Sudah lama rasanya tidak mendengar suara penyanyi yang selesa berambut pendek Misha Omar melantunkan lagu terbaharunya. Kali terakhir mendengar suaranya mengalunkan lagu baharu adalah kira-kira dua tahun lalu apabila muncul dengan lagu Terimaku Seadanya duet bersama Hafiz Suip. Kemudian Misha hilang sekali lagi.

Ads

Segan Dengan Neelofa & Nabil, MISHA OMAR Nyanyi Duduk Pun Boleh!

Terbaharu, Misha Omar muncul  dalam program Meletop untuk mempromosikan single terbaharu beliau berjudul Sampai Bila ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Shah Shamsiri dan Fedtri Yahya.

Apa yang menariknya, walaupun menyanyi sambil duduk, suara Misha tetap power dan mantap! Rata-rata netizen memuji vokal suara beliau yang ‘berlemak’ merdu itu yang menyanyi secara live di penghujung program tersebut.

Cuba tengok ni kalau tak percaya!

Selain itu, Misha turut mendapat pujian daripada rakan- rakan artis senior mahupun junior seperti Siti Sarah, Wany Hasrita dan Liza Hanim.

Ads

Tindakan Misha Omar untuk nyanyi sambil duduk itu turut menjadi tanda tanya netizen sehingga ada yang mengatakan Misha sakit kaki ketika hadir untuk sesi promosi di program berkenaan.

“Ada yang cakap saya sakit kaki tapi sebenarnya saya segan nak berdiri membelakangkan Neelofa dan Nabil. So, ambil keputusan untuk nyanyi sambil duduk saja lah. Santai-santai”, jelas Misha di laman Instagramnya.

Ads

Segan Dengan Neelofa & Nabil, MISHA OMAR Nyanyi Duduk Pun Boleh!

Alahai, sopannya Kak Mitch ni. Walaupun bergelar artis senior tapi sentiasa merendah diri dan hormat antara satu sama lain. Best kalau semua artis mengamalkan sikap macam ni kan, yang tua dihormati yang muda disayangi. Tak perlu lah nak berlagak DIVA dan sombong antara rakan artis yang lain. Industri hiburan ni kecil saja. Pusing-pusing bertemu juga. Apa-apa pun, tahniah diucapkan atas kelahiran single terbaharu dan semoga terus berjaya dalam bidang nyanyian ya Misha Omar.

sumber: ig @mishaomar.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI