly juga dilaporkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini bersama pilihan hatinya, Nabila Farhana Musaidi yang merupakan seorang pendidik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap momen indah yang dicipta dari hanya sahabat sehingga megukir ikatan cinta tersimpul rapi di jiwa dan sanubari Mohd Harris Arifin bin Kamal Ariffin dan isterinya, Dr Athirah Ramli. Pasangan yang telah memilih konsep perkahwinan bertemakan taman tropika ini mendapat sentuhan perancang dekorasi perkahwinan terkenal, Razak Luxe Decor untuk merealisasikan perkahwinan mereka.
Reputasi Razak Luxe Decor yang pernah diberi penghormatan menggubah untuk parti seperti Anugerah Emmy dan Anugerah Academy ini tidak perlu disangkalkan lagi. Tidak hairanlah, ia sering menjadi pilihan kerabat diraja serta selebriti luar negara dan tempatan.
“Konsep majlis akad nikah yang telah kami pilih ialah enchanted forest. Saya memilih konsep ini kerana gemarkan keindahan rimba dengan rimbunan flora dan fauna yang segar dan sejuk mata memandang. Sekali gus memberikan suasana majlis akad nikah yang selesa dek pandangan mata dengan pemandangan nan menghijau,” ujar Dr Athirah.
Pasangan raja sehari sekali lagi diraikan dalam majlis persandingan penuh elegan di Hotel St Regis, Kuala Lumpur. Kali ini, konsep perkahwinan yang menggabungan rona hitam klasik menjadi pilihan mempelai. Sentuhan Razak Ahmad dari Flora ETC masih lagi dikekalkan bagi memberi nuansa rona warna hitam yang gemilang dan pastinya eksklusif.
Ketika diminta mengungkap perjalanan kisah cinta pasangan romantis ini, Athirah berkata sikap tanggungjawab dan keperibadian yang dimiliki Harris antara sebab mengapa lelaki tersebut berjaya menawan hatinya. Tambah Athirah lagi, antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang mereka berkawan adalah kesanggupan Harris berkorban untuk dirinya dan membuktikan kesungguhan jejaka tersebut untuk hidup bersama.
“Bayangkan, pernah satu ketika kami berselisih faham dan Harris sanggup berjalan kaki dari Kampung Baru ke kediaman keluarga saya di Wangsa Melawati semata-mata untuk menyelesaikan masalah. Saya anggap dia serius dalam merencanakan masa hadapan bersama saya. Saya yakin, dia sanggup untuk berada di sisi saya sebagai mahram yang membimbing saya ke gerbang rumah tangga,” cerita Athirah yang nyata terharu dengan sikap yang dimiliki oleh suami tersayang.
Pada resepsi persandingan ini, Harris segak mengenakan sut serba hitam manakala Dr Athirah anggun dengan dres pengantin rona hitam dengan solekan sederhana yang menyerlahkan lagi seri di wajahnya. Ketika ditanya mengenai destinasi bulan madu, pasangan ini sepakat memilih beberapa negara sekitar Eropah sebagai destinasi pilihan di samping mengeratkan kasih sayang suami isteri. Semoga mahligai cinta yang dibina atas dasar cinta ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Label terkenal skaf dan busana, Ariani telah melancarkan koleksi Ariani Luminous Lebaran 2018 bagi menyerikan sambutan aidilfitri tahun ini. Sebanyak 60 pilihan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.
Menampilkan rekaan selendang sehinggalah ke pilihan tudung instant, koleksi Ariani Lebaran 2018 merangkumi pilihan hijab polos dengan warna pastel dan vibrant serta pilihan corak printed yang segar dan menjentik pandangan. Formulasi tudung instant untuk musim perayaan pula adalah mengikut kehendak dan permintaan pelanggan yang inginkan helaian hijab instant yang mudah digayakan.
Sentuhan eksklusif berupa permata Swarovski dan perincian lace berkualiti tinggi menjadikan koleksi hijab tampak eksklusif. Menariknya 10 koleksi hijab merangkumi selendang, tudung segera dan bawal turut ditampilkan bersempena kolaborasi dua drama arahan Michael Ang iaitu Hati Seorang Perempuan dan Pengantin Salju.
Lima koleksi rekaan Scarf Hati Seorang Perempuan by Ariani edisi terhad terdiri daripada Bawal Fleur Ilaina, Selendang Bloom Ilaina, Selendang Airy Ilaina, Selendang Charming Ilaina dan Instant Grace Ilaina. Setiap helaian tudung ini direka dengan mengadaptasi karektor pelakon utama drama iaitu Mira Filzah dan Uqasha Senrose dalam helaian hijab yang penuh cita rasa.
Ariani juga telah menghasilkan koleksi istimewa Scarf Pengantin Salju by Ariani dengan menampilkan helaian tudung instant dan selendang juga dalam edisi terhad bersempena dengan kolaborasi Drama Pengantin Salju yang dibintangi oleh penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana. Tersedia tiga koleksi istimewa yang terdiri daripada koleksi Selendang Kaseh Salju, Bawal Sonata Salju dan Instant Hana Salju.
Untuk koleksi Ariani Luxe, sebanyak 30 koleksi dipersembahkan. Koleksi hijab premium ini mendapat sentuhan artisan mahir dengan penggunaan perincian renda dan Swarovski eksklusif terdiri daripada rekaan selendang, turban dan inner.
Bagi melengkapkan koleksi lebaran, Ariani juga telah melancarkan 30 daripada 70 rekaan terbaharu koleksi Glam Lebaran by Ariani RTW yang merangkumi kurung moden polos, kurung bercorak moden dan jubah daripada pelbagai nuansa pastel dan terang. Koleksi Glam Lebaran by Ariani RTW turut menghasilkan koleksi plus size atas permintaan pelanggan.
Khas buat penggemar rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif, Ariani juga menampilkan koleksi The Premium Series By Ariani RTW. Koleksi ini dijual dalam kuantiti yang terhad. Keistimewaan koleksi The Premium Series ini ialah daripada segi penggunaan material brocade dan kapas berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori berupa Swarovski.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga. Sebak baca luahan Fauziah Nawi yang merindui Allahyarham anaknya. Mengintai laman media sosial anak seni ini, dia kerap berkongsi gambar kenangan bersama anak tersayang selain tak putus-putus mengirim doa.
Menghitung hari mengenang pemergian anak tersayang, Pitt Hanif, bagi wanita yang bergelar ibu pasti memahami rasa rindu yang menyelubungi jiwa biduanita negara ini.
Meskipun sudah tiga tahun berlalu namun gelak tawa dan gelagat Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif masih segar di ingatan Fauziah.
Jelas terserlah betapa besar rasa kasih aktres ini yang tak jemu mengenang kenangan indah bersama arwah anak dan tabah meniti hari-hari mendatang tanpa kelibat suami kepada pelakon Farah Ahmad itu.
“Rabu 5.4.2023 bersamaan 14 Ramadan 144H. 3 tahun 160 hari sudah kau wahai anak buah hatiku pergi meninggalkan kami bertemu RabbMu.
Setiap hari aku masih merinduimu, masih menitipkan doa buatmu, tak lupa baba, atok dan mak nek.
Kalian kekuatanku dan terus jadi kekuatanku. Kerinduan ini tak pernah hilang.
Moga kau dikasihi dan menerima ehsan Rabbmu. Sebagaimana redanya aku terhadapmu, aku berharap Allah meredaimu juga. Aku terus memperjuangkan hakmu wahai anak.”
Ujar Fauziah lagi, “Bila yang dikasihi jadi kenangan maka segala kenangan itu amat berharga. Al Fatihah buat buah hatiku belaian jiwa Hj Mohd Firdaus bin Hj Mohamad Hanif a.k.a Pitt Hanif.
Moga kau tenang dalam dakapan khaliq mu wahai anak.”
Allahyarham Pitt yang merupakan penulis skrip dan pengarah meninggal dunia pada Oktober 2020 selepas ditemui lemas di Sungai Mela, Jerantut, Pahang ketika bersama temannya keluar memancing usai penggambaran.
Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Buat Ibu Fauziah Nawi, semoga Allah kurniakan kesabaran untuk menempuh ujian ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...