Hidup Norma Baharu, Raja Permaisuri Agong Titah Nasihat Rakyat Bersatu Perangi Pandemik Ini

Sebagaimana yang kita sedia maklum kes pandemik COVID-19 di negara kita telah meningkat. Pihak kerajaan sedang berusaha untuk melandaikan lengkung jangkitan  pandemik ini.

Foto: Facebook Istana Negara
Foto: Facebook Istana Negara

Sehubungan dengan itu, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah titah nasihat agar seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bertanggungjawab perangi pandemik ini.

Foto: Facebook Istana Negara
Foto: Facebook Istana Negara

“Beta nasihatkan seluruh rakyat untuk tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap pematuhan tatacara kebiasaan baharu, termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal serta duduk di rumah atau mengelakkan berada di lokasi yang sesak jika tiada keperluan,” titah baginda yang dimuat naik menerusi hantaran laman Facebook rasmi Istana Negara.

Foto: Facebook Istana Negara
Foto: Facebook Istana Negara

Titah ini disampaikan sempena Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan COVID-19 di Istana Negara, yang dianjurkan atas inisiatif Raja Permaisuri Agong sendiri.

Foto: Facebook Istana Negara
Foto: Facebook Istana Negara

Majlis yang diadakan dengan Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Hospital Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Istana Negara. Mereka antara yang berisiko tinggi kerana berkhidmat rapat dengan Seri Paduka berdua.

Foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah
Foto: Facebook Istana Negara

Taklimat ini juga bertujuan memberikan pegawai dan kakitangan Istana negara pemahaman serta kepekaan yang tinggi terhadap ancaman pandemik COVID-19 selain menyahut saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan.

Sumber: BERNAMA

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed