Hatimurni Anjur Konvensyen UPKK 2023, Buka Mata Ibu Bapa Kepentingan Kelas KAFA Untuk Anak-Anak

Pendidikan agama sememangnya asas utama dalam pembentukan keperibadian seorang kanak-kanak. Ia merupakan tunjang atau asas keperibadian yang sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi.

Malah semakin ramai di kalangan ibu bapa menyedari kepentingan untuk mendedahkan anak-anak terhadap Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) untuk kesinambungan pendidikan mereka dalam aliran agama di peringkat menengah kelak.

Menyedari kepentingan ini dan dalam usaha memberi pendedahan sepenuhnya akan hala tuju Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK), baru-baru ini Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam HatiMurni mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen UPKK 2023 – Hala Tuju Peperiksaan UPKK Tahun 5 bagi memberi pencerahan akan peri pentingnya peperiksaan ini kepada masa depan pelajar.

Menurut Ketua Bahagian Operasi Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam HatiMurni, Ustaz Zulkarnain Ramlan, sijil UPKK merupakan salah satu syarat wajib bagi kemasukan pelajar ke sekolah menengah aliran agama dan ia terpakai bagi sekolah agama seluruh Malaysia.

“Program ini dianjurkan untuk memberi pemahaman dan membuka mata ibu bapa hala tuju anak-anak apabila mengambil UPKK. Program ini turut  menjemput panelis seperti Ustaz Mohd Faizal Mohd Norza (Penyelia KAFA, Unit Pengurusan Kurikulum Bahagian Pendidikan JAWI) dan Ustaz Misron Ali (Penolong Pengarah Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) bagi memberi maklumat yang lebih tepat dan lengkap mengenai UPKK. Seramai 1000 peserta mengambil bahagian pada program tersebut.

Ketua Bahagian Operasi Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni, Ustaz Zulkarnain Ramlan

Untuk info, UPKK merupakan peperiksaan untuk kelas KAFA dan ia mula diperkenalkan pada tahun 1994. Sijil peperiksaan ini berguna sebagai salah satu elemen atau syarat untuk ke sekolah menengah aliran agama. Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Hatimurni pernah menerima pengiktirafan NONA Superwoman 2020 melalui kategori NONA BEST ISLAMIC EDUCATION AWARD. Tidak hanya memberi fokus kepada kelas harian dan secara dalam talian, ulas Zulkarnain,  HatiMurni turut berperanan menjalankan pelbagai program secara bersasar untuk pelajar tahun lima yang bakal menduduki UPKK.

“Kami serius dalam mengambil inisiatif mendidik pelajar tahun lima khususnya yang mengambil UPKK dengan pelbagai program seperti UFC – UPKK Final Countdown di mana kami kumpulkan 1200 peserta untuk sesi pecutan akhir menuju ke UPKK.

“Malah kami turut mengadakan program Bootcamp Hatimurni bersama pelajar bagi berkongsi teknik menjawab soalan dan sesi motivasi,” ulasnya lagi.

JUGA BACA: https://www.nona.my/setiap-murid-diberi-penekanan-kepentingan-solat-berjemaah-adab-dan-akhlak-ustazah-siti-khadijah-cetus-aspirasi-di-tijarah-hatimurni-sdn-bhd/

Konvensyen UPKK 2023 yang berlangsung di Dewan Azman Hashim Anjung Razak, UTM Kuala Lumpur baru-baru ini turut menundang penceramah bebas, Syamsul Debat untuk sesi perkongsian tentang adab dan pengurusan emosi keluarga.

Pusat Pendidikan Islam Swasta – Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suami, Ustaz Engku Ahmad Fadzil dengan fokus utamanya untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak.

Hatimurni beroperasi di tiga pusat iaitu di Wangsa Maju, Setiawangsa dan Seksyen 7 Shah Alam. Hatimurni turut menawarkan kelas pendidikan agama secara dalam talian  yang bersifat universal di mana ia  bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malah dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar.  Untuk maklumat lanjut tentang kelas yang disediakan Hatimurni, boleh hubungi 019-6664225 atau 013-3044225.

Share
Published by
Rosmah Idayu