Kerjasama antara Royal Selangor dengan Victoria & Albert Museum (V&A), muzium terkenal dengan seni reka bentuk sejak 1996 telah menampilkan koleksi hiasan dalaman rumah elegan tetapi penuh sejarah. Kerjasama ini telah ditingkatkan melalui koleksi streamline dan William Morris.
Streamline, hiasan kediaman kontemporari diilhamkan daripada gerakan seni Art Deco yang merangkumi zaman perkembangan pesat 1920-an dan zaman kemelesetan 1930-an. Reka bentuk bulat membangkitkan kecantikan seni geometrik yang digemari oleh Marion Dorn, pereka tekstil terkenal abad ke 20. Hasil rekabentuk beliau menghiasi hotel-hotel mewah seperti The Berkeley, Claridge’s dan The Savoy.
Koleksi ini menampilkan reka bentuk dikur pada permukaan piuter yang terang, bagaikan permukaan berkilau di rumah mewah, kelab malam dan kelab jazz. Koleksi ini terdiri daripada dulang valet, dulang pelayan, kotak hiasan, loket, tepak lilin, hip flask dan pendingin botol.
William Morris Royal Selangor menampilkan keindahan alam semulajadi dalam koleksi aksesori terkini. Koleksi ini diilhamkan oleh William Morris, pereka tekstil, artis, penulis dan sosialis yang terkenal. Koleksi ini pula terdiri daripada decanter pendingin botol, skru pencungkil gabus, corong wain, penahan botol dan foil cutter.
Koleksi Streamline dan William Morris ini boleh didapati di mana-mana butik Royal Selangor di seluruh Malaysia.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
‘It’s Done By Eina Azman’ Dah Banyak Menu Baru, DATIN PADUKA EINA Tak Menang Tangan Siapkan Order!
Wow, tak sangka sampai macam tu sekali penangan air tangan Datin Paduka Eina Azman! Mungkin kerana kecur melihat masakan yang dikongsikan Datin Paduka Eina di Instagram selama ini membuatkan peminat setianya teruja untuk menikmati juadah menyelerakan selebriti cantik tersebut. Sampai beliau mengaku pernah jatuh sakit kerana bertungkus-lumus menyiapkan tempahan makanan di dapur. Meskipun penat tapi Datin Paduka Eina tetap gagahkan diri demi tidak mahu menghampakan permintaan pelanggan.
Difahamkan bisnes makanan ‘It’s Done by Eina Azman’ bermula sejak Ramadan yang lalu. Walau masih bertatih dalam perniagaan ini namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Bayangkan, setiap hari isteri Datuk Paduka Kaiser ini menerima tempahan makanan tanpa henti sampai ke awal pagi!
Memandangkan bisnes ini perkara baru bagi Datin Paduka Eina, beliau masih cuba menyesuaikan diri dengan situasi ini dan berusaha memberikan yang terbaik kepada semua.
Dalam perkongsian terbarunya, Datin Paduka Eina memuat naik gambar terkini bersama timbunan pek tempahan Assam Laksa masakannya. Tumpang bangga tengok bisnes It’s Done By Eina Azman makin hari makin maju. Menu pun dah banyak. Mengimbas kembali pembabitan awal dalam dunia masakan, ibu kepada anak kembar ini terbuka berkongsi kisah.
“Ingat lagi few years back masa mula-mula nak start share video masak dekat Instagram, Eina tak berapa confident. Then family encourage untuk share. Bila dapat sambutan dari you guys serious Eina happy sangat and rasa lagi semangat nak share.
Then last year dapat offer as Maggi CukupRasa’s brand ambassador. Offer yang tak mungkin Eina tolak sebab Maggi CukupRasa memang close to my heart. Boleh dikatakan Eina membesar dengan product-product Maggi. And tak pernah imagine dari tagline video end up jadi bisnes @itsdonebyeinaazman. Alhamdulillah dapat sambutan yang luar biasa sampai tak menang tangan Eina dan team.
You never know what the future holds for you.. Sebab tu kita wanita kena berani. Kena berani mencuba sesuatu yang baru!! Ha Eina dah share story Eina, u’olls share la story u’olls! Eina nak dengar jugak!”
Sebelum ini Datin Paduka Eina juga melahirkan rasa syukur kerana tidak menyangka bisnes air tangan beliau ini mendapat sambutan hangat daripada peminat. “Anyway, Eina nak share sikit apa yang Eina rasa semenjak buat ‘It’s done by Eina Azman’ ni. Syukur alhamdullilah rezeki Allah bagi terlalu banyak sampai tak menang tangan.
Tapi yang sedihnya Eina tak dapat nak terima semua order dengan baik. Terlalu ramai yang Whatsapp sampai Eina tak dapat nak amik order. Sebab bayangkan setiap hari WhatsApp masuk beratus-ratus. Staff-staff Eina semua cuba yang terbaik untuk balas semua WhatsApp tapi tak pernah habis-habis nak balas sebab WhatsApp non stop sampai 4 ke 5 pagi. Ada juga yang marah-marah Eina dan staff.
Eina tak boleh nak balas semua dari Eina. Sebab kalau Eina reply siapa pula nak memasak di dapur? So Eina harap u all boleh faham dan boleh bagi Eina sedikit ruang dan peluang untuk Eina and the team untuk perbaiki segala kekurangan. “Minta maaf sangat-sangat”.”
https://www.instagram.com/p/CE4EQGfDAhC/
Meninjau akaun rasmi ‘It’s Done by Eina Azman’ yang bakal mencecah 60 ribu followers, antara menu yang dijual ialah Assam Laksa, Sambal Tempoyak Ulam Kayu (9 Jenis Ulam), Sambal Bilis Jering, Sambal Bilis Petai, Jering Masak Lemak Cili Padi dan Ikan Patin Tempoyak Pekat Likat. Bagi memudahkan pelanggan menikmati menu air tangan Datin Paduka Eina di rumah, perkhidmatan penghantaran makanan sampai ke pintu rumah anda turut disediakan.
Malah, rata-rata feedback memberikan komen positif mengenai menu masakan Datin Paduka Eina Azman. Pendek kata, memang tak rugi cuba sambal dan laksa jualan aktres tinggi lampai tersebut. Sudahlah cantik, popular dan kaya. Pandai memasak pula tu! Menyedari minat memasak isteri tercinta, Datuk Paduka Kaiser menghadiahkan peralatan memasak berteknologi tinggi Thermomix kepada Datin Paduka Eina.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Datin Paduka Eina Azman sudah pasti mengetahui bakat memasak jelitawan ini yang gemar menyediakan sendiri hidangan untuk seisi keluarganya. Tidak hanya sajian tradisi Melayu bahkan beliau juga pandai memasak aneka hidangan Barat termasuk pencuci mulut. Jadi tidak hairanlah, air tangan Datin Paduka Eina digemari ramai dan mendapat sambutan luar biasa.
Eksklusif Promosi 8.8, Ini Tawaran Astro Paling Menguntungkan Sempena Ulang Tahun Ke-25!
Sama-sama dewasa dan berkembang mekar, majoriti rakyat Malaysia hari ini pasti tersenyum mengenangkan Astro di hati. Selama perjalanan selama 25 tahun, Astro berevolusi setiap masa seiring dengan cara penyerapan informasi di kalangan pengguna TV, radio dan digital.
Dengan hidangan program hiburan untuk pelbagai lapisan usia dan bangsa, banyak emosi terakam di depan kaca TV. Selari dengan tingkah laku pengguna, Astro juga terus memberikan keceriaan dan membuat kita tak kering gusi menonton.
Memahami tingkah laku pengguna ini, Astro berusaha memberi perkhidmatan terbaik dan mampu membawa jenama anda ke barisan hadapan pasaran, disokong oleh rangkaian pengguna besar di belakang Astro dan keseluruhan ekosistem media.
PROMOSI 8.8
Bersempena ulang tahun ke-25 Astro, golongan usahawan digalakkan merebut PROMOSI 8.8 oleh Astro Media Solutions. Promosi istimewa ini disasarkan untuk membantu perniagaan anda pulih lebih pantas dan bangkit lebih kuat pada waktu pandemik.
Di Astro, kami berusaha menerokai and mencari peluang pemasaran baharu untuk membantu memperluaskan jenama anda di kalangan pelanggan baharu. Pandemik kali ini juga melahirkan trend penggunaan yang baharu. Kami akan bekerjasama dengan jenama anda untuk mengenal pasti kelompok sasaran baharu dan memahami keperluan mereka hari ini.
Hampir separuh daripada penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnnya 1 dos vaksin COVID-19. Sekarang, jenama anda pula perlu membina hubungan emosi baru dengan khalayak ini sama ada memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia bersama anda dan mengenal pasti jenis pelanggan baharu anda.
MANFAAT BERGANDA
Ekoran festival membeli-belah 8.8 yang masih hangat, PROMOSI 8.8 ini juga turut dilanjutkan bersempena ulang tahun ke-25 Astro.
Ini merupakan tawaran rangsangan mega istimewa yang menawarkan nilai terbaik untuk pelaburan media anda. Dengan diskaun extra 8% dan 25% spot ekstra, nikmati semua pakej off-the-rak di TV, radio dan platform digital secara eksklusif.
Bayangkan kandungan yang dilokalkan di setiap platform penonton anda berada, pakej ini diyakini boleh menggandakan peluang perniagaan anda agar sampai kepada kumpulan sasaran. Dengan pelaburan kecil, anda dapat publisiti besar dan tentunya dapat mempercepatkan pemulihan serta pertumbuhan perniagaan anda.
(1) Contoh Tawaran: Pakej Gempak 2021
(2) Contoh Tawaran: Pakej MyDunia Starter B
Tawaran ini terbuka kepada semua pengiklan dengan media orders baharu yang diterima pada 2 Ogos – 15 September 2021. Tertakluk kepada terma dan syarat.
#WeAreBetterTogether, hubungi team kami hari ini di mediasolutions@astro.com.my. Klik (di sini) untuk melihat ke semua pakej terbaik yang optimum untuk TV, radio, digital dan platform OTT.
Sekiranya anda adalah SME, daftar sebagai ahli SME360 di sini untuk lebih banyak pakej pengiklanan dengan diskaun eksklusif sehingga 90% sesuai untuk semua jenis saiz perniagaan.
TERMA & SYARAT
• Tawaran ini sah untuk semua pakej Astro off-the-rak untuk TV, radio dan platform digital.
• Hanya sah untuk media orders BAHARU yang diterima pada 2 Ogos– 15 September 2021.
• Tempahan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada kekosongan inventori pada masa tempahan.
• Pengiklan boleh menebus 25% spots ekstra untuk mana-mana saluran yang telah ditempah dalam media order yang sama kecuali Astro Ria (6pm – 12am) dan Astro AEC (6pm – 12am).
• Semua spots ekstra mesti ditebus bersama-sama dengan spots yang telah dibayar dan saluran yang ditempah dalam satu media order dan Astro tidak bertanggungjawab untuk mana-mana spots iklan yang tidak ditebus atas apa alasan sekali pun.
• Semua spots hendaklah dimanfaatkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2022; tiada tempoh lanjutan akan diberikan untuk spots yang tidak digunakan.
• Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat pengiklanan, sila layari terma & syarat lengkap (klik di sini) untuk maklumat lanjut.
Mencari HUSNUL KHATIMAH, Tingkatkan Amalan Terutama Menjelang Usia 35 Tahun!
Kalau tidak hari ini, mungkin esok Allah bakal menjemput … tapi bersediakah kita dengan segala amalan yang dilakukan di dunia ini untuk dibawa ‘ke sana’ nanti? Allahu, takutnya memikirkan nasib umat Rasulullah kelak. Di manakah rumah abadi kita nanti … di syurga atau neraka? Moga seiring pertambahan usia ini, seluruh umat Islam sempat bertaubat dan berlumba-lumba menuju jalan kebaikan.
Lingkungan usia 35 hingga 40 tahun merupakan peralihan umur yang sangat penting. Pada usia sebegini kebanyakan daripada kita mula diuji dengan pelbagai cabaran hidup. Ia boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit atau kematian), dari pasangan hidup apabila berlakunya penceraian, jatuh sakit dan pergaduhan; atau cabaran apabila anak-anak meningkat remaja.
Pada peringkat usia ini juga Allah akan memanggil hambaNya pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya hadir dalam bentuk ujian.. seperti mana yang dinyatakan tadi. Kerana hanya dengan ujian tersebut, kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu serta memohon pertolonganNya.
Mulai hari ini, tanamkan hasrat untuk menjadi orang yang bijak iaitu mereka yang berusaha memperbaiki diri dan amalan, menjaga hubungan sesama ahli keluarga dan pasangan termasuk menyimpan untuk masa depan. Hindari aura mereka yang kurang bijak yakni yang tetap leka dan langsung tidak membuka deria mereka terhadap panggilan Allah SWT. Bahkan begitu asyik dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan sehingga alpa tentang tanggungjawab dan perhatian untuk suami, isteri mahupun anak-anak.
Lebih menakutkan apabila segelintir golongan yang sudah berumur 50 hingga 70 tahun pun masih leka dengan hal-hal duniawi seperti kenderaan yang dipakai, tanaman di dusun dan ternakan haiwan yang diusahakan. Alangkah baiknya pada usia ini, masa mereka diisi untuk mendengar kuliah agama, beribadat di masjid, mengerjakan umrah dan haji serta melaksanakan perintah Allah dengan sebaik mungkin.
Tetapi apa yang berlaku, ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Masih sibuk mencari cinta di luar sedangkan rumah tangga yang halal dibiar berantakan. Amat menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita. Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan ‘pulang’. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali meringkuk di hadapan Tuhan.
Hidup di dunia ini tidak lama.. Rasulullah SAW bersabda, “Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 hingga 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN… Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita. Oleh itu, lihatlah diri kita. Sudahkah kita mempersiapkannya?
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Credit : Inspirasi dan Kesehatan