Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan situasi yang dihadapi penyanyi dan composer, Zee Avi mengalami masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu dan memaksanya menggunakan alat bantuan pendengaran selama 13 jam sehari. Zee Avi, 37 tahun atau nama sebenarnya Izyan Alirahman mendedahkan dia kini menggunakan alat bantuan pendengaran di kedua belah telinganya sejak setahun lalu.
“Ada yang memanggil saya ‘pekak’ dan saya terpaksa telan. Walaupun perkataan pekak itu agak sensitif untuk kebanyakan orang sebab kesukaran pendengaran ini ada banyak tahap”, jelas Zee Avi menerusi temubual media bersama Harian Metro.
“Sekarang ini 13 jam saya perlu pakai alat bantuan pendengaran ini, kalau tidur tak pakai. Bila bangun saja terus pakai. Kalau tak pakai bunyinya macam dalam otak. Jadi, rasanya sangat sunyi. Namun saya sangat bersyukur disebabkan teknologi alat ini jadi tak nampak pun sebenarnya kalau saya pakai,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Zee, selepas mengalami masalah pendengaran dia mula menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi. Zee yang baru saja mendirikan rumah tangga pada November tahun lepas juga turut mengakui produktiviti dirinya sebagai penyanyi dan pemuzik turut terjejas.
“Bila mereka kuatkan sikit suara, mereka dah rasa macam menjerit jadi saya tak mahu lakukan itu kepada kawan saya. Lama kelamaan saya akan rasa malas nak bagi tahu. Setiap kali kalau saya pergi mesyuarat dengan menteri atau orang penting takkan saya nak bagi tahu mereka supaya kuatkan suara.
Dalam masa sama, Zee yang popular menerusi lagu Kantoi berkata sokongan moral terutama daripada ahli keluarga dan suami membuatkan dirinya nekad untuk mendapatkan bantuan daripada audiologis di Global Hearing Care Centre GHCC), Wangsa Maju. Ia Bermula dengan sesi ujian pendengaran dan konsultasi, Zee akhirnya bersetuju untuk menggunakan alat bantuan pendengaran.
“GHCC menawarkan servis alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa, serta konsultasi masalah pendengaran selain menjadi pengedar beberapa jenama terkemuka Alat Bantu Pendengaran seperti Bernafon, Oticon, Phonak & Widex.” katanya. NONA mendoakan agar semua urusan Zee Avi dipermudahkan.
Sumber: Harian Metro (Terima kasih Sudirman) | Kredit foto: Instagram (@zee.avi)
This website uses cookies.