Teh hijau antara minuman kesukaan ramai yang ditakrifkan sebagai tinggi alkali. Ia bukan saja sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa, bersama ais sewaktu cuaca panas terik atau disajikan panas-panas untuk menyegarkan semula tubuh yang lesu.
Air teh hijau yang dihirup itu juga bukan sekadar menghilangkan haus, malah turut bermanfaat untuk seluruh badan. Fermentasi adalah apa yang membezakan teh hijau dengan teh-teh lain. Daun teh hijau tidak di fermentasi dan hasilnya, minuman ini tinggi kandungan antioksidan.
Ia juga meneutralkan kompaun yang dipanggil radikal bebas, penyebab penyakit dan kematian sel.
Kajian oleh The University of Maryland Medical Center turut menjelaskan bahawa teh hijau amat membantu anda mengawal pelbagai masalah kesihatan seperti atherosclerosis
dan diabetes.
(a) Kesihatan Kulit
Teh semula jadi ini dapat melindungi kulit daripada selaran sinar ultraviolet. Secara tidak langsung, ia berupaya menghindari risiko kanser kulit dan memperlahankan tanda penuaan.
(b) Menyihatkan Rambut
Kebotakan pada umumnya terjadi kerana akar atau batang rambut yang kurang sihat. Amalan meminum teh hijau dapat mengatasi masalah ini kerana kandungan zatnya membuat rambut kembali sihat dan memulihkan pertumbuhan rambut.
(c) Membersihkan Jerawat
Lantaran zat antioksidannya yang tinggi, kekotoran atau minyak yang menempel pada pori-pori kulit dapat dibersihkan dengan cara menikmati teh hijau secara teratur.
(d) Menurunkan Berat Badan
Teh hijau terbukti berkesan untuk mengurangi penyerapan lemak dalam tubuh. Selain itu, ia turut diperkaya dengan polifenol yang mampu meningkatkan intensiti pembakaran lemak.
Baca juga: Usia 55 Tetap Cantik Rupawan, Teruja Tengok Wajah Deanna Yusoff Sekarang – Glowing & Awet Muda!
(e) Membantu Pesakit Diabetes
Minuman teh hijau memiliki kemampuan untuk mengatur kandungan gula dalam darah. Oleh itu, pesakit diabetes sangat disarankan agar sering meminum teh hijau.
Bilakah waktu terbaik untuk menikmati teh hijau?
Sebaik-baiknya, amalkan meminum 4-5 cawan teh hijau sehari. Lebih banyak, lebih baik. Pun begitu, proses bru teh hijau boleh menjadi rumit jika tidak dibuat dengan betul. Khasiat polifenol di dalam teh hijau akan merosakkan rasa enaknya dan membuatkan teh anda rasa ‘berumput’.
Kekal pH Baik
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
This website uses cookies.