Miliki wajah mirip ibu saudaranya, Lady Diana membuatkan Lady Kitty Eleanor Spencer sentiasa menjadi tumpuan dunia. Sepupu kepada Putera William dan Putera Harry ini merupakan anak kepada Charles Spencer yang merupakan adik lelaki kepada Lady Diana.
Seperti yang diketahui umum, keluarga Lady Diana bukan calang-calang dan terdiri daripada golongan bangsawan yang ternama. Walaupun hidup dilimpahi dengan kemewahan namun Kitty Spencer tidak pernah lupa kepada golongan yang memerlukan.
Graduan dari Cape Town Universiti ini merupakan duta kepada sebuah badan kebajikan yang membantu gelandangan muda, Centrepoint. Wanita cantik ini juga aktif mengumpul dana untuk kebajikan kanak-kanak yang memerlukan di sana.
Di sebalik kemewahannya, wanita cantik ini tidak duduk saja dan tetap keluar bekerja. Mempunyai kerjaya sebagai peragawati wajah cantiknya sering menghiasi majalah terkenal antarabangsa dan menjadi pilihan jenama terkenal di atas pentas fesyen. Kitty Spencer tampil anggun dan bergaya serta mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi. Lihat saja fesyen pilihannya, semua dari jenama mewah dan terkenal dunia.
Dolce & Gabbana
Christian Dior
HermĆØs
Gucci
Giorgio Armani
ZIMMERMANN
Alberta Ferretti
Ralph Lauren
Wanita yang berusia 29 tahun ini juga telah mengumumkan berita pertunangannya dengan seorang Multimillionaire yang juga Pengerusi kepada sebuah syarikat fesyen, Foschini Group. Dikhabarkan cincin yang digunakan oleh tunangnya, Michael Lewis, untuk melamarnya dianggarkan bernilai lebih RM1.6 juta (300,000).
Masa PKP tak boleh keluar beli barang boleh beli kat sini.