Abang Viva dan seluruh kesederhanaannya, menyentuh hati rakyat Malaysia. Pertolongan lelaki itu cukup menyedarkan kita bahawa pada saat bencana, nilai perhatian bererti masa, dan misi menyelamat nyawa lebih dari sebatas menerima arahan ketua.
Kini selepas kembali ke kampung halaman, hero banjir kesayangan Malaysia yang terkenal dengan panggilan Abang Viva, Azwan Omar sudi menerima panggilan Majalah Nona tentang aktiviti terbarunya.
Dalam perkembangan terbaru, Azwan kini mengakui sudah kurang sibuk berbanding waktu banjir melanda Selangor dan Pahang tempoh hari.
Hero banjir Malaysia
Potret keluarga Azwan Omar
“Alhamdulillah banjir di Melaka dah surut. Saya sekarang masih meneruskan misi bantuan sambil-sambil jumpa orang ramai yang berhajat untuk bertemu.” Azwan Omar
Suaranya yang mesra dan menyenangkan seperti memberi gambaran sifat happy go lucky yang dimiliki anak bongsu ini. Orangnya suka ketawa, sekaligus menjadikan perbualan kami lebih santai seperti kawan lama.
“Lepas ni saya akan teruskan lagi misi bantuan. Mungkin selagi badan sihat dan ada rezeki lebih. InsyaAllah.
Ads
Plan masa depan saya nak teruskan. Kalau boleh, saya nak ada sebuah team NGO sendiri, mungkin Kelab Abang Viva, untuk bagi bantuan waktu-waktu bencana alam begini.” Azwan Omar
Seorang yang merendah diri dan sentiasa bersederhana
Mendapat penghargaan APM
Tidak pernah menyangka viral sekelip mata, lelaki berusia 29 tahun itu cukup berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghargai usaha ikhlasnya.
Jasa Abang Viva turut diberi penghargaan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Hujung tahun lalu, dia diberikan sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah.
Ads
“Hanya ayat yang ringkas. Tapi ikhlas dari hati saya. Terima kasih.
Jujurnya saya sendiri pun macam tak percaya. Macam-macam saya fikirkan, bangga ada, takut pun ada.
Ketika bagi bantuan, saya tak terfikir langsung soal keselamatan diri dan kenderaan yang dibawa. Hanya terbayang nasib mereka yang terperangkap dalam banjir, kesejukan, mungkin ada anak kecil atau warga tua yang ketakutan.
Saya cuma tawakal dan redah. Dalam hati ini cuma berserah pada Allah Taala untuk jagakan keselamatan saya. Bila dalam misi menyelamat tu, yang saya fikir cuma pertolongan ini ibarat membantu ahli keluarga saya sendiri.” Azwan Omar
Ads
Foto: Sinar Harian
JIWA
Prihatin dengan bencana banjir yang melanda Shah Alam, bayangkan dia yang bekerja sebagai operator mesin sanggup memohon cuti kecemasan semata-mata mahu membantu mereka yang terperangkap banjir.
Berbekalkan sebuah kereta Perodua Viva hitam dan bot yang diikat pada bumbung kereta, Azwan meredah segala halangan demi menghulurkan bantuan sedaya-upayanya.
Dia berkali-kali meminta mangsa yang terperangkap supaya berkongsi lokasi, supaya dia dapat datang menyelamatkan dengan bot yang dibawa.
Antara mangsa banjir yang diselamatkan adalah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.
Sungguh, keprihatinan lelaki itu melangkau batas pangkat dan gelaran. Jiwanya amat luar biasa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sudah lama meninggalkan persada seni tanah air tetapi sebutir bintang yang bernama Mazuin Hamzah ini tetap meniti di bibir peminatnya. Kejelitaan penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M ini di zaman kegemilangannya menjadi bualan ramai.
Persahabatan di antara Mazuin Hamzah yang kini berusia 55 tahun dengan penyanyi Salwa Abd Rahman bukan suatu perkara baharu. Sahabat baik ini sudah mula kenal sejak mereka bergiat aktif di pentas Mekar Sejambak, program terbitan RTM yang popular suatu ketika dahulu.
Walaupun jarak memisahkan hubungan persahabatan Mazuin Hamzah dan Salwa namun bukan bermakna kedua-dua penyanyi jelita ini terputus hubungan.
Ketika ditanya bagaimana hubungan baik mereka berkekalan sehingga kini, jawab Salwa, “Kami masih berhubung. Kami berdua selalu jumpa bila saya ada undangan persembahan Diraja Brunei. Mazuin ada bersama anak-anaknya,” tutur Salwa yang kini berusia 54 tahun serta sering mendapat undangan nyanyian oleh keluarga Diraja Brunei.
Hubungan baik di antara sahabat sama juga seperti bercinta. Tentu ada ‘spark‘ yang membuatkan best friend forever ini boleh kekal sehingga puluhan tahun. Jawab Salwa, “Mazuin merupakan idola saya.
Saya suka dengan kecantikan dan aura yang ada pada Mazuin. Cara dia berpakaian, pergaulan dan sifatnya yang lemah lembut. Peminat akhirnya menjadi kawan,” jelas Salwa bila ditanya tentang keistimewaan hubungan mereka berdua.
Kalau dah nama sahabat mesti banyak perkara yang diketahui oleh Salwa tentang Mazuin Hamzah. Cuba mengorek petua awet muda Mazuin Hamzah melalui sahabat baiknya, Salwa, “Mazuin ni susah sikit. Dia bukan jenis yang suka bercerita. Dia sangat privacy!
Tapi saya tahu dia selalu exercise. Ada hari dia makan pulun habis, dalam seminggu. Ada hari dia swimming, badminton dan aktiviti lasak juga. Nampak je lembut tapi hati cekal. Semua demi anak-anak,” ungkap isteri kepada mantan pemain bola sepak negara, Subadron Abdul Aziz ini.
Menurut Salwa, Mazuin bahagia di samping tiga orang cahaya matanya. Beliau memiliki dua puteri dan seorang putera. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Khaaliq.
Foto: Koleksi Salwa Abd Rahman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad ini cukup bertuah kerana dikurniakan Allah SWT sifat kepimpinan yang tinggi, berwibawa, berani mengambil risiko, lantang menyuarakan pendapat, rajin membaca dan berpandangan jauh. Dek kerana aura pemimpin yang dimiliki, tidak hairanlah Tun Dr Mahathir masih mendapat tempat di hati rakyat hingga ke hari ini. Meskipun beliau sudah dua kali menjadi Perdana Menteri Malaysia!
Tidak sekadar mencatat sejarah politik negara kerana menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang diangkat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali, Tun Dr Mahathir juga menarik perhatian antarabangsa apabila mengungguli senarai Perdana Menteri Tertua Di Dunia. Ketika dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 10 Mei 2018, beliau berusia 92 tahun! Sebelum ini Tun Dr Mahathir telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-4 bermula 16 Julai 1981 hingga perletakkan jawatannya pada 31 Oktober 2003.
Tun Mahathir sekitar tahun 1970
Kini selepas berdekad mentadbir negara nama Tun Dr Mahathir terus menjadi sebutan. Lebih-lebih lagi sejak berlakunya kemelut politik negara yang menyaksikan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Biarpun bakal meniti usia 95 tahun dan terpaksa menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara tanpa bantuan jemaah menteri namun pemimpin kelahiran Kedah ini masih bekerja seperti biasa. Masuk ke pejabat awal pagi, menandatangani segala dokumen berkaitan dan meneliti fail-fail sulit negara di atas mejanya. Melihat senario tersebut, ramai rakyat yang memuji kemampuan dan komitmen Tun M.
Mengambil pengakuan Tun Dr Mahathir ketika ditemuramah Hello Tuns Astro Gempak, beliau sendiri tidak pernah menyangka dipilih rakyat sebagai Perdana Menteri memandangkan cita-citanya ketika kecil ialah menjadi peguam.
“Saya bercita-cita untuk jadi seorang peguam tapi tak berjaya dapat biasiswa. Sebaliknya, saya dapat biasiswa untuk bidang perubatan. Saya tak pernah terfikir saya akan dapat jadi Perdana Menteri sebab saya bukanlah siapa-siapa. Keluarga saya bukanlah dari kelas atasan, saya hanya anak seorang guru sekolah. Tapi saya tetap cuba dan bertanding dalam pilihan raya dan menang,” ujarnya penuh rendah diri.
Tambah Tun Dr Mahathir lagi, “Sesiapa pun boleh menjadi Perdana Menteri. Tapi anda mesti kerja kuat. Buat baik kepada orang, menangi sokongan mereka. Anda juga mesti sentiasa berpegang pada janji, buat perkara yang betul, jangan tipu. Semua ini, jika anda ada… orang akan suka dan mengikut demokrasi, anda boleh jadi Perdana Menteri.”
Setia ditemani isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah… wanita hebat ini turut mengakui suami yang dikahwininya sejak 64 tahun lalu seorang yang sangat kuat bekerja. “Kerja saban hari, kadang sampai lupa akan saya di rumah. Sepertimana yang disebut tadi, itu tugas dia. Maka saya perlulah terima pengorbanan untuk menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya untuk bangsa dan negara.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum dengan usaha dan semangat Siti Norhidayah Mohd Ali. Meskipun pahit untuk ‘telan’ hakikat suami tersayang, Allahyarham Abam Bocey sudah kembali ke rahmatullah namun wanita cekal ini enggan terus meratap kesedihan.
Sebaliknya kuat dan bangkit meneruskan hidup demi anak tersayang yang kini berusia tiga tahun.
Mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 8 Disember 2017, perkahwinan mereka bertahan hampir tiga tahun apabila Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Kredit Instagram @hidayah_hamzahhKredit Instagram @hidayah_hamzahhKredit Instagram @hidayah_hamzahhKredit Instagram @hidayah_hamzahh
Hasil perkongsian hidup, Abam dan Hidayah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffery yang lahir pada 14 Jun 2019.
Dua tahun menjalani hidup tanpa suami di sisi nyata bukan satu tugas mudah bagi Hidayah. Apatah lagi, anak mereka masih kecil dan memerlukan lebih perhatian.
Bagaimana pun, wanita berusia 30 tahun ini nekad mengubah nasib keluarga dengan menceburi perniagaan.
Produk pertama yang pernah dijual Hidayah selepas suami tercinta meninggal dunia ialah biskut coklat, kemudian berniaga buah durian, cempedak dan kini dia rancak menjual sabun pencuci muka Dieya Beauty.
Kredit Instagram @hidayah_hamzahhKredit Instagram @hidayah_hamzahhKredit Instagram @hidayah_hamzahh
Selain itu, Hidayah juga mengeluarkan produk Sambal Hidayah by Dapur Kak Nis yang mempunyai aneka perisa seperti Paru Crispy, Ikan Bilis Crispy, Ikan Bilis Petai Cili Api, Ikan Masin Cili Api, Hitam Belimbing Ori dan Tempoyak Bilis Petai.
Semakin minat berniaga, Hidayah pada 18 Oktober lepas melebarkan sayap perniagaan dengan membuka satu lagi cabang bisnes menerusi Jebat Auto Zone iaitu pusat cuci kereta dan detailing kenderaan.
Kredit Instagram @hidayah_hamzahhKredit Instagram @hidayah_hamzahhKredit Instagram @hidayah_hamzahh
Berkat doa dan kerja keras tersebut, Hidayah mampu tersenyum bangga apabila dapat memiliki kenderaan mewah hasil titik peluhnya sendiri. Semoga semangat dan perjuangan Hidayah sebagai ibu tunggal menjadi kekuatan buat golongan wanita bangkit daripada kesusahan hidup.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Janetira Attaskulchai mungkin agak asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Namun di Thailand, nama keluarga Attaskulchai merupakan golongan elit dan ahli perniagaan berpengaruh...