Siapa yang sering mengadu sakit telinga? Sakit telinga kadang-kadang boleh membuat hilang pertimbangan dan boleh rasa terhuyung-hayang. Bagaimana pula jika telinga dijangkiti virus sehingga memberi kesulitan dalam pendengaran dan merangsang kepada sakit kepala.

Ads

Setiap bahagian telinga memainkan fungsi tertentu agar mampu memberi pendengaran yang baik kepada tubuh. Gangguan pada salah satu bahagian akan membuat pendengaran terganggu. Bila gangguan terjadi di bahagian telinga dalam maka terjadi gangguan keseimbangan.

Hati-Hati Kalau Kerap SAKIT TELINGA, Silap Gaya Boleh Hilang Pertimbangan Badan!

Penyakit yang biasa akibat telinga adalah;

(1) Telinga tersumbat kotoran

Anda pernah merasa telinga tersumbat? Kita mungkin pernah merasa situasi telinga tersumbat ketika air termasuk dalam telinga atau ketika menaiki pesawat. Kondisi ini akan memberikan ketidakselesaan sehingga mengganggu aktiviti harian. Namun kotoran yang melekat di lubang telinga luar boleh menjadi punca sakit telinga. Penompokan kotoran yang terlalu banyak akan menyebabkan minyak semula jadi di telinga tidak mampu menyingkirkan kotoran tersebut. Biasanya telinga tersumbat akibat kotoran diatasi dengan ubat telinga yang di preskripsi oleh doktor. Jangan mengorek lubang telinga dengan benda yang tajam kerana akan membuat lubang telinga terluka dan seterusnya menjadi infeksi.

(2) Hilang pendengaran akibat pencemaran suara

Terdedah kepada bunyi bising adalah suatu situasi yang tidak boleh dielakkan. Tetapi, jika sering terdedah kepada bunyi bising akan merosakkan pendengaran. Sel rerambut halus di dalam telinga mudah mengalami kerosakan sekiranya terdedah kepada bunyi bising yang melampau. Sel-sel tersebut tidak boleh dipulihkan dan mengalami kerosakan sepanjang hayat. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah cuba elak sebarang bunyi bising yang melampau dalam kehidupan seharian. Di peringkat awal, pesakit biasanya tidak menyedari masalah yang dihadapi. Mereka mula mengadu terdengar bunyi berdesing seperti cengkerik dan masalah ini dikenali sebagai Tinnitus.

Ads

(3) Pekak

Penyakit yang paling sinonim dengan telinga adalah pekak. Telinga tidak dapat mendengar kerana gangguan penghantaran getaran suara. Pekak boleh berlaku disebabkan terdapat kerosakan pada saraf pendengaran. Boleh juga terjadi pekak sebelah telinga yang dikenali sebagai masalah pendengaran unilateral. Faktor yang menyebabkan masalah pendengaran ini adalah jangkitan kuman, jangkitan semasa dalam kandungan, penyakit kongenital dan kecederaan teruk pada bahagian telinga atau kepala.

Ads

(4) Vertigo

Penyakit vertigo ini mungkin kedengaran asing tetapi ia adalah kondisi yang sering dialami oleh individu yang stres dengan kerja. Vertigo akan menyebabkan individu yang diserang rasa pening yang sangat luar biasa. Vertigo terjadi kerana terdapat gangguan kepada sistem keseimbangan tubuh. Gangguan atau penyakit vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. Gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan keseimbangan.

(5) Terasa ada tekanan dalam telinga

Apabila terasa tekanan pada telinga bahagian dalam bermaksud mereka mengidap penyakit meniere. Penyakit meniere menyerang secara tiba-tiba dan beberapa gejala seperti vertigo yang sering berulang, telinga berdesing, kehilangan kemampuan pendengaran dan tekanan di dalam telinga. Jika terdapat sebarang gejala di atas lebih baik untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Tidak perlu melakukan rawatan sendiri yang akhirnya akan membuat sakit tersebut semakin parah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI