Bekerja dari rumah atau WFH (Work From Home) merupakan norma baharu pekerjaan pada zaman kini. Tapi walaupun WFH mampu mengekang penularan wabak COVID-19 di tempat kerja, muncul pula masalah baru iaitu kenaikan berat badan.

IKLAN

Tabiat suka mengunyah makanan ringan atau mengambil snek kurang menyihatkan sewaktu WFH, merupakan punca masalah ini. Ditambah lagi dengan gaya hidup sedentari serta kurang aktif, golongan WFH amat terkesan hebat dari segi kesihatan.

Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan gula berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan secara mendadak. Ia juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat diamalkan dengan lebih ketat ketika WFH.

Tabiat snek kurang menyihatkan golongan WFH

PEMAKANAN SEWAKTU WFH

Antara garis panduan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :

  1. Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
  2. Gunakan susu rendah lemak
  3. Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan makanan.
  4. Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
  5. Gunakan ramuan tinggi serat.
  6. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
  7. Pilih makanan yang sihat.
  8. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.
  9. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam.
  10. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis.

Perancangan menu sewaktu WFH juga hendaklah diberikan perhatian. Pastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga.

Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semula jadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.

Menurut Pakar Pemakanan Bertauliah, Nurul Aziah Musa, “Kismis California adalah sejenis bahan serba boleh digunakan di dapur. Ia boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah dan profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan.”

Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semula jadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan Sweet Naturally, Kismis California tiada gula tambahan dan merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi.

Yogurt Dengan Sos Mangga & Kismis California
Salad Hijau Dengan Kismis California

 

Sambungnya, “Menjadi makanan ringan yang sihat dengan kemanisan semula jadi bermakna Kismis California dapat digunakan sebagai pengganti gula untuk banyak resipi termasuk roti dan kek.”

Sementara itu Pakar Diet dari KPJ Damansara Hospital, Rushda Adiba Ismail berkongsi, “Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semula jadi dan tiada gula tambahan”.

Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikan-nya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati.

Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda. Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan.