Lakaran sejarah baharu tercipta 13 Februari apabila Hospital Kajang kini dijenamakan semula kepada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat merasmikan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak hospital berkenaan.

Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Hadir dalam majlis bermakna itu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin tampil menawan dalam persalinan kurung tradisi biru dan putih lengkap tudung rona senada.

Gaya Tengku Permaisuri Selangor Elegan

Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan! Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan! Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan! Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan!

Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan!

Gaya elegan Tengku Permaisuri Selangor nyata menarik perhatian khalayak. Baginda mengenakan aksesori Van Cleef & Arpels serta menjinjing beg tangan Goyard warna biru.

Ads

Artikel https://www.nona.my/terpikat-gaya-anggun-seri-wajah-tengku-permaisuri-selangor-buat-orang-nak-toleh-banyak-kali/

Dalam titah ucapan perasmian, Sultan Selangor menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbang pembinaan hospital baharu serta penambahbaikan fasiliti sedia ada bagi menyelesaikan masalah kekurangan katil di hospital utama di negeri itu.

Baginda bertitah langkah itu perlu kerana kepenggunaan katil di beberapa hospital utama kini amat tinggi, sehinggakan terdapat pesakit tidak dapat ditempatkan di katil apabila dimasukkan ke wad.

Ads

Baginda turut menitahkan KKM membina lebih banyak klinik kerajaan baharu di kawasan strategik bagi membolehkan rakyat mendapat akses yang lebih meluas kepada rawatan kesihatan yang dikenakan caj berpatutan.

Baginda turut merujuk kepada isu kekurangan petugas kesihatan kerajaan sehinggakan ada antara mereka yang perlu betugas syif berganda, justeru Baginda menitahkan KKM segera menyelesaikan isu tersebut supaya jumlah kakitangan kesihatan dapat diagihkan secara saksama.

Sultan Selangor Titah Perkhidmatan Kesihatan Yang Baik
Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan! Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan! Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan! Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan! Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan!

Baginda menzahirkan pandangan bahawa perkhidmatan kesihatan di negara ini khususnya di Selangor perlu segera dipersiapkan untuk menghadapi peningkatan pesakit warga emas susulan unjuran Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2035.

Ads

Baginda bertitah perubatan dan kesihatan khusus iaitu perkhidmatan geriatrik bagi warga emas masih di peringkat yang belum boleh dibanggakan berbanding negara lain seperti Jepun dan Singapura.

Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan! Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan! Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan! Hospital Kajang Kini Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Penampilan Jelita Tengku Permaisuri Selangor Jadi Tumpuan!
Pembinaan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Kajang yang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin di atas tanah seluas 5.43 ekar ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia ke-11.

Pusat rawatan ini yang terletak 800 meter dari bangunan utama Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, dibina bagi mengurangkan kesesakan pesakit di bangunan lama serta mengambil kira prasarana yang berusia di fasiliti tersebut.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI