“Hidup Bermewah-Mewah, Nak Tunjuk Orang, Tapi Hasilnya?” DATIN ALYAH Nasihat Generasi Muda Usah Terlibat Rasuah

Penyanyi, Datin Alyah menasihatkan generasi muda agar sentiasa memikirkan segala tindakan yang dilakukan agar tidak terlibat dalam aktiviti rasuah.

Datin Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan menyatakan jika mengamalkan rasuah sejak muda ia akan memberi kesan buruk selepas itu.

“Kena fikir banyak kali kerana pilihan apa yang kita buat sekarang itulah yang akan membawa kita 10 ke 20 tahun akan datang.

“Kalau rasuah itu dimulakan daripada umur muda ia akan memberi kesan 10, 20 atau beberapa tahun kemudiannya daripada segi makanan dan yang kita beri kepada keluarga. Itu semua kita kena fikir banyak kali,” katanya.

Datin Alyah berkongsi kenyataan itu ketika dijemput sebagai panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Kisah Hati Alyah’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada 19 September 2022 lalu.

Program tersebut berlangsung selama hampir sejam dan dikendalikan oleh Hazlin Hussain sebagai hos.

“Banyak mana pun yang dapat daripada hasil rasuah tidak akan membawa kita ke mana-mana. Akhirnya menyusahkan kita,” katanya.

Menurut Datin Alyah, di saat umur muda sememangnya akan menghadapi kesusahan dan ia perlu dicabar agar dapat merasai hasil usaha tersebut.

“Dari sekarang kita sudah bermewah-mewah, kita nak tunjuk dengan orang, tetapi hasil itu? Tidakkah kita sayang kepada mak dan ayah kita?

“Lagi-lagi kalau mak ayah itu duduk di kampung, jadi fikir banyak kali (sebelum mengambil rasuah). Tenung muka mak ayah kita banyak kali sebab pengorbanan ibu bapa ini tiada gantinya.

Sumber: Sinar Harian

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad