Kebelakangan ini, bukan seorang dua yang paranoid kalau terpaksa keluar rumah membeli barang keperluan. Takutnya bukan main, beli roti pun siap bertopeng muka, bersarung tangan, berbut getah… bimbang betul dapat jangkitan virus COVID-19 di tempat awam. Nak bersalaman, ah jauh sekali.
Amalan menjaga jarak dan social distancing itu bagus. Tapi kalau sampai paranoid nak ke hospital atau klinik kesihatan, pun susah juga. Mujurlah Kementerian Kesihatan (KKM) kita prihatin keluhan orang awam, sekarang diwujudkan perkhidmatan door-to-door
bagi mereka yang ingin membuat ujian pengesanan virus itu di rumah.Kita ni bukanlah meminta, nauzubillah. Tapi kalau tiba-tiba ahli keluarga atau diri sendiri bergejala jangkitan COVID-19, cepat-cepatlah hubungi salah satu daripada 11 syarikat swasta yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pengambilan sampel ujian COVID-19 dari rumah ni.
Orang awam boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Ujian di rumah itu nanti akan dilakukan oleh pegawai perubatan dan paramedik swasta yang terlatih, dan sampel akan dihantar ke makmal swasta untuk dianalisis. Keputusannya pula akan diberitahu dalam masa beberapa hari. Mudahkan?
Waktu begini teringat pula rayuan bekas pesakit COVID-19, Hamdan Hashmuddin, yang telah disahkan sembuh dan dibenarkan discaj dari Hospital Rembau semalam.
Sehingga kini, masih ada individu berisiko yang enggan tampil membuat ujian pengesanan COVID-19. Terutamanya mereka yang ada hubungan rapat (close contact) dengan pesakit. Walaupun ditakdirkan tidak jatuh sakit tapi anda masih berisiko menjangkiti orang lain.
This website uses cookies.