Peningkatan kes COVID-19 yang naik mendadak pada waktu ini bukan saja membimbangkan seluruh penduduk dunia, malah menyebarkan satu lagi masalah baru iaitu timbunan sampah pelitup muka.

Ads

Memasuki bulan kesepuluh pandemik COVID-19, pelbagai gaya hidup bertukar dan kebiasaan normal kita juga harus disesuaikan dengan situasi, demi mencegah jangkitan virus sindrom pernafasan akut teruk ini.

Salah satunya adalah dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka sebagai cara menghindari virus atau kontaminasi ketika melakukan aktiviti luar. Namun masyarakat amat mudah terlupa bahawa pembuangan pelitup muka yang sudah digunakan juga harus mematuhi SOP.

Henti Sikap ‘Lantaklah’, Cukup Jangan Wariskan Segunung Sampah Pelitup Muka Di Dunia
Foto: Asahi

Pelitup muka yang belum musnah boleh jadi disalah gunakan. Mungkin saja dikutip lalu digunakan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, timbunan sampah pelitup muka yang dibuang merata-rata juga mendorong pencemaran alam.

Ads

Cara-Cara Buang Pelitup Muka

Ads
  • Lipat dua pelitup muka. Pastikan sisi dalam tetap berada di bahagian dalam.
  • Gulung dan ikat pelitup muka dengan tali pengikatnya.
  • Jika boleh semburkan cairan disinfektan dahulu sebelum dibuang.
  • Gunting pelitup muka anda.
  • Bungkus dengan tisu atau kertas.
  • Kumpulkan pelitup muka di dalam satu bekas dan jangan campurkan dengan sisa sampah lain.
  • Buang sampah pelitup muka ke tempat khusus.
  • Cuci tangan selepas membuang sampah dengan menggunakan sabun selama 20 saat.

Selain cara di atas, semak video daripada World Health Organization (WHO) ini untuk cara terbaik melupuskan pelitup muka terpakai.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI