Hias Macam Bilik Darjah, Ini Caranya Mommy Jadikan Anak-Anak Seronok Belajar Dari Rumah

Kaedah pembelajaran online atau e-learning kini menjadi bahasa pendidikan baru sejak berkuat kuasanya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dari peringkat tadika hinggalah sekolah menengah, mahu atau tidak ibu bapa kenalah hadam konsep ‘bilik darjah baru’ ini. Tapi cabarannya, susah pula anak-anak bagi tumpuan di rumah kalau kejap-kejap kacau Mommy di dapur, nak tengok TV atau bermain!

Memang pening cari jalan nak buatkan mereka fokus. Nah, cuba ikut beberapa tip belajar dari rumah ini supaya sesi pembelajaran anak-anak bertukar lebih efektif.

(1) Buat Jadual

Di sekolah, aktiviti anak-anak lebih tersusun mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini membantu mereka memahami rutin.

Menurut Pakar Psikologi, Dr Jean M. Thomas, sikap anak-anak mudah diramal kerana mereka bergantung pada jadual untuk berasa selamat.

Jadual meningkatkan rasa selamat kerana ia membuat mereka tahu apa yang bakal dihadapi. Dalam masa yang sama, untuk membantu mereka menguasai kemahiran pengurusan masa sejak kecil.

Jadual kerja rumah yang berwarna-warni

Mommy semua boleh buat jadual sendiri jika tidak mempunyai papan putih di rumah. Banyak templates yang boleh dimuat turun. Gunakan kreativiti untuk menghasilkan jadual yang besar atau lekatkan stiker-stiker animasi kegemaran mereka.

(2) Ruang Belajar Yang Menyeronokkan

Seperti orang dewasa yang bekerja dari rumah, wujudkan sebuah ruang belajar yang selesa dan merangsang mood anak-anak untuk fokus pada pelajaran.

Mommy kena pastikan ruang ini lengkap dengan kemudahan belajar termasuk segala alat tulis dalam jangkauan tangan. Lebih cepat anak-anak menjumpai pensel warna mereka, lebih banyaklah masa untuk mereka fokus pada kerja rumah.

Wujudkan ruang yang lengkap dengan segala keperluan belajar

(3) Aktiviti Hands-On

Sesi belajar pasti lebih menyeronokkan melalui aktiviti hands-on. Biarkan anak-anak bereksperimen agar ilmu terasa lebih logik dan praktikal.

Ini mengingatkan mereka pada suasana bilik darjah di sekolah, dimana mereka bebas mencuba aktiviti kreatif. Mainkan peranan Mommy sebagai guru dengan memantau aktiviti tersebut dan berikan tugasan ‘kerja rumah’ baru jika perlu.

Kalau ketandusan idea, layari saja pelbagai laman web pendidikan. Anda boleh mencetak kertas kerja untuk diberi kepada anak-anak. Aplikasi percuma seperti Epson Creative Print Apps juga menawarkan banyak projek untuk dimuat turun. Hanya cari apps ini di App Store atau Google Play Store.

Inilah sebabnya sebuah pencetak di rumah sangat penting untuk kemudahan pembelajaran online. Contohnya pencetak Epson yang sangat ekonomi dan mudah dihubungkan dengan WiFi.

 

(4) Gunakan Projektor

Mahukan pengalaman belajar yang luar biasa? Mommy boleh gunakan projektor mudah alih untuk hasilkan momen belajar yang mengagumkan. Skrin lebih besar, lengkap pembesar suara.

Sekarang dah banyak projektor rumah mampu milik di pasaran. Umpamanya projektor Epson yang versatil ni. Lepas belajar, bolehlah tengok filem animasi kegemaran sama-sama, Frozen 2 atau Ejen Ali!

(5) Kongsi Minat Bersama

Pernah tak Mommy tengok bagaimana seorang guru tadika mengajar anak-anak mengenal ABC? Mereka pandai bermain suara dan mendekati si kecil melalui minat mereka. Inilah yang Mommy perlu buat pada waktu PKP ni, semakin kita tunjukkan minat terhadap pelajaran mereka, semakin seronoklah mereka belajar.

Selamat mencuba Mommy!

Share
Published by
Norzalina