Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa adalah cerminan terbaik untuk seorang anak. Tatkala melihat keakraban mereka berdua cukup memberikan inspirasi. Betapa hebatnya seorang ibu dalam membesarkan anak lelakinya sehingga menjadi salah seorang peguam terkemuka wajar dijadikan inspirasi buat semua. NONA mendekati duo ibu dan anak hebat, Dr. Che Fatimah Dinna dan anaknya Datuk Wan Azmir Wan Majid.

Wajahnya acap kali terpampang setiap kali bersiaran litupan kes-kes mahkamah sama ada di kaca TV, sosial media dan di dada surat khabar. Melihat keyakinan dan pendirian ditonjolkan, kekal tenang berada di sisi mewakili anak guamnya, aura dan kredibiliti Datuk Wan Azmir bukan biasa-biasa. Mengendalikan kes-kes terkemuka melibatkan dari tokoh politik, orang kenamaan sehinggalah selebriti, melonjakan reputasinya sebagai seorang pengamal undang-undang yang berkaliber dan selayaknya dicontohi.

Ads

“He Did It On His Own Without His Father Being There..” Ibu DATUK WAN AZMIR WAN MAJID Imbas Kecekalan Anaknya Menjadi Peguam Dikenali

FIRMA GUAMAN DIYAKINI

Kini berkhidmat dan juga rakan kongsi pengurusan di firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak sejak dari tahun 2007, dengan kepakaran bertahun-tahun lamanya tertumpu sekitar litigasi dan timbang tara sivil dan jenayah, padanlah Datuk Wan Azmir diberikan kepercayaan mengendalikan kes-kes termasuk yang berprofil tinggi.

“Firma guaman kami memiliki empat cawangan kesemuanya di sekiar semenanjung iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban dan Melaka. Kami mempunyai lima orang rakan kongsi dan keseluruhan 50 orang kakitangan. Perihal kes pula, tiada apa yang kami tak buat. Uniknya firma kami ialah networking yang kami semua miliki dalam berbeza bidang; antaranya politik, GLC, listed companies dan lain-lain. Sometimes you don’t have to fight the case. Kerana adanya networking diantara pihak-pihak berlawanan, kes boleh diselesaikan di luar mahkamah,” ulas Datuk Wan Azmir tentang keunikan firmanya berbanding firma guaman lain yang ada.

“He Did It On His Own Without His Father Being There..” Ibu DATUK WAN AZMIR WAN MAJID Imbas Kecekalan Anaknya Menjadi Peguam Dikenali

Mendapat pendidikan dalam ijazah sarjana jurusan undang-undang dengan kepujian dari UiTM, Datuk Wan Azmir berkata bidang yang diceburinya sejak 18 tahun lepas memberikan kepuasan yang tersendiri.

“Ilmu segala kesilapan orang pernah manusia lalui adalah ilmu yang tak akan dapat dari mana-mana. Menariknya, saya dapat lihat sendiri bagaimana pergerakan manusia dari menjadi baik kepada busuk dan ilmu ini saya jadikan pengalaman untuk saya gunakan dalam kehidupan seterusnya bisnes saya,” jelas Datuk Wan Azmir yang juga merupakan Pengarah kepada beberapa buah syarikat seperti Goldsky Sdn Bhd dan GMG Sdb Bhd.

Bidang-bidang amalan yang dipraktikkan Datuk Wan Azmir merangkumi litigasi sivil termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara pemulihan hutang, pembinaan, harta pusaka, pertikaian harta dan badan pengurusan bersama serta pertikaian korporat dan kontrak yang lain. Di bawah litigasi jenayah pula, Datuk Wan Azmir mengendalikan pelbagai perkara termasuk tetapi tidak terhad kepada kes yang berkaitan dengan rasuah, pengedaran dadah, kesalahan imigresen dan penahanan secara salah.

Medium media sosial juga kini sudah menjadi pilihan golongan profesional termasuk pengamal undang-undang. Platform interaktif tersebut boleh membuatkan segala intipati mesej yang ingin disampaikan dengan jelas dan mudah difahami, begitu juga Datuk Wan Azmir yang dilihat semakin ke hadapan berkongsi fakta dan perihal dalam bidang perundangan dengan caranya tersendiri untuk tatapan umum.

“He Did It On His Own Without His Father Being There..” Ibu DATUK WAN AZMIR WAN MAJID Imbas Kecekalan Anaknya Menjadi Peguam Dikenali

“Bagi saya personal branding itu sangat penting. Media sosial menjadi satu cabang promosi yang bagus kerana dalam bidang guaman andai kata kita tak menonjolkan individu yang boleh mewakili anak guam, bagaimana mereka ingin tahu latar belakang peguam yang akan dilantik. Malah perlantikan seseorang peguam bukan sekadar atas dasar kepakaran, tetapi juga keserasian dan bagaimana kedua-dua pihak dapat berinteraksi dengan baik”, jelas beliau.

Ads

PAHIT MANIS

Akui cukup berbangga dengan pencapaian anaknya, ibu kepada Datuk Wan Azmir, iaitu Dr. Che Fatimah Dinna yang merupakan seorang bekas wartawan akhbar dan juga pensyarah selama 35 tahun mengimbas bagaimana perjalanan awal anaknya itu dalam lapangan undang-undang.

“He Did It On His Own Without His Father Being There..” Ibu DATUK WAN AZMIR WAN MAJID Imbas Kecekalan Anaknya Menjadi Peguam Dikenali

“Ayahnya juga seorang peguam dan saya gembira dia mengikut jejak langkah orang tuanya. Bila ayahnya bercakap tentang undang-undang, Azmir akan mendengar penuh minat. Setiap kali malam makan, our dining table became a court case. Dahulu dia pernah ditawarkan jurusan Kejuruteraan dari UIA tapi dia tolak, instead dia teruskan dalam jurusan Undang-Undang dari UiTM. Kejayaan dikecapinya kini semua atas usaha sendiri kerana ayahnya meninggal dunia di usianya baru mencecah 23 tahun. He did it on his own without his father being there. Bayangkan, idola yang selama ini cukup dipandang tinggi tiada di sisi waktu dia memerlukan seorang untuk berkongsi minat dan kejayaannya,” ulas Dr Che Fatimah Dinna.

Baca artikel penuh penerima NONA Inspirational ‘Mom & Son’ Award di majalah NONA edisi Januari 2023 yang sudah pun berada di pasaran.

Ads

Teks: Wan Mohd Firdaus

Foto: Remy Othman

Penata Gaya: Kiffy Razak

Konsep: Azniza Aziz

Solekan: Ayang Kamell

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI