Selain kelibat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi tumpuan rakyat kebelakangan ini, sosok wanita bertudung bawal merah jambu ini juga mencuri perhatian ramai dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri Ke-8 yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara semalam. Yang pasti, beliau bukan calang-calang orang kerana beliau ialah Ketua Hakim Negara!
Pasti orang Kelantan cukup bangga apabila mengetahui Ketua Hakim Negara ini sebenarnya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Lebih manis, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat mencipta satu lagi sejarah negara apabila menjadi wanita pertama dilantik jawatan berkenaan. Meskipun kecil molek saja orangnya tapi kebijaksanaan Tan Sri Tengku Maimun mengendalikan hal berkaitan perundangan tidak perlu dipertikai lagi.
Ads
Awal Mei tahun lalu, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dijemput ke Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Suratcara Pelantikan serta Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Hakim Negara.
Mengimbas kembali momen penting itu, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke istiadat berkenaan. Turut kelihatan dalam upacara tersebut ketika itu ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anggun berbusana tradisi baju kurung rona cerah dan bertudung bawal polos, Tan Seri Tengku Maimun tenang menandatangani surat pelantikan. Begitu juga ketika mengangkat sumpah jawatan.
Beliau diberi kepercayaan menjadi Ketua Hakim Negara selepas Tan Sri Richard Malanjum bersara pada 12 April tahun lalu. Pelantikan Tan Sri Tengku Maimun berkuatkuasa serta-merta mulai awal Mei lepas.
Mengintai latar belakang Ketua Hakim Negara yang berusia 60 tahun ini, Tan Sri Tengku Maimun yang dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan pernah memegang jawatan seperti Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen, Peguam Persekutuan dan Penolong Kanan Pendaftar serta Pegawai Khas kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau merupakan siswazah lulusan Universiti Malaya yang memulakan kariernya sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada tahun 1982.
Memetik infomasi dari Bernama, pada 2 Oktober 2006 hingga 4 September 2007 Tan Sri Tengku Maimun merupakan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kemudian beliau dilantik menyandang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selama hampir empat tahun bermula 5 September 2007 hingga 31 Mac 2011.
Ads
Pada April tahun yang sama hingga 7 Januari 2013, Tan Sri Tengku Maimun pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya yang berkhidmat selama hampir lima tahun bermula 8 Januari 2013 hingga 25 November 2018.
Tidak hanya terhenti di situ, Tan Sri Tengku Maimun turut menerima pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya mulai 26 November 2018 hingga 1 Mei 2019 sebelum diangkat sebagai wanita pertama dilantik selaku Ketua Hakim Negara.
Ads
Sumber: Astro Awani & Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah selamat bergelar pasangan suami isteri, kesinambungan ceritera cinta Shila dan Haris diteruskan lagi dengan majlis bertandang. Memilih persalinan rona ungu, busana yang berkonsepkan ‘Luxury traditional contemporary’ ini disuntik dengan elemen fabrik songket. Rekaan busana indah ini tentunya hasil daripada sentuhan ‘keramat’ Azura Couture’.
Nona kongsikan sedikit momen indah dan manis ketika majlis bertandang malam tadi.
Kredit: Azura Couture dan mazazi.tv
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seriously, terperanjat tengok penampilan terkini Hanis Zalikha yang selamat bersalin anak kedua pada 24 Mei lepas. Baru dua bulan lebih tapi perut sudah kembali ramping. Tak nampak langsung macam orang lepas melahirkan anak. Slimnya! Patutlah ramai yang rasa cemburu dan ‘rendah diri’ bila isteri Hairul Azreen ini upload gambar terbarunya.
Bergelar ibu buat kali pertama ketika melahirkan cahaya mata sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016… Hanis Zalikha dan suami menerima kehadiran anak kedua mereka yang diberi nama Alisa Aisyah kurang tiga bulan lepas.
Selain berita kelahiran Alisa Aisyah dan wad bersalin eksklusif dan mewah yang didiami Hanis mencuri tumpuan netizen, kali ini usahawan hijab Cakenis, Shade Dough dan Toujours Advanced ini kembali menjadi bualan apabila muncul di khalayak dengan penampilan yang sangat mengagumkan.
Kongsi suami tercinta, “Setelah lama berpantang hari ni buat pertama kali selepas Alisa Aisyah lahir, wife saya Hanis Zalikha keluar rumah. Terima kasih teman saya layan teater novel zaman sekolah menengah Phantom of The Opera.”
Dari pendedahan Hairul ini pun sudah membuktikan betapa komitednya Hanis Zalikha sepanjang tempoh berpantang. Bahkan, menerusi gambar yang dimuatnaik Hanis… si suami sempat meninggalkan komen yang mengagumi semangat isteri untuk kembali sihat dan langsing seperti sebelum ini.
“Satu je nak cakap, disiplin Keknis jaga pantang sangat tinggi!!! Saya jaga diet pun tak sehebat dia. That’s my girl.”
Selain suami, rakan-rakan artis dan para peminat pun turut memuji penampilan terbaru Hanis. Rata-ratanya mahu mengetahui rahsia ibu dua anak ini kekal langsing!
Meskipun belum berkesempatan untuk berkongsi tip dan petua langsing selepas bersalin, menerusi posting Hanis sebelum ini selebriti berusia 29 tahun tersebut hanya menikmati makan malam sebelum pukul 7 malam. Itu pun salah satu tip untuk dapat tubuh langsing dan sihat!
Kredit: Instagram Hanis Zalikha & Hairul Azreen
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Supermodel terkenal, Karlie Kloss telah meangsungkan perkahwinan dengan businessman terkenal, Joshua Kushner dan memilih tarikh 18.10.2018 sebagai hari bersejarah untuk mereka disatukan. Berkongsi dengan pengikutnya di laman instagram, Kloss memuat naik foto dengan kepsyen simple yang memaparkan tarikh majlis perkahwinan dua merpati sejoli ini.
Kloss kelihatan cukup anggun dengan mengenakan gaun Dior berlengan panjang berona putih. Jenama terkenal Dior mempertaruhkan lapisan renda eksklusif buat Kloss dan leretan layah yang cukup eksentrik.
Kloss dan Kushner mengumumkan pertunangan mereka pada akhir bulan Julai. Dalam laman Instagram, Kloss menyatakan keterujaannya untuk fasa seterusnya bersama Kushner. Kepsyen “I love you more than I have words to express. Josh, you’re my best friend and my soulmate. I can’t wait for forever together. Yes a million times over,” tulisnya.
Menurut sumber, majlis perkahwinan 2 figura terkenal itu dihadiri sekitar 80 tetamu yang teridiri daripada kenalan terdekat. Majlis tersebut berlangsung dan di New York pada petang Khamis lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...