Siapa yang tidak kenal dengan wanita yang dilahirkan sebagai anak sulung perempuan Donald Trump ini. Ivanka Trump merupakan seorang usahawan wanita sebelum dilantik oleh bapanya menjadi penasihat kepada presiden di Rumah Putih.
Sewaktu membantu bapanya berkempen untuk piliharaya Amerika Syarikat baru-baru ini Ivanka telah mencuri tumpuan dengan penampilan yang stailo. Memiliki ketinggian 180cm sudah pasti apa sahaja yang disarung oleh wanita berambut perang ini cantik dan bergaya sementelah meminati bidang fesyen.
Baharu sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-11 bersama suaminya, Jared Kushner, serta kelihatan bahagia di samping 3 orang anak mereka. Walau bagaimanapun, kini Ivanka telah ‘kehilangan kerja’ di Rumah Putih ekoran bapanya kalah dalam piliharaya di tangan Joe Biden baru-baru ini.
Sewaktu bapanya menjadi Presiden di Amerika Syarikat, Ivanka telah berkhidmat dalam pentadbiran Amerika Syarikat dengan menjadi penasihat kepada bapanya serta bertanggungjawab kepada pendidikan dan memperkasakan ekonomi wanita dan keluarga sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan melalui latihan kemahiran dan keusahawanan.
Ke mana Ivanka bakal mengalihkan fokusnya selepas tidak berkhidmat dalam pentadbiran negara telah menjadi talk of the town. Namun, dengan jumlah kekayaan yang dianggarkan sebanyak USD800 million miliknya itu mungkin tidak menjadi masalah buatnya. Atau mungkin Ivanka akan pulang ke syarikat hartanah milik bapanya, The Trump Organization.
Ivanka juga aktif menulis buku dan hasil tulisannya pernah menjadi New York Time Bestseller. Antara hasil tulisannya adalah, The Trump Card, Women Who Work, Women Who Work: Rewriting the Rules for Success dan The Trump Card: Playing to Win in Work and Life.
Cantik-cantik blazer yang Ivanka Trump ni pakai kan, boleh juga cari inspirasi kat sini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Sejak akhir-akhir ini susah sungguh nak tidur malam. Pusing ke kanan salah, pusing ke kiri pun salah. Tak kan nak tidur duduk pula. Sakit pinggang ini semakin menjadi-jadi, nak berjalan jauh pun kejap-kejap asyik cari kerusi saja. Ini mesti sebab masa bersalin anak pertama dulu aku ambil epidural,” kata Zai mengadu kepada teman sepejabatnya.
Apabila usia kandungan masuk ke trimester kedua, perut pula sudah makin membesar. Rasa sakit pinggang di kalangan wanita mengandung adalah normal. Tetapi, bagaimanakah pula kalau sakit pinggang itu terlalu ketara dan mengganggu aktiviti harian. Benar kah epidural menjadi punca?
Adakah benar pengalaman mengandung boleh mengakibatkan sakit pinggang apabila usia meningkat 30an?
Mengandung boleh mengakibatkan sakit pinggang pada sesiapa sahaja tanpa mengira umur ibu yang hamil.
Sebenarnya bagaimana sakit pinggang ini boleh berlaku?
Sakit pinggang atau sakit di bahagian bawah tulang belakang semasa mengandung adalah berkaitan dengan beberapa faktor. Sesetengah wanita mula mengalami sakit belakang di awal kehamilan lagi. Wanita yang lebih berisiko untuk sakit belakang adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau telah mempunyai sakit sebelum kehamilan.
Apakah faktor sebenar yang menyebabkan sakit pinggang kepada wanita?
Berikut adalah senarai perkara yang berpotensi menyebabkan sakit belakang semasa mengandung: ·
Peningkatan hormon – hormon yang dikeluarkan semasa mengandung membolehkan ligamen di bahagian pelvis menjadi lembut dan sendi menjadi longgar sebagai persediaan untuk proses kelahiran ; perubahan pada sendi tulang belakang dan pelvis ini, melonggarkan ligamen dan menjejaskan sokongan yang asal.
Pusat graviti – pusat graviti anda secara beransur-ansur akan bergerak ke hadapan dengan pembesaran saiz rahim dan bayi anda, ini menyebabkan postur tulang belakang anda berubah.
Peningkatan berat badan – proses kehamilan dan pembesaran bayi meningkatkan berat badan dan ini menjadi beban tambahan yang perlu ditampung oleh tulang belakang dan pelvis.
Postur atau kedudukan – postur yg tidak baik, berada dalam kedudukan berdiri dan membongkok yang lama boleh mencetuskan atau meningkatkan kesakitan yang anda alami di pinggang/belakang anda.
Pemisahan otot – Semasa rahim mengembang, dua kepingan otot selari ( otot ‘rectus abdominis’), yang berlangsung dari tulang rusuk ke tulang pelvis, terpisah dari bahagian tengah. Pemisahan ini boleh memburukkan lagi sakit belakang.
Tekanan – Tekanan emosi boleh menyebabkan ketegangan otot belakang, mengakibatkan rasa sakit belakang. Anda mungkin mendapati bahawa anda mengalami peningkatan dalam sakit belakang semasa mengalami tekanan.
Bagaimana pula dengan wanita yang mengambil epidural. Benar atau tidak epidural menyumbang kepada sakit pinggang?
Kajian awal telah mencadangkan bahawa ‘analgesia’ epidural semasa proses bersalin boleh dikaitkan dengan peningkatan insiden sakit belakang selepas bersalin. Walau bagaimanapun, kajian-kajian ini adalah kajian retrospektif dan reka bentuk metodologi yang kurang baik. Semua kajian yang lebih baik diterbitkan selepas itu menghasilkan keputusan yang sama : tidak ada hubungan di antara ‘analgesia’ epidural dan sakit belakang selepas bersalin dalam jangka masa panjang.
Terdapat sebarang suplemen untuk menjaga kesihatan pinggang?
Tidak ada diet khas atau suplemen untuk menjaga kesihatan pinggang, tetapi anda boleh membantu menjaga tubuh anda dalam keadaan yang baik dengan makan makanan yang sihat dengan banyak buah-buahan , sayur-sayuran , dan bijirin penuh. Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan gula. Minum banyak air.
Makanan yang tinggi dalam antioksidan ( seperti sayur-sayuran berdaun hijau dan buah ) boleh membantu melawan keradangan. Elakkan kafein dan perangsang yang lain, alkohol, dan tembakau.
Bersenam dengan sederhana sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, 5 hari seminggu. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan rejimen senaman yang sesuai.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang anak perempuan pelakon lagenda filem Tamil, Soundarya Rajinikanth. Membawa nama baik bapa tersayang yang juga nama besar dalam industri filem India, kejayaan wanita berusia 38 tahun ini pastinya membanggakan Rajinikanth.
Dalam kalangan peminat filem Tamil tanah air, ramai yang mengenali Rajinikanth sebagai ‘Padaiyappa’. Aura dan karisma aktor berusia 72 tahun tersebut dalam filem box office Padayappa cukup memberi kesan kepada penonton hingga ke hari ini.
Kini, anak perempuan tersayang pula melakar nama dalam industri. Soundarya merupakan anak bongsu kepada pasangan Rajinikanth dan Latha Rajinikanth. Dia memulakan profesion sebagai pereka grafik dan memetik laporan portal Stars Unfolded, Soundarya membuat lakaran grafik filem Tamil pada 1999 bagi filem lakonan Padayappa.
Diikuti beberapa filem popular Tamil lain antaranya Baba, Chandramukhi dan Sivaji.
Rentetan karya mengagumkan dan kerja keras yang ditunjukkan, Soundarya menjadi antara pengarah dan pereka grafik terkaya di sana. Menurut laporan Forbes & Business Insider, ibu dua anak ini memiliki kekayaan mencecah USD 5 juta!
Dia turut bergelar pengasas dan pemilik Ocher Picture Productions dan pernah menandatangani perjanjian dengan Warner Bros Entertainment pada tahun 2007 untuk menghasil dan menerbitkan filem Tamil.
Soundarya menerbitkan karya pertama sebagai pengarah filem menerusi Kochadaiiyaan pada 2014 yang dibintangi oleh bapanya bersama Deepika Padukone. Dia kemudian menerima anugerah Technical Innovation In Film, NDTV Indian of the Year 2014.
Figura berjaya ini berkahwin dengan Vishagan Vanangamudi yang mengusahakan syarikat farmaseutikal Apex Laboratories Private Ltd di Chennai pada 11 Februari 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Veer Rajinikanth Vanangamudi yang dilahirkan pada 11 September 2022.
Terdahulu, Soundarya pernah mendirikan rumah tangga dengan Ashwin Ramkumar pada 3 September 2010 namun berpisah pada 17 Julai 2017. Mereka turut mempunyai seorang anak lelaki Ved yang lahir pada 6 Mei 2015.
Selain Soundarya, kakaknya iaitu Aishwarya Rajinikanth juga pengarah dalam industri filem Tamil.
Puteri keempat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Iman juga merasai keperitan dan perasaan seperti adik dan kakak-kakak tersayang apabila menyaksikan peristiwa bapa tersayang ditahan dikediaman keluarganya ketika usianya baru mencecah 8 tahun.
“Ya benar, semasa itu saya berumur 8 tahun. Saya tidak tahu apa telah terjadi dan tertanya tanya ke manakah papa akan dibawa ketika itu. Saya ingat pada malam papa ditangkap, kami adik beradik dan sepupu menunggu di bilik tidur di tingkat atas. Tidak tahu apa yang telah terjadi,” ujar Iman memula bicara mengenang kembali peristiwa hitam itu.
“Selepas itu saya dan adik beradik di minta turun ke bawah dan pada masa yang sama terdapat ramai orang di rumah. Saya didukung oleh anggota polis yang bertopeng dan terasa benda tajam di bahagian perut. Kemungkinan benda tajam itu adalah senjata anggota polis tersebut.
Polis itu masukkan saya ke dalam van bersama adik beradik saya kecuali kak Ilham kerana dia tertinggal di rumah. Saya tertidur di dalam van kerana lewat malam pada masa itu. Semasa saya bangun, kami berada di balai polis dan mama sedang bercakap dengan pihak polis.
Pada esok hari, papa tiada di rumah. Mama suruh kami adik beradik pergi ke sekolah seperti biasa. Semasa kami dapat tahu bahawa kami boleh jumpa dengan papa di mahkamah, Saya ingat lagi rasa takut dan risau terhadap papa. Saya bertanya, kenapa mata papa hitam?
Saya melihat muka papa masih terukir senyuman walaupun matanya lebam. Kak Ilham, Hana dan saya dakap papa dengan kuat. Papa beritahu kami jangan sedih walaupun papa sakit. Sentiasa bersama dan kuatkan diri dan itulah apa yang kami buat.
Semangat kekeluargaan inilah yang menjadi pembakar semangat untuk terus mengharungi dugaan ini,” ujar Nurul Iman yang menjadikan pengalaman masa kecilnya sebagai dorongan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi.
CEKODOK BUAT PAPA
Sambil memanjatkan kesyukuran setelah hampir 20 tahun perjuangan menuntut keadilan untuk bapa tersayang, Iman juga tidak sabar untuk meraikan Aidilfitri tahun ini dengan ahli keluarganya yang lengkap.
“Kami sentiasa beraya di Kuala Lumpur di mana kami akan mengunjungi keluarga papa dan mama. Menyentuh aktiviti raya pula, saya rasa tidak banyak akan berubah. Namun, saya sangat teruja dan bersyukur bahawa kami sekeluarga dapat luangkan masa bersama dan papa akhirnya berada di sisi kami.
Papa suka makan cekodok, walau ada banyak hidangan untuk Raya, kami pastikan cekodok mencukupi untuk hidangan papa,” ujar Iman yang berkongsi minat memasak bersama kakaknya Ilham.
Menyentuh pula persiapan untuk menyambut Aidilfitri, menurut Iman segala persiapan telah dilakukan secara berperingkat kerana tidak mahu tergesa-gesa menguruskan persiapan dengan jadual kerja yang agak padat.
“Alhamdulillah, persiapan sudah dilakukan lebih awal kerana segala pakaian sudah siap sejak tahun lalu. Apa yang penting dapat memanfaatkan waktu sepenuhnya dengan papa dan keluarga sebelum semua kembali sibuk dengan urusan masing masing.
Tambahan pula, setelah sekian lama anggota keluarga kami tidak lengkap, jadi Syawal kali ini kami dapat meraikan bersama-sama dengan rasa penuh kesyukuran,” ujar wanita berusia 27 tahun ini.
Ditanya mengenai nasihat yang sering dititipkan oleh kedua ibubapanya dalam menempuhi cabaran, menurut Iman pesanan papa dan mama supaya sentiasa bersabar dan bertakwa menjadi pegangan hidupnya untuk berfikiran lebih rasional dalam setiap tindak tanduk dan keputusan.
“Papa dan mama selalu berpesan bahawa sentiasa bersabar dan bertakwa kerana segala yang berlaku adalah sebahagian dari percaturan Allah SWT. Keperibadian papa dan mama yang sentiasa cekal memberi teladan yang baik untuk kami adik-beradik. Saya sentiasa berfikir jika mama boleh melalui ujian yang sungguh perit itu, maka takkan saya tidak boleh melakukan perkara yang sama,” ujar Iman mengukit senyuman penuh makna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri ...