Setiap kali hendak bersukan, pastinya masalah pemilihan hijab yang bersesuaian menjadi masalah utama. Menyedari betapa pentingnya hijab khas untuk aktiviti bersukan, TudungPeople, jenama hijab tempatan ini mengambil inisiatif mengeluarkan hijab khusus untuk melakukan aktiviti riadah dan bersukan dalam keadaan selesa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri menutup aurat dengan baik.
Ads
Tidak hairanlah mengapa koleksi hijab sukan ini mendapat tempat di kalangan atlet tempatan ketika menyertai pertandingan di peringkat dalam dan luar negara. TudungPeople mengumumkan jenama ini menjadi rakan hijab rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tahun 2022-2024.
Peneraju inovasi dan teknologi tudung, TudungPeople sebelum ini telah menghasilkan rangkaian tudung aktif, Najwa PRO yang direka khusus dengan mengutamakan prestasi unggul untuk mengukuhkan perkongsian.
Jenama tempatan ini telah bekerjasama rapat dengan para atlet semasa proses penyelidikan dan pembangunan tudung sukan Najwa PRO Performance di mana ia telah dipakai oleh para atlet semasa sesi latihan.
Antara atlet yang berpeluang merasai sendiri keistimewaan hijab sukan ini termasuklah pasukan bola jaring, silat, skuasy dan bola baling.
Malah, sepanjang temasya Sukan Asia Tenggara Hanoi 2021 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang lalu, atlet seperti Aifa Azman dari sukan skuasy telah menyarungkan hijab ini di temasya sukan berprestij tersebut serta berjaya menggondol pingat gangsa dalam acara skuasy beregu wanita.
Menyingkap keistimewaan hijab sukan Najwa Hijab ini, ia mempunyai reka bentuk hibrid yang menggabungkan penutup kepala dan leher yang rapat serta bahagian hadapan boleh laras.
Ads
Manakala Najwa Lite pula telah direka untuk membolehkan para atlet melakukan pelbagai gerakan yang tidak menganggu dan selesa supaya para atlet dapat beraksi pada tahap terbaik. Sudah tentu kedua-dua ciri ini menjadi elemen yang terbaik untuk para atlet tampil selesa, berkeyakinan diri di gelanggang acara sukan yang disertai tanpa sebarang gangguan.
Menurut Fazrena Aziz dari TudungPeople, sebagai jenama tudung pertama yang bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara, jenama ini bercita-cita untuk memacu perubahan dalam pemikiran stereotaip kecergasan wanita terutamanya di kalangan mereka yang mengenakan hijab.
Ads
“TudungPeople bermatlamat untuk memperkasakan wanita dengan menghilangkan rasa takut dan gentar mengenai kecergasan berhijab sambil menggalakkan gaya hidup sihat”, ujarnya lagi.
Ditanya mengenai kerjasama yang terjalin antara TudungPeople dan Majlis Sukan Negara, menurut Fazrena ia merupakan platform sempurna untuk jenama hijab tempatan ini meraikan dan memperkasakan atlet tempatan di samping membina komuniti peminat yang berfikiran sama serta mengukuhkan kasih sayang dan kesedaran sebagai jenama yang memahami keperluan dan kehendak wanita.
TudungPeople Najwa PRO bakal berada di pasaran pada Januari 2023 di mana ia boleh didapati secara dalam talian dan di butik TudungPeople.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ini kita masih lagi dalam mood raya walaupun kebanyakannya sudah mula bekerja. Memandangkan Syawal masih lagi dirai maka banyaklah jemputan rumah terbuka diterima. Bukan sekadar berpeluang bertemu sanak saudara dan sahabat handai yang lama tak jumpa bahkan dapat menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat belaka.
Namun di sebalik keterujaan menikmati juadah hari raya anda haruslah beringat kerana makan berlebihan boleh mengundang ‘duka’ terutama bagi yang sedang dalam proses menurunkan berat badan atau mempunyai penyakit tertentu.
Amalkan 6 tip berikut agar anda tidak ‘terbabas’ daripada pola pemakanan sihat. Ingat, jangan makan berlebihan hanya kerana mahu menjaga hati tuan rumah.
LETAK TARGET
Jika anda dalam proses menurunkan berat badan, hari raya merupakan saat paling mencabar kerana sukar untuk mengawal kalori berbanding hari biasa. Pastikan anda mengawal porsi makanan dan elak rasa kenyang yang berlebihan. Jika anda penghidap diabetes perhatikan apa yang anda makan.
JANGAN ‘LAPAR MATA’
Hari raya umpama pesta makanan. Bermacam juadah dihidangkan buat tetamu. Keadaan ini mengakibatkan anda mudah tergoda seterusnya memancing nafsu makan. Ini yang dikatakan ‘lapar mata’. Jangan terus menuju ke meja makan atau mengambil kuih muih yang terhidang. Berbual-bual lah dahulu dengan sanak saudara dan sahabat handai kerana itulah tujuan asal hari raya, bukan?
BERHENTI SETELAH KENYANG
Mungkin ada yang tak sedar isyarat ‘kenyang’ kerana terlalu asyik berbual sambil mengunyah. Siap tambah makanan lagi tanpa sedar. Lebih bahaya kalau makanan itu depan mata saja. Ambil makanan yang nak dimakan saja dan makan perlahan-lahan. Selesai makan jauhkan pinggan yang digunakan bagi mengelakkan anda menambah lagi makanan.
PENUHKAN PINGGAN DENGAN SAYURAN
Ketika mengambil makanan penuhkan dulu pinggan dengan sayuran. Sayuran membantu anda cepat kenyang kerana kandungan seratnya yang tinggi. Pilih sayuran yang tak bersantan atau kalau terpaksa kurangkan kuantiti kuah bersantan yang diambil.
ELAK DAGING BERLEMAK
Khususnya daging merah yang tinggi kandungan lemaknya. Kalau anda makan ayam, elakkan makan bahagian kulitnya.
WASPADA MINUMAN BERGULA
Minuman juga disediakan dalam berbagai warna yang pasti menarik perhatian tetamu seperti soda dan sirap. Ia biasanya mengandungi gula berlebihan. Soda diet mengandungi pemanis buatan sebagai pengganti gula. Elak atau kurangkan minuman ini bagi mencegah meningkatnya kalori tanpa sedar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebelakangan ini, bukan seorang dua yang paranoid kalau terpaksa keluar rumah membeli barang keperluan. Takutnya bukan main, beli roti pun siap bertopeng muka, bersarung tangan, berbut getah… bimbang betul dapat jangkitan virus COVID-19 di tempat awam. Nak bersalaman, ah jauh sekali.
Amalan menjaga jarak dan social distancing itu bagus. Tapi kalau sampai paranoid nak ke hospital atau klinik kesihatan, pun susah juga. Mujurlah Kementerian Kesihatan (KKM) kita prihatin keluhan orang awam, sekarang diwujudkan perkhidmatan door-to-door bagi mereka yang ingin membuat ujian pengesanan virus itu di rumah.
Kita ni bukanlah meminta, nauzubillah. Tapi kalau tiba-tiba ahli keluarga atau diri sendiri bergejala jangkitan COVID-19, cepat-cepatlah hubungi salah satu daripada 11 syarikat swasta yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pengambilan sampel ujian COVID-19 dari rumah ni.
Bookdoc (muat turun app)
DoctorOnCall (muat turun app)
Pantai Premier Pathology Sdn Bhd (03-42809115)
Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ) (03-40234588)
Qualitas Medical Group Sdn Bhd, Gleneagles Kuala Lumpur (03-79646363)
Gleneagles Kuala Lumpur (011-13013579)
Twin Tower Medical Centre KLCC (03-23823500)
Pantai Hospital Kuala Lumpur (03-42809115)
Pantai Hospital Cheras (03-42809115)
Pantai Hospital Klang (03-42809115)
Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka (03-42809115)
Orang awam boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Ujian di rumah itu nanti akan dilakukan oleh pegawai perubatan dan paramedik swasta yang terlatih, dan sampel akan dihantar ke makmal swasta untuk dianalisis. Keputusannya pula akan diberitahu dalam masa beberapa hari. Mudahkan?
Waktu begini teringat pula rayuan bekas pesakit COVID-19, Hamdan Hashmuddin, yang telah disahkan sembuh dan dibenarkan discaj dari Hospital Rembau semalam.
Sehingga kini, masih ada individu berisiko yang enggan tampil membuat ujian pengesanan COVID-19. Terutamanya mereka yang ada hubungan rapat (close contact) dengan pesakit. Walaupun ditakdirkan tidak jatuh sakit tapi anda masih berisiko menjangkiti orang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kira-kira seminggu lagi, Mas Idayu bakal kembali bergelar isteri. Kisah penyanyi dangdut ini yang akan melangsungkan perkahwinan bukan lagi rahsia dan majlis perkahwinannya kelak mendapat tajaan mencecah RM7 juta yang bakal diuruskan Anas Abdullah.
16 tahun menjadi ibu tunggal, Mas Idayu Mesnun yang kini berusia 50 tahun mengakui semakin berdebar menjelang hari bahagia. Dia akan disatukan dengan Penerbit Eksekutif stesen TV3 iaitu Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September kelak.
Mengulas detik bersejarah itu nanti, Mas Idayu berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali kedua ini mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja. Malah, dia terpaksa menolak secara baik beberapa lagi tajaan memandangkan semua keperluan sudah mencukupi.
Memetik kenyataan Mas Idayu kepada Media Hiburan, “Saya bersyukur kerana perkahwinan kedua tak sangka akan dapat tajaan yang begitu besar. Dari RM7 juta, sekarang jumlah penajaan sudah hampir cecah RM8 juta.
Bercakap tenatng perasaan, memang saya rasa berdebar-debar tunggu majlis akad nikah nanti. Ibaratnya macam hati rasa tidak keruan, macam orang dulu-dulu kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.
Macam majlis bersiram ini pun saya dah rasa berdebar, apa entah lagi majlis pernikahan nanti.”
Awal September lalu, Mas Idayu mengadakan Majlis Bersiram yang mana ia merupakan tajaan daripada Telaga Bunga Spa di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Pada upacara bersiram itu, anak tunggalnya, Nur Dayini Asyiqah turut hadir menyerikan majlis.
Majlis akad nikah dan resepsi Mas Idayu diadakan pada 16 September di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur. Mas Idayu sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 namun berpisah pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...