Siapa yang tidak mengenali superstar Beyonce bukan? Selepas hampir 4 tahun tidak melangsungkan sebarang konsert mahupun persembahan, sebuah hotel mewah di Dubai yang baru dilancarkan sanggup berhabis RM111 juta untuk Beyonce ‘perform’ selama sejam!
Hotel yang diberi nama Atlantis The Royal telah menjemput bintang pop antarabangsa terkenal itu untuk membuat persembahan. Menjadi persembahan pertama selepas empat tahun ‘berehat’, bayaran untuk Beyonce menjadi perbualan hangat dan topik utama tabloid dan surat khabar.
Sewaktu konsert tersebut, Beyonce menghidangkan 19 buah lagu termasuk menjemput anaknya, Blue Ivy yang berumur 11 tahun ke atas pentas.
Beyonce didakwa menerima bayaran melebihi RM111 juta (20 juta pound) untuk tampil selama satu jam! Penampilan eksklusif isteri kepada penerbit dan penyanyi rap Jay-Z juga menjadi buah mulut apabila kelihatan sangat memukau dengan dua persalinan, gaun kuning serta merah apatah lagi persembahan penuh bertenaga dan dramatik memukan para penonton pada majlis eksklusif tersebut.
Sementara itu Dailymail turut melaporkan Beyonce bersama keluarganya menginap di salah sebuah bilik paling mahal iaitu The flagship Royal Mansion dianggarkan mencecah RM374,000 semalam.
Menurut sumber Gempak, bilik tersebut terletak di tingkat 22 memiliki empat bilik tidur, panggung wayang, kolam renang peribadi dan ‘bilik keselamatan’. Atlantis The Royal memiliki 795 bilik dengan 44 daripadanya memiliki kolam renang infiniti. Harga biasa sebuah bilik bermula dari RM4,700 satu malam.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.