Setiap kali hendak bersukan, pastinya masalah pemilihan hijab yang bersesuaian menjadi masalah utama. Menyedari betapa pentingnya hijab khas untuk aktiviti bersukan, TudungPeople, jenama hijab tempatan ini mengambil inisiatif mengeluarkan hijab khusus untuk melakukan aktiviti riadah dan bersukan dalam keadaan selesa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri menutup aurat dengan baik.

IKLAN

Hijab Sukan Berinovasi! Patut la Ramai Atlet Kebangsaan Menyarung Hijab Ini Ketika Mewakili Negara!
Tidak hairanlah mengapa koleksi hijab sukan ini mendapat tempat di kalangan atlet tempatan ketika menyertai pertandingan di peringkat dalam dan luar negara. TudungPeople mengumumkan jenama ini menjadi rakan hijab rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tahun 2022-2024.

Hijab Sukan Berinovasi! Patut la Ramai Atlet Kebangsaan Menyarung Hijab Ini Ketika Mewakili Negara!Peneraju inovasi dan teknologi tudung, TudungPeople sebelum ini telah menghasilkan rangkaian tudung aktif, Najwa PRO yang direka khusus dengan mengutamakan prestasi unggul untuk mengukuhkan perkongsian.

Hijab Sukan Berinovasi! Patut la Ramai Atlet Kebangsaan Menyarung Hijab Ini Ketika Mewakili Negara!
Jenama tempatan ini telah bekerjasama rapat dengan para atlet semasa proses penyelidikan dan pembangunan tudung sukan Najwa PRO Performance di mana ia telah dipakai oleh para atlet semasa sesi latihan.

Antara atlet yang berpeluang merasai sendiri keistimewaan hijab sukan ini termasuklah pasukan bola jaring, silat, skuasy dan bola baling.

Hijab Sukan Berinovasi! Patut la Ramai Atlet Kebangsaan Menyarung Hijab Ini Ketika Mewakili Negara!
Malah, sepanjang temasya Sukan Asia Tenggara Hanoi 2021 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang lalu, atlet seperti Aifa Azman dari sukan skuasy telah menyarungkan hijab ini di temasya sukan berprestij tersebut serta berjaya menggondol pingat gangsa dalam acara skuasy beregu wanita.

Hijab Sukan Berinovasi! Patut la Ramai Atlet Kebangsaan Menyarung Hijab Ini Ketika Mewakili Negara!
Menyingkap keistimewaan hijab sukan Najwa Hijab ini, ia mempunyai reka bentuk hibrid yang menggabungkan penutup kepala dan leher yang rapat serta bahagian hadapan boleh laras.

IKLAN

Manakala Najwa Lite pula telah direka untuk membolehkan para atlet melakukan pelbagai gerakan yang tidak menganggu dan selesa supaya para atlet dapat beraksi pada tahap terbaik. Sudah tentu kedua-dua ciri ini menjadi elemen yang terbaik untuk para atlet tampil selesa, berkeyakinan diri di gelanggang acara sukan yang disertai tanpa sebarang gangguan.

Hijab Sukan Berinovasi! Patut la Ramai Atlet Kebangsaan Menyarung Hijab Ini Ketika Mewakili Negara!
Menurut Fazrena Aziz dari TudungPeople, sebagai jenama tudung pertama yang bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara, jenama ini bercita-cita untuk memacu perubahan dalam pemikiran stereotaip kecergasan wanita terutamanya di kalangan mereka yang mengenakan hijab.

IKLAN

Hijab Sukan Berinovasi! Patut la Ramai Atlet Kebangsaan Menyarung Hijab Ini Ketika Mewakili Negara!
“TudungPeople bermatlamat untuk memperkasakan wanita dengan menghilangkan rasa takut dan gentar mengenai kecergasan berhijab sambil menggalakkan gaya hidup sihat”, ujarnya lagi.

Hijab Sukan Berinovasi! Patut la Ramai Atlet Kebangsaan Menyarung Hijab Ini Ketika Mewakili Negara!
Ditanya mengenai kerjasama yang terjalin antara TudungPeople dan Majlis Sukan Negara, menurut Fazrena ia merupakan platform sempurna untuk jenama hijab tempatan ini meraikan dan memperkasakan atlet tempatan di samping membina komuniti peminat yang berfikiran sama serta mengukuhkan kasih sayang dan kesedaran sebagai jenama yang memahami keperluan dan kehendak wanita.

TudungPeople Najwa PRO bakal berada di pasaran pada Januari 2023 di mana ia boleh didapati secara dalam talian dan di butik TudungPeople.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI