Inspirasi

Hebat Isteri Hazama, Genervie Kam Konduktor Muzik Handalan Jayakan Konsert Siti Nurhaliza & Judika!

Nama Genervie Kam pastinya tidak asing dalam industri muzik tanah air. Kemampuan wanita ini memimpin persembahan seperti orkestra dan konsert mendapat kepercayaan ramai termasuklah biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Memang berbakat besar isteri Hazama ini!

Kejayaan konsert The Journey of Sound pada 15 Disember lalu menjadi sebutan ramai dan peminat seni beranggapan ia adalah antara konsert terbaik yang pernah mereka saksikan sepanjang tahun 2024.

Artikel https://www.nona.my/kekal-nombor-1-di-hati-peminat-aura-luar-biasa-datuk-seri-siti-nurhaliza-sebagai-biduanita-negara/

Isteri Hazama Dapat Kepercayaan Siti Nurhaliza

Ramai terpesona dengan kelunakan suara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika, tidak kurang juga mengagumi susunan muzik yang diatur Genervie Kam dan pasukannya pada konsert berkenaan.

Menurut isteri Hazama ini di media sosial, dia amat berbesar hati menjayakan The Journey of Sound namun mengakui berdebar dan bersedia menerima kritikan sekiranya karya muziknya tidak memenuhi halwa telinga pendengar.

Artikel https://www.nona.my/7-tahun-bergelar-isteri-pemuzik-hebat-genervie-kam-bahagia-di-sisi-hazama/

“When I was asked to MD (music director) in this show, I was of course excited but also yet nervous as to whether or not I could meet the standards of Siti Nurhaliza and the expectations that come from it. I took the opportunity but was also prepared to face any criticisms.

But at the same time, I told myself that I should always give my best regardless pd whether not the show was big or small, but just appropriate to its relevance. So, I started my craft.

I wasn’t sure which approach to take. How creative can I go? What are my boundaries? How much of its authenticity should I maintain? It was a tough decision. Not forgetting her title as Biduanita Negara. But there was another side of me that knew that I am not there to impress but to impact.”

Genervie turut berterima kasih kepada pasukannya yang saling membantu memastikan konsert The Journey of Sound berjalan lancar.

Bahagia Jadi Isteri Hazama

Menelusuri latar belakang pemuzik hebat ini, bahtera perkahwinan Genervie dan Hazama mencecah usia lapan tahun pada Januari depan.

Meskipun kedua-dua mereka mempunyai pengaruh dalam industri muzik dan bakat yang dimiliki tiada tolok bandingan namun Hazama mahupun Genervie enggan mendongak ke langit.

Sebaliknya penyanyi dan pemuzik hebat berkenaan selesa berada di kelas tersendiri.

Genervie merupakan pemuzik tanah air yang berpengalaman dan mahir mengendalikan alat muzik seperti piano, violin, dan bergelar pengarah muzik serta konduktor orkestra.

Genervie Kam sah bergelar isteri Hazama pada 15 Januari 2017.

Lebih tujuh tahun hidup bersama, pasangan ini bagaimana pun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Pun begitu, kedua-duanya reda menerima ketentuan takdir.

Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam kekal bahagia sampai syurga. Juga, impian mereka dimakbulkan Allah SWT.

 

Share
Published by
Suzi