Hidup ‘Terkejar-Kejar’ Sejak Ada Anak, MAWAR RASHID ‘Enjoy’ Jadi Ibu Di Usia 24 Tahun!

Tanggal 13 Mac 2019 menjadi memori terindah Mawar Rashid kerana pada detik itulah dia akhirnya bergelar seorang ibu. Waktu itu dia baru berusia 24 tahun dan selamat melahirkan bayi lelaki comel yang diberi nama Raden Muhammad Rafael secara normal. Mengakui kompas hidupnya berubah sejak kehadiran Rafael namun ibu muda ini positif
mendepani hari mendatang bersama suami tercinta, Raden Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Raf.

Kini setelah Rafael meningkat usia setahun barulah Mawar kembali aktif dengan kerjaya seni dan lakonan. Apatah lagi, suami tercinta sentiasa menyokong minat dan apa juga keputusan Mawar. Selain bakal membintangi sebuah telemovie, selebriti cantik ini juga dilihat semakin ligat merencana empayar kosmetik, Mawarose. Dalam diam rupa-rupanya Mawar sudah pun bergelar usahawan.

Teruja berkongsi perniagaan kosmetik yang diusahakan, dia berkata, “Mawar tengah dalam perbincangan untuk masuk berlakon balik. First lakonan saya selepas ada baby ini ialah Thank You, Kapten. Lepas habis cerita tu, Mawar ambil cuti sekejap untuk beri tumpuan menghasilkan produk Mawarose. So far, kami dah berjaya keluarkan produk lip and cheek serum Magic Rose. Istimewanya produk ini, ia turut dijual melalui vending machine. Jadi lebih mudah untuk pembeli mendapatkan produk Mawarose.”

Ditanya rutin harian sejak adanya Rafael, sambil tertawa Mawar membuka cerita, “Jujur, sejak ada anak Mawar tak pernah dapat tidur yang cukup. Katakan kalau balik dari shooting

dan sebagainya pukul 3 pagi, dalam pukul 5 atau 6 pagi macam tu Mawar dah terjaga sebab Rafael jenis bangun pagi. Untuk pastikan rutin Mawar tidak terkejar-kejar, preparation dari segi masa sangat penting.
Mawar di samping ibunya
Manja bersama ibu mentua

Waktu makan anak pun Mawar letak dalam phone sebab kadang-kadang terlupa sebab sibuk. Pendek kata, rutin harian dah bertambah. Tapi setakat ini walau sibuk macam mana pun dengan bisnes dan shooting, Mawar tetap ada masa untuk anak-anak, suami dan keluarga. Kalau rancang masa betul-betul, mesti kaum ibu di luar sana pun boleh buat.”

Sememangnya menjadi ibu pada usia muda bukan satu tugas mudah. Tanpa bantuan insan tersayang dan pengurusan masa yang bijak pastinya tugas tersebut tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna. Pun begitu, Mawar sangat bertuah kerana sejak melahirkan Rafael, amanat menjaga anak kecil turut dibantu ibu kandung iaitu Marinee Abdullah dan ibu mentua, Datin Umi Kalsom.

Mawar Rashid mendirikan rumah tangga bersama Raf pada 9 November 2017. Sebelum berkahwin dengan Mawar, Raf mempunyai dua orang anak iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela menerusi perkahwinan terdahulu.

Share
Published by
Suzi