Bila menyebut tentang solekan, pastinya menjadi sebahagian dari kegemaran wanita. Mana tidaknya, bermain dengan pelbagai rona warna pembayang mata, gincu bibir dan sebagainya untuk mencantikkan penampilan diri. Begitu juga buat peserta Fabulous MUA NONAxFCC, El Manda Suhairy yang berasal dari Cyberjaya, Selangor ini.

#FABULOUSMUA Pernah Dilabel Mekap Too Perfect & Beauty Make Up, Manda Nekad Keluar Comfort Zone!

Ads

Manda yang sememangnya amat meminati seni ini bukan sahaja cenderung terhadap seni solekan semata-mata, malah minat terhadap seni lukisan juga menjadi satu kelebihan buat dirinya berkarya dalam menghasilkan solekan yang mempersona.

“Jangan tak  tahu, Manda mula berminat dalam bidang solekan ni sejak berusia 14 tahun lagi. Bermula dari keinginan untuk bergaya dengan solekan untuk membina keyakinan diri sendiri, lama-kelamaan hasil sentuhan solekan Manda menjadi talk of the town di kalangan rakan-rakan sekuliah. Jadi, setiap kali mereka mahu menghadiri majlis makan malam atau apa sahaja majlis yang diadakan di kampus, Manda jadi jurusolek rasmi mereka,” ujar lulusan kulinari dari Universiti Teknologi MARA ini.

#FABULOUSMUA Pernah Dilabel Mekap Too Perfect & Beauty Make Up, Manda Nekad Keluar Comfort Zone!

Bermula dari situ, Manda mula memasang cita-cita untuk mendalami bidang solekan apatah lagi setelah melihat hasil kerja beberapa nama besar dalam dunia solekan seperti Datin Saidatulnisa Aminuddin dan Epie Temerloh. Solekan mata dramatic hasil sentuhannya  cukup wow!. Disebabkan itu, saya mulakan langkah dengan memasuki personal class make up dengannya. Beliau banyak berkongsi ilmu solekan yang saya aplikasi sehingga kini.

#FABULOUSMUA Pernah Dilabel Mekap Too Perfect & Beauty Make Up, Manda Nekad Keluar Comfort Zone!

Bermula dari langkah pertama, Manda tidak lagi menoleh ke belakang. Bermula dengan job  solekan artis, saya juga pernah menyolek isteri Menteri Besar Perak, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi. Manakala selebriti yang sering mendapatkan sentuhan Manda termasuklah Hafiz Suip, Azharina Azhar, Jasmin Suraya, Sarah Suhairi dan ramai lagi.

#FABULOUSMUA Pernah Dilabel Mekap Too Perfect & Beauty Make Up, Manda Nekad Keluar Comfort Zone!

Hampir 7 tahun dalam industri solekan, Manda juga tidak terkecuali dari saat pahit yang menguji kredibilitinya sebagai make up artist. Hasil sentuhannya pernah ditolak oleh jurufoto professional dek kerana hasil sentuhannya dianggap begitu perfect and beauty make up semata-mata.

Ads

“Pengalaman hasil kerja ditolak oleh jurufoto professional  yang melabelkan hasil kerja saya sebagai too perfect and beauty make up menjadi tamparan hebat untuk saya keluar dari zon selesa. Kata-katanya yang mahu saya hasilkan karya yang lebih bersahaja tetapi versatil menjadikan saya nekad untuk menggali lebih banyak ilmu solekan.  Saya mula mengambil kursus editorial make up technique dengan  beberapa orang jurusolek tempatan dan luar negara. Alhamdulillah, ia menjadi wake up call untuk saya berubah  dan meningkatkan kemahiran dan teknik solekan,” ujar Manda yang mengagumi hasil sentuhan Khir Khalid.

Wanita yang punya cita-cita besar dalam dunia solekan ini menganggap dunia solekan mempunyai skop yang luas untuk diterokai kerana  ia merupakan satu cabang seni. Pernah memasuki beberapa pertandingan solekan antaranya termasuklah Top 10 MMA 2019, Top 15 NyxFace Award 2019, Manda mahu terus mendalami bidang yang amat dicintai ini.

#FABULOUSMUA Pernah Dilabel Mekap Too Perfect & Beauty Make Up, Manda Nekad Keluar Comfort Zone!

“Sebagai peminat seni, ia merupakan satu benda yang subjektif. Seni dizahirkan dari jiwa ke wajah. Ianya umpama terapi untuk diri saya. Saya zahirkan solekan melalui jiwa dan hati. Ia sukar untuk digambarkan melalui kata-kata. Ianya sesuatu yang istimewa,” ujar Manda lagi.

Ads

Penyertaan Manda dalam Fabulous MUA adalah untuk mencabar kemampuan Manda. Manda ingin mengetengahkan bakat dalam dunia solekan. Manda akui kurang mahir berkomunikasi di khalayak serta darah gemuruh. Jadi platform Fabulous MUA beri pendedahan terbaik untuk Manda keluar dari zon selesa dan berani berhadapan dengan apa jua task yang diberi.

#FABULOUSMUA Pernah Dilabel Mekap Too Perfect & Beauty Make Up, Manda Nekad Keluar Comfort Zone!

Selain mengetengahkan bakat dalam seni solekan, Manda ingin berkongsi ilmu kecantikan dengan semua wanita agar mereka  yakin dengan diri sendiri kerana setiap wanita mempunyai kecantikan yang tersendiri.  Manda harap ia menjadi inspirasi wanita diluar sana.

Saksikan Manda dan lapan lagi peserta yang bertanding dalam Fabulous MUA NONAXFCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA NONAXFCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah NONA. Antaranya di YouTube, Facebook dan laman web rasmi Majalah NONA bermula 1 November ini, jam 8 malam. Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah NONA, Kiffy Razak selaku juri tetap.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI