Hilangnya Doa Seorang Ibu. Ibu Tunang SHILA AMZAH Meninggal Dunia

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut sememangnya menjadi rahsia yang hanya diketahui olehNya. Hari ini,  personaliti media sosial, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli kehilangan ibunya apabila wanita itu menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari pada jam 6.45 petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

 

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dan Shila, menerusi akaun Instagram masing-masing.

Sebelum ini, media melaporkan baik Shila mahupun Ubai memasang impian agar ibu Ubai, Rohani Jamal dapat menyaksikan majlis pernikahan personaliti media sosial tersebut  dengan penyanyi, Shila Amzah.

“Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ini untuk Ubai, tapi Ubai reda. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak. Ubai ingat semua pesanan mak. Ubai tak pernah lupa.

“Terima kasih mak, sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-adik semua,” coretnya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dan kini sedang dalam persiapan akhir untuk majlis penyatuan mereka sebagai suami isteri yang sah. Malah kedua-duanya memberi bayangan majlis bakal berlangsung dalam tempoh seminggu dua ini berdasarkan bayangan yang diberikan oleh penyanyi berusia 32 tahun itu.

Terdahulu Ubai memaklumkan ibunya iaitu Rohani Jamal terpaksa ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Isnin lalu. Ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi. Jelas Ubai lagi, ibunya juga telah menunjukkan kemajuan selepas menjalani rawatan radioterapi, namun pada pagi Isnin tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan malam ini di Petaling Jaya. Al Fatihah.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu