Setiap wanita dilahirkan dengan kekuatan luar biasa dan salah satu keistimewaan yang Allah kurniakan kepada mereka adalah keupayaan menahan sakit ketika melahirkan anak. Turut diberi nikmat merasai kesakitan saat melahirkan cahaya mata secara semula jadi pada 13 Mac lalu ialah finalis Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid. Ia merupakan anak sulung bagi Mawar sementara cahaya mata ketiga buat suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob.

Ads

Berkongsi momen indah tersebut di media sosial masing-masing, Raf dan Mawar sepakat menamakan bayi lelaki comel mereka Raden Muhammad Rafael yang dilahirkan dengan berat 3.4 kg. Baik ibu mahupun anak, kedua-duanya berada dalam keadaan baik.

Harungi Saat Bersalin Dengan Zikir & Tanpa Epidural, Kekuatan MAWAR RASHID Sentuh Hati RAF YAAKOB!Harungi Saat Bersalin Dengan Zikir & Tanpa Epidural, Kekuatan MAWAR RASHID Sentuh Hati RAF YAAKOB!Lumrah bagi pasangan selebriti dan dikenali ramai… apa sahaja perkembangan terbaru mereka pasti ingin diketahui peminat. Sebagai memenuhi pertanyaan semua, Raf akhirnya terpanggil untuk memberi sedikit perkongsian tentang keadaan ibu dan anak sebelum serta selepas dilahirkan.

“Mawar Rashid bersalin secara normal. She wasn’t on epidural or laughing gas. It was a pure 100% natural birth. Sakit dia, hanya Mawar dan Allah SWT sahaja yang tahu. I was with her all the time. Dia mengharungi segala kesakitan dengan tenang. Through out the surging (contraction) period, dia banyak berzikir. Raf hanya berikan light massage on her both legs dan pinggang di samping doa dan zikir yang tak putus-putus supaya Mawar dan baby tenang.”

View this post on Instagram

Sejurus @radenrafaelraf lahir, Raf azankan di telinga kanan dan iqamah di telinga kirinya. Raden Muhammad Rafael, papa dan mummy doakan supaya Rafael membesar dengan sihat, sempurna akal dan fizikalnya dan menjadi anak yang soleh. Papa dan Mummy juga berdoa supaya Rafael menjadi imam dan ikutan kepada orang2 yang soleh dan solehah. Aamiin Allah Humma Aamiin ?? • Bila Rafael da besar nanti, sama2 bantu papa dan mummy membimbing adik beradik yang lain serta anak cucu Rafael sendiri nanti. Tunjukkan contoh yang terbaik buat semua keluarga kita supaya menjadi ikutan yang lain. Kita ada family di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Jaga nama baik semua keturunan kita nanti ya. We love you so much @radenrafaelraf. We love you the same too @radenrayyanraf dan @raysaachanelaraf ??? • Full video ada di MawaRaf YouTube Channel. Click the link on my bio.

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh menanti kehadiran ‘orang baru’ tersebut… Raf dan Mawar mengakui cukup teruja untuk melihat wajah zuriat yang dikandung. “On that wonderful night? Raf dan Mawar kept reminding each other, setiap kesakitan surging (contraction) yang dilalui, it only means that we are very close to welcome and to see our baby Raden Muhammad Rafael.”

Boleh bayangkan betapa bahagia dan bertuahnya Mawar apabila suami setia berada di sisi sepanjang masa menyaksikan sendiri pengorbanan isteri demi melahirkan zuriat tersayang.

Harungi Saat Bersalin Dengan Zikir & Tanpa Epidural, Kekuatan MAWAR RASHID Sentuh Hati RAF YAAKOB!

Ads

“I’m so proud of you my lady. Mawar have been a wonderful wife to me. Dia sangat-sangat hormat dan patuh dengan Raf. She’s such a loving stepmom to Raden Rayyan and Raden Seri Raysaa Chanela too and I can’t be thankful enough for that. 

Last but not least, betul syurga bawah tapak kaki suami. But she’s also a good daughter to her mum Marinee Abdullah and my mum. Kebajikan Mawar pada her whole family and my family is something that I always respect and adore. Mungkin ini agaknya salah satu sebab Allah SWT permudahkan dia bersalin secara normal. Syukur alhamdulillah.”

Mawar dan Raf sah bergelar suami isteri pada 9 November 2017 dalam majlis pernikahan gilang-gemilang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Ads

 

 

Kredit: Instagram Raf Yaakob

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI