Mendominasi sebuah syarikat antarabangsa bukan suatu perkara yang biasa berlaku. Namun, sebuah syarikat yang diasaskan oleh rakyat Malaysia, Innovacia Sdn. Bhd. membuktikan tiada yang mustahil. Fazlin Ismail selaku Pengarah Innovacia Sdn Bhd. ini telah mengambil alih sebuah jenama hijab sukan yang begitu terkenal seluruh dunia mulai penghujung tahun 2019.

IKLAN

Hebatnya! Rakyat Malaysia Ini, Ambil Alih Jenama Hijab Sukan Antarabangsa

Bagi peminat sukan sudah tentu mengenali jenama hijab sukan, Capster ini. Jenama hijab sukan ini telah membantu wanita Muslimah untuk terus bergerak aktif dalam sukan tanpa batasan.

Hebatnya! Rakyat Malaysia Ini, Ambil Alih Jenama Hijab Sukan Antarabangsa

Menyingkap kisah di sebalik jenama Capster, rupanya seorang Pereka Belanda, Cindy van den Bremen merupakan pencetus idea rekaan hijab sukan ini. Kisahnya bermula apabila salah seorang murid di Belanda tidak dibenarkan menyertai acara sukan di gym kerana menggunakan hijab yang dikatakan tidak selamat.

Hebatnya! Rakyat Malaysia Ini, Ambil Alih Jenama Hijab Sukan Antarabangsa

Melihat kejadian ini, Cindy terus mendapat idea untuk mereka hijab khas menggunakan fabrik yang selesa dan tidak berpin sebagai topik tesis akademik beliau di Design Academy Eindhoven. Sudah tertulis rezeki beliau apabila hasil tesisnya mendapat perhatian ramai dan pesanan khas mula masuk di seluruh pelusuk dunia. Atas permintaan yang tinggi maka lahirlah jenama Capster ini dan telah dikomersilkan bermula tahun 2001.

Hebatnya! Rakyat Malaysia Ini, Ambil Alih Jenama Hijab Sukan Antarabangsa

IKLAN

Walaupun baru saja setahun dikomersilkan jenama ini telah mendapat perhatian ramai sehingga memenangi Good Design Awards di Jepun pada tahun 2002. Pada tahun 2012 pula, Capsters telah berkolaborasi dengan Putera Jordan, Ali bin Al Hussein, untuk membatalkan larangan hijab oleh FIFA. Produk hijab sukan Capsters kini telah dijual di 16 buah negara termasuk Eropah, Asia Tenggara, Amerika Utara, Afrika dan Australia.

Hebatnya! Rakyat Malaysia Ini, Ambil Alih Jenama Hijab Sukan Antarabangsa

IKLAN

Koleksi hijab sukan ini juga lengkap dan boleh diaplikasikan dalam aktiviti sukan seperti berlari, bola sepak, kecergasan, berenang serta acara sukan sejuk. Capsters juga direka istimewa untuk kanak-kanak dan mereka yang mahukan hijab labuh.

Hebatnya! Rakyat Malaysia Ini, Ambil Alih Jenama Hijab Sukan Antarabangsa

Walaupun hijab ini direka buat wanita Muslimah yang aktif bersukan tetapi ia tidak terhad kepada golongan ini sahaja. Hijab ini boleh digunakan di mana sahaja tak kira masa.

Foto: Facebook Capsters

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI