Bila tiba hujung minggu tidak ada alasan lagi untuk culas dari bersenam. Bukan lama pun, hanya 30 minit sehari. Kalau tak mampu lakukan senaman berat, kita buat sahaja yang ringan. Boleh ajak satu keluarga untuk ke taman!
Bersenam
Luangkan lebih masa untuk bersenam. Walaupun otak kita rasa mahu berehat sepuas-puasnya tetapi cuba ‘pujuk’ tubuh untuk bersenam. Bangun awal pagi dan nikmati Udara segar sambal bersenam!
Atur jadual makan
Minggu ni rehat la sekejap dari makan banyak. Cukuplah sekadar boleh alas perut.
Jadual tidur tetap
Jika anda memilih untuk tidur lewat pada hujung minggu, bermakna anda akan mengganggu keseluruhan jadual seharian anda. Bayangkan jika anda mula tidur jam 12 malam dan bangun jam 11 pagi. Anda mungkin tak sempat sarapan dan terus menikmati hidangan tengah hari. Apa yang sepatutnya tubuh terima pada waktu sarapan telah berubah menjadi hidangan lain pula.
Tidur lewat juga boleh menyebabkan mata menjadi sembap dan menimbulkan lingkaran gelap bawah mata. Lebih baik teruskan dengan ‘beauty sleep’ iaitu tidur yang lena selama lapan jam dan terus mengekalkan kecantikan alami.
Aktiviti luar
Inilah masanya untuk melakukan aktiviti luar. Lima hari seminggu dihabiskan dengan memerap di pejabat berhawa dingin, jarang sekali menikmati vitamin D dari cahaya matahari. Terdapat kajian menunjukkan anda akan lebih ceria apabila meluangkan masa bersama alam semula jadi. Cubalah!
Hadkan pengambilan minuman
Hujung minggu nanti, hadkan pengambilan air bergula dan lebihkan air kosong. Di samping menjanjikan kesihatan lebih baik, anda juga boleh terhalang daripada kesan hidrasi.
Rancang untuk tenang
Berilah masa untuk tubuh dan otak anda berehat pada hujung minggu. Ketepikan kerja pejabat dan luangkan masa bersama keluarga. Recharge otak dan tubuh sebelum menjelang Isnin.
Diet on and off
Mentaliti diet on and off sangat berbahaya. Anda mungkin berdisiplin menjaga pemakanan pada hari biasa tetapi ‘tergelincir’ dari landasan bila tiba hujung minggu.
Bina pelan rancangan masa depan
Selepas menikmati cuti hujung minggu, cubalah rancang apa yang ingin anda lakukan untuk melalui minggu seterusnya. Rangka pelan mengikut keutamaan dan dari sini, anda pasti boleh bekerja dengan lebih efisyen dan tenang.