Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menyaksikan majlis ringkas pendaftaran pengIslaman pembantu rumah baginda yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Jumaat.
Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, Tengku Permaisuri Norashikin menemani pembantu rumah baginda, Mariam Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.
Baginda berkenan menemani pembantu rumah Baginda, saudari Mariam binti Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah, yang dipimpin oleh YAD Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar Haji Opir, sambil disaksikan oleh Imam Besar Masjid Negeri, YBhg. Ustaz Muhammad Farhan Wijaya.
Majlis berlangsung seusai Solat Jumaat dan turut disaksikan para jemaah yang hadir.
Turut mencuri tumpuan adalah keanggunan Permaisuri Selangor yang anggun menyarung persalinan kurung berona kelabu serta tudung biru putih menyerlahkan personaliti dan keayuan baginda.
Malah sikap baginda yang memeluk erat pembantu baginda menunjukkan betapa bagina cukup ikhlas menyayangi gadis tersebut.
Inilah yang dikatakah berkah bulan Ramadan penuh mulia. Syukur alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusannya.
Sumber: Sinar Harian | Foto: Selangor Royal Office
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.