Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menyaksikan majlis ringkas pendaftaran pengIslaman pembantu rumah baginda yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Jumaat.
Ads
Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, Tengku Permaisuri Norashikin menemani pembantu rumah baginda, Mariam Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.
Baginda berkenan menemani pembantu rumah Baginda, saudari Mariam binti Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah, yang dipimpin oleh YAD Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar Haji Opir, sambil disaksikan oleh Imam Besar Masjid Negeri, YBhg. Ustaz Muhammad Farhan Wijaya.
Majlis berlangsung seusai Solat Jumaat dan turut disaksikan para jemaah yang hadir.
Turut mencuri tumpuan adalah keanggunan Permaisuri Selangor yang anggun menyarung persalinan kurung berona kelabu serta tudung biru putih menyerlahkan personaliti dan keayuan baginda.
Malah sikap baginda yang memeluk erat pembantu baginda menunjukkan betapa bagina cukup ikhlas menyayangi gadis tersebut.
Ads
Inilah yang dikatakah berkah bulan Ramadan penuh mulia. Syukur alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusannya.
Sumber: Sinar Harian | Foto: Selangor Royal Office
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati ibu bapa mana yang tidak tersentuh apabila menerima kejutan hadiah daripada anak tersayang. Apatah lagi pemberian tersebut mencecah sehingga belasan ribu ringgit! Sejuk perut Noor Zaridah Ahmad yang mengandungkan anak kenang jasa seperti selebriti cantik Amyra Rosli ini.
Berkongsi momen indah tersebut di laman Instagram, Amyra atau nama penuhnya Nur Amirah Izzati Rosli memuatnaik video kejutan istimewa yang dilakukan untuk kedua-dua ibu bapa tersayang baru-baru ini. Memang sweet habis! Bukan ibu bapa Amyra je yang menangis terharu… peminat pun turut menangis gembira.
Ujar Amyra, “May Allah make us obedient to our parents, may he grant them good health, true happiness. May He forgive all their sins, protect & preserve them in this world and the next. May He raise their status in the hereafter. May He make them among those who will enter Jannah without any accounting.
May He grant them relief in the grave and may He grant them shade in His mercy on the Day of Judgement. May He have mercy on them as they had mercy on me when I was small. Ameen. Hope mama & ayah will love this Ogawa Smart Jazz. Enjoy!!”
https://www.instagram.com/p/CFcAuwwnH6b/
Difahamkan harga bagi sebuah kerusi urut berteknologi tinggi Ogawa Smart Jazz yang dihadiahkan Amyra kepada ibu bapa tersayang mencecah RM12,999! Meskipun mahal tapi sebagai anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, tidak akan terbalas segala pengorbanan insan teristimewa berkenaan dengan pemberian apa bentuk hadiah sekali pun.
Tumpang gembira dengan kejayaan Amyra Rosli dalam kerjaya seninya hari ini dan mampu membahagiakan dua insan tersayang ini. Semoga rezeki ibu dua anak ini terus melimpah ruah dan mendapat keberkatan Allah SWT.
Amyra Rosli mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup selama hampir empat tahun, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi berusia tiga tahun dan anak perempuan Ayra Aryssa, tujuh bulan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penantian dan usaha pencarian mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, Selangor berakhir selepas mayat mangsa itu ditemukan pada petang 24 Disember 2022.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menzahirkan penghargaan kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh berkenaan.
Beliau turut menitipkan ucapan buat semua petugas media yang bertungkus lumus membuat liputan dan menyampaikan perkembangan terkini sejak hari pertama tragedi itu berlaku.
Memetik hantarannya di laman Facebook: –
“Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat yang berakhir pada hari ini (24 Disember 2022) dan takziah buat semua keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali.”
Dalam hantaran Facebook berasingan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan turut merakamkan penghargaan buat pasukan SAR daripada pelbagai agensi yang mengerah keringat mencari mangsa tragedi itu.
“Jasa bakti anggota pasukan SAR yang terlibat amat dihargai,” katanya.
Mayat mangsa terakhir (ke-31) iaitu kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lingkungan 7 hingga 12 tahun ditemukan pasukan SAR pada 4.53 petang pada kedalaman tanah 1.5 meter.
Setelah sembilan hari operasi SAR dilaksanakan, mayat terakhir itu ditemukan dalam keadaan telungkup di tebing bukit dalam beg tidur kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan sektor A (Hillview).
Dalam insiden awal pagi pada 16 Disember 2022, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat. Manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan mangsa.
Kejadian menyayat hati itu meragut nyawa 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zahirah Macwilson antara pelapis anak seni yang mewarnai dunia lakonan tanah air. Zahirah dilahirkan di Kuala Lumpur dan membesar di Sydney, Australia dan berketurunan British (bapa) dan Melayu (ibu) merupakan anak sulung dari empat adik-beradik.
Memulakan kerjaya awalnya sebagai model pada usia 12 tahun ketika di bangku sekolah, Zahirah MacWilson memulakan kerjaya lakonan profesional pada 2015 menerusi drama orientasi remaja Dunia Generasi Baru dengan memegang watak Zahra, diikuti oleh watak Dr. Katrina dalam Hidayahmu Ramadan.
Namanya mula menjadi perhatian ramai selepas membintangi drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad dengan memegang watak Annisa. Memiliki wajah pan-Asia menjadikan wajah Zahirah tidak jemu dipandang.
Artis-artis wanita berwajah pan-Asia dilihat sebagai antara selebriti yang paling mudah mencipta nama. Senario ini sebenarnya bukan baru bagi dunia hiburan tanah air kerana tradisi sedemikian sudah lama diwarisi.
Ada kalanya ia hanya bermula dengan penampilan dalam iklan komersial, mereka lantas dengan mudah ditawarkan berlakon filem mahupun bergelar penyanyi. Semuanya semata-mata kerana wajah pan-Asia yang dimiliki mereka. Apa istimewanya golongan ini sehingga dengan begitu mudah mereka mencipta populariti dalam dunia seni tanah air?
Tatkala ditanya tentang kelebihan memiliki wajah pan-Asia bagi Zahirah semuanya bergantung pada bakat. Bagi Zahirah, wajahnya tidaklah terlalu pan-Asia jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain yang lebih ‘kuat’ aura pan-Asianya.
“Bakat adalah perkara utama apabila melibatkan diri dalam dunia lakonan. Memiliki wajah pan-Asia juga tidak membataskan diri saya untuk melakonkan watak wanita kampung. Saya tidak menganggap wajah pan-Asia sebagai platform untuk berjaya dalam dunia seni kerana bagi saya, wajah cantik sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan bakat,” ujar Zahirah.
Apabila melihat wajah Zahirah dan juga Amelia Henderson, pasti akan mengingatkan kita tentang pelakon berwajah pan-Asia yang cukup terkenal suatu ketika dahulu. Nama-nama seperti Julia Rais, Sofea Jane, Ramona Rahman, Deanna Yusof dan lain-lain menjadi siulan di bibir peminat. Meskipun berlainan era namun akui Zahirah dia mengenali nama-nama pelakon terkenal tersebut.
Dalam perkembangan lain, Zahirah bakal muncul dengan drama 28 episod, Jangan Benci Cintaku untuk slot Akasia.
Seperti Zahirah, si cantik manis berwajah ‘Mat Salih’, pelakon dan model berdarah campuran India dan Scotland, Amelia Henderson juga dianggap bertuah kerana memilik wajah pan-Asia. Sama seperti Zahirah, Amelia tidak pernah menganggap wajah pan-Asia memberi satu kelebihan buat diri seorang anak seni sepertinya.
“I don’t think so. Wajah pan Asia itu bukan satu kelebihan, at the end of the day kalau kita tak ada bakat, walaupun memiliki wajah pan-Asia, kita tidak akan ke mana-mana. Nama-nama besar seperti Julia Rais dan Sofea Jane sudah berjaya membuktikan bahawa mereka bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan tetapi juga berbakat besar dalam dunia lakonan,”ujar Amelia.
Memulakan kerjaya seawal usia 10 bulan, bakat Amelia mula digilap ketika terlibat dengan iklan komersial. Kini Amelia bukan sahaja terlibat dalam dunia lakonan tetapi juga dalam dunia pengacaraan.
Ditanya antara dunia lakonan dan juga pengacaraan, Amelia mengakui bahawa agak susah untuk dia memberikan jawapan. Hal ini kerana dunia lakonan dan juga pengacaraan adalah bidang yang sangat berbeza. Bagi Amelia, kedua-dua bidang tersebut punya kelebihan yang tersendiri.
Menyentuh tentang perkembangan terkini dirinya, Amelia bakal muncul dalam drama Pengantin 100 Hari dan drama Jangan Benci Cintaku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...