Hikmah Putus Cinta, NAJWA LATIF Berjaya Habiskan Master & Jadi Wanita Lebih Tabah!

Salute dengan kekuatan yang ada dalam diri Najwa Latif. Saat wanita senasib dirinya tak mampu move on dan meratapi hubungan cinta tidak kesampaian, penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku ini enggan terus ‘bermuram durja’. Sedar perjalanan hidup masih panjang dan percaya dengan ketentuan ilahi, Najwa bangkit menggapai impian.

Tidak pernah menyangka mampu menamatkan pengajian hingga ke tahap Master, Najwa bagaimana pun mengakui pernah putus harap dan mahu berhenti belajar ketika berusia 16 tahun. Namun hasrat tersebut dihalang ibu tersayang. Dan semalam, Najwa berkongsi berita gembira di media sosial miliknya selepas menerima keputusan semester terakhir pengajian.

Antara insan paling bahagia dengan keputusan Najwa ialah ibunya, Zarina Saamah. “The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results. She said,

Alhamdulillah. Thank you Wawa. Mama happy.” I cry!

Bila everyone cakap I won’t make it. I believe them and Wawa bukan jenis nak prove I’m best dekat semua orang. But, I work with what I have. Fortunately, I have my family, abang Azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started. 

They also remind me to have fun dalam apa Wawa buat. Wawa putus cinta time master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu. Tapi korang nak tahu apa Tuhan bagi lepas tu?

Peluang untuk bernafas dan cuba jadi lebih baik lagi. Family yang percaya pada Wawa when Wawa tak percaya diri Wawa. Kawan-kawan yang sangat baik. Supervisor yang paling cool dalam dunia ni. Students yang banyak perangai tapi best.

You see, when you feel like banyak benda you dah plan tak jadi, have faith. Allah tahu yang terbaik. Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je. Kalau semua orang rasa korang tak cukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough. 

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR) pada 2017. Dia kemudian meneruskan pendidikan tinggi dalam jurusan sama di Universiti Malaya (UM) di peringkat Master.

Waktu awal melanjutkan pengajian kira-kira dua tahun lalu Najwa pernah memaklumkan dia terpaksa melupakan niat untuk sambung belajar ke United Kingdom (UK) demi ibu tercinta yang mahu dia sentiasa berada dekat dengan keluarga.

Ujar Najwa lagi, “While I’m writing this, Wawa masih takda boyfriend lagi when kawan-kawan Wawa ada yang dah ada boyfriend,

tunang, kahwin, ada anak. Tapi guess what? Berkat doa semua orang, Wawa habis master, grad this year inshaAllah. So, takda boyfriend takpa, tapi Wawa dapat nampak 4 for the first time dalam hidup ni.

Alhamdulillah, I know I rarely say this tapi Mama, Ayah, Wawa harap I make you proud this time. Walaupun cuma dari jauh. Thank you sebab selalu doakan Wawa.”

Moga lepas majlis graduasi nanti Najwa dapat kembali aktif dalam industri seni dan menjadi contoh inspirasi terbaik kepada lebih ramai golongan muda selain membuktikan kemampuan anak seni negara yang tidak hanya berbakat tetapi juga berilmu.

 

Kredit: Instagram Najwa Latif

Share
Published by
Suzi