Fesyen

Hilangkan Bosan, Ini 4 Trik Mudah Untuk Snap Gambar OOTD Yang Superb!

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, ramai orang di luar sana rata-rata bosan kerana duduk di rumah. Ramai juga yang menggunakan masa ini untuk mula aktif di laman sosial dengan pelbagai challenge yang menjadi trend. Salah satunya ialah challenge OOTD.

Mungkin di kalangan anda bingung untuk bersiap bagi manampilan sisi stylish anda. Jom Nona kongsikan 4 trik mudah untuk anda snap gambar OOTD. Gerenti gambar yang dimuat naik di laman sosial memiliki jumlah “likes” yang ramai!

1. KOT BERBULU

Kot berbulu adalah antara item yang mempunyai aura yang kuat. Tidak kiralah jika anda menggayakan baju-t kosong bersama denim atau dress paras bawah lutut, sarungkan saja kot berbulu dan stail anda sudah sempurna!

2. SUBANG DEMPAK

Ya! subang memang memainkan peranan penting. Ini kerana ia berdekatan dengan wajah anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersolek, sekurang-kurangnya pakai subang dempak untuk menutupi wajah lesu anda. Pilih warna-warna ceria seperti jingga, hijau atau merah. Antara lain, anda juga boleh memilih anting-anting labuh berlabuci bagi memenuhi ‘kekosongan’ pada sekitar bahu anda.

3. BAJU-T BERMOTIF

Jangan pandang rendah kuasa baju-t kerana jika anda pandai memilih baju-t yang mempunyai nilai fesyen tersendiri, ia sudah cukup menyegarkan kelesuan yang anda alami dek kerana seharian bekerja. Sebagai contoh, Jelita cadangkan anda memilih baju -t yang mempunyai cetakan penuh dan mempunyai pelbagai rona.

Harus diingatkan, jika anda memakai helaian seperti ini, lampirkan ia dengan denim kosong atau skirt polos. Elakkan memakai rantai ataupun subang kerana ia akan memberi kesibukan pada gaya anda.

4. KASUT BERWARNA

Ramai antara kita sering ketepikan sepatu yang sesuai ikut penampilan. Tahukan anda, sekiranya anda malas untuk bergaya atau mempunyai masa yang singkat, sepatu warna terang dengan sedikit perincian atau sulaiman unik sudah cukup membolehkan anda digelar ‘Ratu Fesyen’ di kalangan rakan-rakan anda.

Share
Published by
Fadhli Ismail