Kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup bukannya datang bergolek. Untuk mencapainya kita perlu berusaha di samping tidak mudah patah semangat. Hidup ini ibarat satu perjuangan. Maka, sebagai seorang pejuang jangan abaikan 6 perkara ini dalam hidup kita.
JAGA HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA
Bila sudah berjaya jangan pula dilupa jasa ibu bapa kerana tanpa doa mereka siapalah kita sekarang. Begitu juga dengan jasa adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan. Semuanya sia-sia saja kalau hubungan dengan mereka tidak dijaga. Ingat, ikatan itulah yang membawa keberkatan dalam kejayaan kita hari ini.
CAPAI TAHAP PENDIDIKAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI
Cabaran hidup makin hari makin hebat. Kalau dulu dengan hanya berbekalkan keputusan SPM mungkin seseorang itu mudah dapat kerja. Tapi sekarang memang agak sukar sebab persaingan pun banyak. Kalau mampu cabarlah diri untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi demi perkembangan kerjaya yang lebih baik di masa depan.
NIKMATI KEBAHAGIAAN KELUARGA
Hubungan keluarga yang akrab dapat meningkatkan kesihatan dan kebahagiaan. Keluarga adalah sumber sokongan utama serta semangat buat kita saat menghadapi masa-masa sukar. Jangan pernah mengabaikan keluarga. Datang ketika susah, dilupakan ketika senang.
BEKERJA SEPENUH HATI
Kalau anda seorang graduan baru manfaatkan kemampuan yang ada untuk mencari kerjaya terbaik. Ingat, masa depan terletak di tangan kita sendiri. Maka, berusahalah sepenuh hati agar apa yang diimpikan menjadikan kenyataan.
SEIMBANGKAN KEHIDUPAN
Seimbangkan kehidupan dunia dan akhirat. Jika kedua-duanya dapat diseimbangkan dengan baik, datanglah apa saja cabaran sekalipun hasilnya pasti positif bukan hanya pada diri sendiri bahkan juga orang-orang di sekeliling. Percayalah, kita mampu menghadapinya dengan tenang.
CARILAH SAHABAT SUSAH DAN SENANG
Berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan kerana mungkin depan saja nampak rapat tapi belakang sebenarnya sanggup mengata dan tikam belakang. Jadi perlu selektif dalam memilih kawan. Pastikan juga dapat berproduktif bersama-sama. Segera jauhkan diri jika dirinya sering mengajak melakukan perkara yang negatif.
This website uses cookies.