Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita dan berbakat besar, Hannah Delisha yang mulai popular menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle yang berjaya meledakkan namanya suatu ketika dahulu.

Ads

Pada tahun 2020, jelitawan asal Singapura ini mengumumkan tentang niat untuk bertudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman Instagram miliknya. Kini empat tahun sudah berlalu, Hannah bersyukur kerana masih istiqamah menutup aurat dan berhijab.

Watak Antagonis Buat Hannah Lebih Nekad Mahu Bertudung!

Hidup HANNAH DELISHA Semakin Tenang, Temui Kedamaian Sejak Berhijab Empat Tahun Lalu

“Jika diikutkan, saya sudah terdetik untuk memakai tudung agak lama juga. Namun, saya perlu habiskan penggambaran drama Cinta Sekali Lagi. Kalau nak tahu, watak saya sebagai Amani dalam drama itu yang membuatkan saya rasa lebih ingin bertudung.

“Saya cakap kepada diri saya, ini masanya untuk saya memakai tudung kerana niat hati saya dah semakin hari semakin kuat,” katanya.

Sebelum ini, dia juga tidak terlepas daripada rasa tertanya-tanya samada penampilan baharunya ini akan memberi kesan kepada kariernya yang sedang melonjak naik ketika ini.

“Pernah terlintas dalam fikiran, selepas saya bertudung, bagaimana dengan urusan kerja? Mungkin ada kerja tertentu yang saya terpaksa tolak. Namun, saya yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Jadi, tak perlu timbul rasa risau kerana saya sentiasa serahkan bab rezeki kepadaNya,” jelasnya.

Tak Pernah Gusar Soal ‘Rezeki’ Berserah Pada Allah

Hidup HANNAH DELISHA Semakin Tenang, Temui Kedamaian Sejak Berhijab Empat Tahun Lalu Hidup HANNAH DELISHA Semakin Tenang, Temui Kedamaian Sejak Berhijab Empat Tahun Lalu

Ads

Selepas bertudung, Hannah juga menjelaskan dia kini semakin tenang menjalani kehidupannya.

“Saya tak perlu lagi risau mengenai rezeki dan sebagainya kerana semuanya sudah diatur dengan baik oleh Allah. Sejujurnya, kehidupan saya kini juga menjadi lebih tenang dari semua sudut,” luahnya.

“Walaupun kini saya sudah bertudung, itu tidak menjadi penghalang untuk saya terus berlakon dan menerima watak antagonis. Dalam dunia realiti, kita semua sedia maklum bahawa ada juga orang yang bertudung, tetapi memiliki hati yang jahat.

Ads

“Sekiranya lakonan watak yang saya bawakan itu mampu memberi pengajaran kepada penonton, tentunya saya akan terima. Apa pun, semuanya berbalik kepada skrip. Sekiranya skrip itu menarik dan saya minat, tentunya saya akan teruskan,” katanya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber: Instagram Hannah Delisha

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI