26 Mac lepas usahawan muda yang juga Instafamous, Asyalliee telah selamat melahirkan anak keduanya di sebuah hospital swasta. Memang comel sangat bayi perempuan Asya dan suami, Eboy Arbaain…. mewarisi wajah bapanya dan kulit gebu kemerahan ibu tersayang. Difahamkan bayi comel yang diberi nama Siti Helena Adrianna dilahirkan pada pukul 11.31 pagi dengan berat 3.31 kg.
Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi yang dikagumi ramai kerana rupa paras cantik dan kejayaan yang dikecapinya sebagai usahawan, sekali lagi menarik perhatian terutamanya dalam kalangan peminat dan para ibu selepas pendedahan Asya mengenai berat badan terkini beliau. Tak sampai dua minggu bersalin tapi penurunan berat badan ibu dua anak ini memang mengejutkan.
Kongsi Asya, “Hari ni dah masuk ke 10 hari berpantang tapi saya sudah berjaya turun 9 kg. Mana tidaknya, setiap hari saya berurut, bertungku, bersauna, mandi herba, makan makanan yang sihat-sihat sahaja dan pakai bengkung. Ada 34 hari lagi untuk berpantang, maknanya boleh la dapat berat 50 kg balik ni.”
Mengamalkan menu pantang seimbang kombinasi nasi, sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan… Asya yang mempunyai anak sulung lelaki iaitu Haider Mikhael, seorang wanita yang sangat mementingkan penjagaan semasa berpantang termasuk soal makanan. Apa saja yang dikatakan baik dan bermanfaat untuk tubuh, dia akan ambil walaupun tidak pernah makan sebelum ini.
Menceritakan detik kelahiran puteri kesayangan, Pengasas Loveliee ini bersyukur melahirkan anak keduanya tepat pada usia kandungan 39 minggu. “26 Mac 2019 dah masuk labour room pukul 7 am. Doktor check bukaan dah 8 cm dan bermula la contraction kuat datang melanda diriku ini.
Memula boleh kawal lagi sambil berzikir ‘La illahailla anta subhanaka inni kutum minaz zolimin’. Pastu contraction makin kuat dah jadi macam orang gila dah masa tu tahan dia punya sakit.
Then sister check bukaan dah 9 cm. So nak kawal diri tak dapat dah, sister bacakan surah sambil usap belakang badan. Duk tahan punya tahan mommy nak meneran dah, sister check 10 cm. Meneran la mommy selama lima minit then keluarlah cinta hati mommy pada pukul 11.31am.”
Baru dua hari upload video sebelum dan semasa kelahiran Siti Helena Adrianna di YouTube Channel miliknya Asyalliee Ahmad… sehingga ke hari ini video tersebut sudah hampir mencecah 200 ribu tontonan. Luar biasa aura Asyalliee. Teringat lagi waktu dia mula terkenal dengan jolokan nama Syasya Solero.
Di kala usianya baru mencecah 21 tahun, Asyalliee sudah memiliki segala-galanya. Suami yang penyayang, anak comel, perniagaan, populariti dan kesenangan hidup. Jadi tidak hairanlah mengapa dia sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda hari ini.
Kredit: Instagram Asyalliee