Hilangkanbatuk bagi sesetengah orang amatlah sukar dan memakan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Setiap kali demam, pasti akan batuk dan selesema. Biasanya bila dah mula batuk, akan jadi batuk berpanjangan yang susah nak hilang.
Bila berpanjangan sehingga berbulan-bulan, memang menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun terganggu. Walaupun sudah cuba pelbagai ubat namun tidak juga sembuh dan lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh mencuba perkongsian daripada Asyraf Bakar ini.
Kredit Foto: Asyraf Bakar
Berkongsi video di media sosial miliknya, satu usaha untuk meredakan batuk adalah dengan hanya membuat urutan tiga titik.
Tidak salah ikhtiar dengan cara yang ditunjukkan, urutan pada titik tiga penting di bahagian tangan.
Ads
Cara hilangkan batuk dengan urutan tiga titik di tangan;
Titik 1: Antara jari telunjuk dan jari tengah.
Ads
Titik 2: Hujung jari manis.
Titik 3: Berdekatan dengan pelipat lengan.
Ads
Semua titik tersebut perlu ditekan selama dua hingga tiga minit. Picit pada kedua-dua belah tangan.
Jika rawatan sesuai atau serasi, tidak mustahil batuk yang berbulan-bulan boleh terus reda. Malah, tidak salah kalau hendak mencuba kan?
Sumber: SinarPlus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak kira yang sudah bergelar ibu mahupun bakal bergelar ibu tidak lama lagi, ini ada berita baik untuk anda! Selain mencari pusat perubatan terbaik, produk penjagaan diri dan bayi selepas bersalin, servis berpantang dan macam-macam keperluan lain… barang kelengkapan si comel pun wajib ada dalam senarai kaum ibu.
Mulai esok hingga 4 Ogos ini, bakal berlangsungnya Pa&Ma Baby Fiesta 2019… ekspo yang paling dinanti-nantikan seluruh kaum ibu. Mana tidaknya, bukan sahaja menawarkan pelbagai rangkaian produk bayi from head to toe bahkan tawaran harga juga berpatutan! Katakan saja apa yang anda dan suami mahu dan semuanya ada di bawah satu bumbung.
Lebih menarik, buat julung kalinya NU Ideaktiv Sdn Bhd melalui jenama Pa&Ma akan melancarkan ‘Moms to be’ program keahlian semua dalam satu untuk ibu dan bakal ibu. Pastikan anda tidak ketinggalan menyertai program eksklusif ini yang akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Ogos 2019 mulai pukul 11 pagi di Shah Alam Convention Centre SACC.
Majlis Pelancaran ‘Moms to be’ merupakan acara kemuncak Pa&Ma Baby Fiesta 2019, ekspo bayi pertama anjuran NU Ideaktiv. Anda yang berminat untuk turut serta dalam program ini boleh menghubungi 013-3770752 (Huda) atau emel marketing@ideaktiv.com.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tengok anak membesar depan mata pastinya menjadi impian ramai ibu bapa. Tidak terkecuali buat pelakon berbakat besar, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid. Sejak melahirkan cahaya mata sulung dan bergelar ibu kepada Ahmed Mohsein, jelas terpancar wajah bahagia isteri Ahmed Faris ini.
Lebih terbukti apabila kebanyakan posting Sharifah Amani atau mesra disapa Nani di media sosial berkisar tentang keluarga dan anak tersayang.
Ibu Ahmed Mohsein, Sharifah Amani Titip Salam Ramadan
Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Nani memuat naik gambar terbaharu yang memaparkan dirinya memakai tudung dan meraih pujian followers dan peminat.
Ujar Sharifah Amani, “Salam Ramadan dan selamat berpuasa semua. Semoga segala ibadah kami diterima dan diberkatiNya. InshaAllah.”
Berkongsi perkembangan terkini permata hati kesayangan, bintang filem Mukhsin berkenaan meluahkan rasa syukur dikurniakan anugerah terindah Ahmed Mohsein. Dalam masa sama, terbit rasa sayu melihat anaknya kian meninjak usia.
Sharifah Amani Sayu Ahmed Mohsein Membesar Sihat & Injak Usia
“Happy 8 months son. Mum is still on set working while writing this. You just fell asleep next to your Bapak.
We were talking about how big you’ve gotten and that made mum sayu sedikit, but Bapak kamu reminded me that it’s okay because we are right there with you every step of the way.
InshaAllah sampai bila-bila. Selamat membesar buah hati kami. Thank you for being our best friend, Ahmed Mohsein.”
Rezeki Sharifah Amani dan Ahmed Faris Amir dikurniakan bayi lelaki ketika usia perkahwinan mereka mencecah dua tahun.
Berkat doa dan impian untuk menggalas tugas sebagai ibu bapa, Allah makbulkan hasrat mereka untuk timang cahaya mata sulung pada 26 Jun 2024.
Ternyata kehadiran bayi lelaki ini memberi seribu makna dan kebahagiaan buat adik kepada pelakon Sharifah Aleya tersebut.
Sementara itu, Sharifah Amani turut menitipkan ucapan penghargaan buat suami tercinta sempena ulang tahun kelahiran Ahmed Faris pada 4 Februari lalu.
Rumah Tangga Bahagia Sharifah Amani
“Happy belated birthday Bapak Mohsein. From day one, even before Mohsein sampai you’ve gone above and beyond. Thank you for the sleepless nights and the exhausting days. You will always be the favourite person and Mohsein’s first word.
May Allah protect and keep you healthy and happy always, mudah-mudahan. Selamat ulang tahun yang ke-37. Sayang you till when when.”
Sharifah Amani merupakan anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar dan adik-beradiknya turut aktif dalam industri lakonan termasuk Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha.
Menelusuri kerjaya seni Sharifah Amani, dia membintangi banyak filem antaranya Sepet, Gubra, Gol dan Gincu dan Cinta. Dia juga pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19.
Aktres ini mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated pada 10 September 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat personaliti dirinya yang lembut dan tersusun dari segi tutur kata, pasti ramai yang mengagumi aura yang dimiliki oleh Nasha Aziz yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat kelibat dirinya walaupun kini dilihat seakan-akan menjauhkan diri dalam dunia seni.
“Memang saya sengaja meletakkan diri saya eksklusif terutama dalam bab kerja. Kena selektif sebelum bersetuju untuk menerima sebarang naskhah. Kerja juga tak boleh tangkap muat saja. Saya mahu menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi bukan sahaja untuk diri saya, malah untuk peminat dan individu yang bekerja bersama saya”, ujar Nasha yang mempunyai kredibiliti tiada ganti.
Dalam memperkatakan tentang penglibatannya dalam dunia lakonan yang semakin menyepi, akui Nasha dia sememangnya tidak dapat lari dari melibatkan diri dalam bidang yang amat disayanginya iaitu peragaan dan lakonan. Walaupun tidak kerap muncul di kaca televisyen dengan drama atau filem terbaharu, namun Nasha lebih selesa membuat kemunculan di beberapa drama televisyen untuk mengubati kerinduannya terhadap bidang lakonan.
“Siapa yang tidak rindu dunia lakonan yang sudah menjadi sebahagian rencah dalam kehidupan saya. Bohong jika saya katakan saya tidak rindu terhadap dunia lakonan. 50 peratus diri saya rindu untuk aktif berlakon, tetapi sebahagian darinya perlu memberi tumpuan terhadap perkara lain.
Jadi, saya faham peminat merindui kemunculan saya tetapi Insyaallah jika ada naskah yang sesuai, saya tetap akan memberi komitmen tanpa berbelah bahagi. Saya kini lebih memberi tumpuan terhadap perkara-perkara utama dalam hidup dan memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan sederhana. Itu matlamat saya,” ujar Nasha mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.