Pencuci mulut dalam bentuk crepe semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana ia mudah untuk dinikmati di samping filling yang telah dipelbagaikan. Bagi penggemar hidangan seperti lempeng nipis ini, ia bertambah menyelerakan apabila ramuan tambahan disertakan di dalamnya seperti hirisan strawberi, taburan cip coklat, hirisan pisang, krim dan sebagainya.
Terkini, penggemar hidangan pencuci mulut ini usah ketinggalan mengunjungi Marion Crepe, salah sebuah jenama yang begitu popular di Harajuku, Jepun. Membuka ruang perniagaannya di Plaza Mont Kiara, lebih 60 variasi filling boleh dipilih mengikut citarasa anda, sama ada manisan mahupun savory.
Umum sedia maklum akan ketelitian masyarakat Jepun dalam menghasilkan hidangan, Marion Crepes juga tidak terkecuali dari memberikan persembahan hidangan yang bukan sahaja menarik, tetapi memastikan kualiti bahan yang digunakan adalah pada tahap terbaik.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Marion Crepes, Tsutomu Yumoto, Marion Crepes amat mementingkan kualiti bahan utama dalam penyediaan crepe yang enak. Dengan pilihan sebanyak 60 perasa asli dan unik yang ditawarkan, sudah pasti penggemar hidangan ini wajib berkunjung ke Marion Crepes untuk menikmati sendiri keenakan hidangan yang jenamanya telah 40 tahun berada di pasaran Jepun.
Pelanggan boleh memilih crepe
berasaskan variasi buah-buahan seperti strawberi, pisang, aprikot, mangga, blueberi dan sebagainya. Di samping itu, lengkapkan crepe dengan topping yang terdiri daripada krim, sos karamel dan banyak lagi.Jadi, usah berlengah lagi. Jika teringin hidangan yang menghilangkan stres, crepe boleh dijadikan pilihan.
This website uses cookies.