Sedar atau tidak, bentuk badan juga menjadi salah satu punca terjadinya diabetes. Jangan ingat individu dengan berat berlebihan saja berisiko untuk diserang diabetes. Mereka yang berbadan kurus pun turut terdedah. 3 bentuk badan ini paling berisiko. Jadi, berhati-hatilah kalau anda tergolong dalam kategori ini.
Masalah ini tak hanya dialami oleh mereka yang berbadan besar malah di kalangan orang kurus yang memiliki berat ideal juga. Lemak perut merupakan jenis lemak jahat yang menjadi punca utama perut buncit yang membahayakan kesihatan.
Lemak perut mempengaruhi penghasilan lemak darah. Berlaku kenaikan kolesterol total dan kolesterol jahat (LDL), menurunnya kolesterol baik (HDL) dan resistensi insulin. Keadaan inilah menjadi petanda awal diabetes. Insulin tidak berfungsi secara optimum sehingga menyebabkan glukosa darah meningkat dan tidak dapat masuk ke dalam sel-sel badan.
Lelaki dan wanita yang memiliki lilitan pinggang yang besar berisiko lebih tinggi untuk diserang berbagai penyakit kronik antaranya diabetes. Pinggang besar tak hanya dimiliki oleh mereka yang berbadan besar malah yang memiliki berat badan normal pun ada yang berpinggang besar seterusnya berisiko diserang penyakit.
Ukuran lilitan pinggang yang sihat dan ideal bagi seorang wanita Asia ialah kurang daripada 80cm, manakala bagi lelaki kurang daripada 90cm.
Ia juga digelar obesiti yang meningkatkan risiko diabetes. Tahukah anda, obesiti merupakan ‘akar’ kepada berbagai masalah kesihatan antaranya penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan diabetes. Obesiti juga menjadi faktor nombor satu diabetes berpunca daripada pengumpulan lemak berlebihan yang menyebabkan perubahan metabolism badan.
Perubahan ini menyebabkan jaringan lemak melepaskan molekul lemak ke dalam darah yang mempengaruhi sel responsif insulin dan menyebabkan berkurangnya sensitiviti insulin.
TIP MENURUNKAN RISIKO DIABETES
This website uses cookies.