Dari pengamatan mata menerusi media sosial dan juga berita, Puan Sri Shariffa Nisa atau lebih mesra disapa Puan Sri Nisa Bakri merupakan seorang yang tidak betah untuk duduk diam. Ada sahaja aktiviti yang dilakukan seolah-olah tidak kenal erti penat. Faktor status dan umur bukan menjadi penghalang untuk dirinya mencipta nama dalam bidang kulinari. Siapa sangka, hobinya yang bermula sekadar gemar memasak dan menjamu rakan-rakan dengan pelbagai masakan tradisi telah membuka ruang dan peluang untuk wanita ini terbabit dalam bidang masakan.

Ads

Hobi Menjadi Peluang Perniagaan, Masakan PUAN SRI NISA BAKRI Sampai Ke London!

Hobi Menjadi Peluang Perniagaan, Masakan PUAN SRI NISA BAKRI Sampai Ke London!

Prinsip figura bernama Puan Sri Shariffa Nisa ini hanya satu sahaja iaitu memasak makanan dengan penuh kasih sayang dan ikhlas kerana ia menghubungkan jiwa sesama manusia selain memberi kepuasan kepada diri sendiri. Nampaknya, bermula sekadar hobi, siapa sangka wanita ini pernah mendapat undangan memasak sehingga ke Singapura, Brunei, Indonesia, Emeriah Arab Bersatu dan Sepanyol.

Tahun ini, beliau sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila mementaskan keunikan air tangannya di salah satu kota fesyen dunia terkenal dunia iaitu London, England baru-baru ini. Pada Minggu Fesyen London 2018 lalu beliau diberi kesempatan menghidangkan pelbagai masakan Malaysia asli dan unik kepada semua hadirin yang terdiri daripada golongan VVIP di  acara fesyen yang berprestij itu.

Puan Sri Nisa telah melancarkan tiga jenis pes atau perencah segera terbarunya iaitu Pes Gulai Sayuran, Pes Masala Ayam dan Pes Gulai Ayam Lemak Betutu di Kota London!

 Hobi Menjadi Peluang Perniagaan, Masakan PUAN SRI NISA BAKRI Sampai Ke London!

Ads

Setiap orang pasti memiliki ikon ataupun individu sanjungan dalam mengejar cita-cita. Jadi siapakah tokoh yang menjadi sanjungan Puan Sri?

“Banyak contoh-contoh tokoh positif yang saya suka. Antaranya Datuk Cef Wan, Nelson mandela dan juga Bill Gates. Saya menyanjung tinggi Datuk Cef Wan kerana dia seorang cef Malaysia yang berjaya di peringkat global dan memperkenalkan masakan tempatan dengan meluas. Nelson Mandela pula saya kagumi kerana semangat perjuangan yang ada di dalam dirinya manakala Bill gates saya kagum dengan kebijaksanaannya di dalam dunia perniagaan”, jelas isteri kepada bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri ini.

Ads

Hobi Menjadi Peluang Perniagaan, Masakan PUAN SRI NISA BAKRI Sampai Ke London!

“Kalau nak tahu Tan Sri sebenarnya individu yang paling banyak memberi semangat kepada saya. Walaupun dia sudah bersara dari dunia kepolisan namun begitu diamasih lagi aktif dengan syarikat miliknya. Kalau dia perlu ke luar negeri untuk tempoh yang agak panjang saya akan mengikutnya begitu juga dengan saya, kalau saya perlu ke luar negeri dalam masa yang panjang dia akan selalu berada di sisi menemani. Bagi saya ini adalah masa yang mengeratkan lagi hubungan dan kepercayaan sebagai pasangan suami dan isteri”, jelas Puan Sri apabila diminta berbicara tentang suami kesayangan.

Dalam jalan mencapai kejayaan, pasti ada onak dan duri yang harus ditempuhi Bagaimana Puan Sri menghadapi tohmahan negatif dan juga kata kurang enak yang sampai ke telinga? Sambil tersenyum beliau menjawab, “Orang yang cuba menjatuhkan kita sebenarnya memang sudah jatuh! Jadi mengapa mahu jatuh bersama mereka? Kalau ada orang yang nak menjatuhkan kita ini bermakna kita berada di landasan yang betul dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan. Jadi jangan ambil pusing kata-kata nista kerana itu merugikan diri, sudahlah masa terbuang hati pula sakit. Sebaliknya teruskan dengan usaha kita, pasti kerjayaan akan berada di dalam genggaman.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI