Hati Vie Shanti Tersentuh Sekali Gus Bangga Anak Sulungnya Mampu Hafal Surah Kegemarannya

Tiada apa yang mampu membahagiakan hati seorang ibu melainkan dikurniakan anak yang soleh dan solehah menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak merupakan amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan diberikan pendidikan terbaik.

Foto: Instagram @vieshantikhan

Tahniah buat Vie Shantie Khan kerana telah mendidik anak-anaknya dengan baik sekali. Anak sulungnya, Vie Zaara Khan, baru berusia 12 tahun berupaya menghafal beberapa surah-surah penting. Menurut Vie Shanti lagi anaknya itu telah mula menghafal surah sejak kecil lagi.

Foto: Instagram @vieshantikhan

 

“Alhamdulillah, niat saya sejak dari anak-anak saya belum dilahirkan lagi supaya mereka tergolong di kalangan orang-orang yang menghafal Al-Quran. Saya mahukan mereka mempelajari dan menghafal Kalamullah Al-Quran Karim agar suatu masa nanti ilmu akhirat itu akan membimbing kehidupan mereka di dunia dan akhirat,” kongsi Vie Shanti di laman Instagramnya.

Foto: Instagram @vieshantikhan

Memperdengarkan bacaan kegemaran ibunya, surah Al-Ala dari Vie Zaara Khan. Gadis cantik ini telah mula menghafal surah ini sejak usia 9 tahun lagi.

Beruntung Vie Shanti kerana dikurniakan anak sulung yang cantik dan bijak serta paling penting sangat menyenangkan hatinya. Bersempena hari lahir Vie Zaara yang ke-12 pada hari ini, Vie Shanti telah menzahirkan rasa syukurnya lantas mendoakan kebahagiaan anak kesayangannya itu dunia dan akhirat.

Foto: Instagram @viezaarakhan

“Mumy doakan agar Zaara terus berjaya dunia dan akhirat, semoga cita-cita Zaara tercapai dengan rahmat dan pertolongan Allah SWT. Semoga semua keberkatan dunia dan akhirat Allah hadiahkan pada Zaara di sepanjang hayat Zaara. Semoga reda Allah SWT juga selalu mengiringi setiap langkah Zaara, insha-Allah.

Foto: Instagram @vieshantikhan

Terima Kasih kerana selalu menjadi anak yang sangat baik dan menyenangkan. Terima kasih juga kerana Zaara selalu faham keadaan hidup mumy. I love you with all my heart kakak sayang,” coret Vie Shanti.

Foto: Instagram @vieshantikhan

Vie Shanti yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Dato’ Sri Eizlan Yusof mempunyai tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Usahawan Muslimah cantik ini telah melahirkan anak keempat pada 2 Januari 2020 yang dinamakan sebagai Vie Raissa melalui perkahwinan baharunya.

Foto: Instagram @vieshantikhan

Berkongsi cerita tentang pemilihan nama anak keempatnya, “Dengan izin Allah SWT, kami suami isteri memilih nama ini semasa dia masih tujuh bulan dalam kandungan di Mekah Al Mukaramah pada Oktober 2019 semasa kami berdua mengerjakan Umrah.

Foto: Instagram @zareefyousofofficial

‘RAISSA’ membawa maksud ‘YANG BERIMAN’ dan ‘VIE’ pula adalah simbolik dari nama saya untuk ke semua anak-anak perempuan saya. Memperkenalkan puteri kecil ahli baru keluarga saya dan suami ‘VIE RAISSA’,”.

Foto: Instagram @vieshantikhan

Vie Shanti juga tersentuh apabila ketiga-tiga anaknya begitu gembira berjumpa dengan adiknya buat pertama kali tempoh hari. “Air mata gembira dari Kakak Vie Zaara, Abang Zareef Yusof dan Kakak Vie Zaalia sangat menyentuh hati Mumy apabila kali pertama mereka bertentang mata melihat adik lahir dengan sempurna,” kata pemilik busana Muslimah VHijrah ini.

Share
Published by
Hamizatul Maizan