Populariti jenama Swarovski dikatakan naik dengan mendadak melalui pengaruh selebriti kesayangan ramai, Neelofa. Reputasi aktres ini di dalam drama Suri Hati Mr. Pilot benar-benar memberikan kesan yang mendalam bukan saja terhadap kerjaya seninya, malah kepada jenama Swarovski itu sendiri.

Ads

Tahun lalu pelakon dan pengacara kelahiran Kelantan ini telah dipilih sebagai Friends of Swarovski dan sehingga kini masih lagi memegang status tersebut. Bukan calang-calang selebriti yang dipilih oleh jenama antarabangsa, namun ada sebabnya mengapa dia terpilih.

Ikuti bual bicara penulis fesyen Nona bersama Pengarah Urusan Swarovski (Asia Tenggara), Aymeric Lacroix ini.

Hebat Penangan Neelofa, Betul Ke Fenomena Swarovski Di Malaysia Ini Tercetus Kerana Dirinya?

Jenama Swarovski telah lama berada di dalam pasaran Malaysia. Namun hanya semenjak Neelofa menjadi Friends of Swarovski, ia mendapat perhatian umum terutamanya dari pembeli berbangsa Melayu. Boleh ceritakan mengenai fenomena ini?

Saya akui bahawa semenjak Neelofa diangkat sebagai Friends of Swarovski, jenama ini semakin meningkat naik terutamanya dua tahun kebelakangan ini. Seperti sedia maklum, Neelofa merupakan selebriti berbakat besar, jadi saya percaya impak personaliti dan juga pesonanya yang dinamik banyak mempengaruhi.

Disamping itu rekaan dan stail yang dipersembahkan Swarovski bertepatan dengan kehendak fesyen masyarakat setempat. Satu perkara yang saya boleh kongsikan tentang fenomena ini, ada pelanggan yang datang ke butik dan membawa gambar Neelofa memakai rekaan Swarovski.

Dia bukan membeli satu bahkan keseluruhan set yang digayakan oleh Neelofa. Ini benar-benar terjadi dan kami percaya aura yang ada pada Neelofa bertepatan dengan jenama ini.

Hebat Penangan Neelofa, Betul Ke Fenomena Swarovski Di Malaysia Ini Tercetus Kerana Dirinya?

Ads

Mengapa Neelofa menjadi pilihan Friends of Swarovski?

Saya rasa ia adalah keputusan yang relevan dengan kehendak masyarakat Malaysia, seiring dengan relevannya rekaan Swarovski untuk pelanggan. Mungkin jika dahulu orang hanya mahukan aksesori perhiasan kemas yang diperbuat dari emas, perak dan juga berlian namun kini mereka lebih selesa mengenakan rekaan yang lebih kontemporari serta datang dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu mahal.

Berbalik kepada pemilihan Neelofa yang mana Swarovski mula bekerjasama sejak tahun lalu, beliau sangat relevan dengan jenama ini. Kerjayanya sebagai seorang pelakon, pengacara dan juga usahawan memberikan gambaran bahawa aksesori perhiasan kemas Swarovski relevan dengan semua wanita dari pelbagai latar belakang.

Ads

Penampilannya yang anggun berhijab juga banyak memberikan gambaran dan juga contoh stail bagaimana wanita berhijab boleh menggayakan aksesori Swarovski dengan baik.

Hebat Penangan Neelofa, Betul Ke Fenomena Swarovski Di Malaysia Ini Tercetus Kerana Dirinya?

Swarovski semakin popular di Malaysia dan kini terdapat pihak yang menciplak rekaan jam jenama ini. Apakah pendapat anda tentang gejala negatif ini?

Bagi saya ada pro dan kontranya. Memang menjadi satu kesalahan untuk meniru rekaan yang kami keluarkan, namun bagi saya mereka tidak akan dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan sebagaimana yang Swarovski mampu berikan.

Dari segi pro pula, ini menunjukkan bahawa rekaan Swarovski mendapat permintaan ramai dan popular. Jadi apa yang perlu pelanggan fikir adalah pilih yang asli dan lupakan yang palsu. Lagipun dari segi rekaan mereka tidak akan dapat menirunya 100% kerana perhiasan kemas Swarovski dihasilkan menerusi pembuatan yang berkualiti.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI