Demi mematuhi standard kecantikan, bidang pergigian kosmetik kini menjanjikan pulangan lumayan buat pengamalnya. Selain rawatan tampalan komposit, rawatan pemutihan gigi juga selalu mendapat permintaan tinggi di kalangan wanita. Tapi adakah ia dibenarkan dalam Islam?
Bagi mendapatkan penjelasan tepat, Nona bertemu doktor gigi dari Klinik Pergigian Anitawaty, Shah Alam yang juga Pengarah di Manarah Cure Sdn. Bhd., Dr. Anitawaty Mukhtar.
Ads
Kata Dr. Anita, beliau bimbang melihat trend pemutihan gigi ini, tak kira dari jenis rawatan di klinik atau di rumah kerana ia bukan saja memudaratkan, tapi boleh memesongkan akidah tanpa disedari.
Kit pemutih gigi biasanya mengandungi bahan hydrogen peroxide atau bahan peluntur kepekatan tinggi. Bayangkan gigi yang keras pun boleh putih, kemudian bayangkan pula bagaimana tisu-tisu lembut lain di sekeliling gigi? Hakikatnya cedera parah.
Gigi merupakan bahagian tulang manusia yang paling kuat. Bayangkan bagaimana kondisi tulang-tulang kita yang lain jika gigi pun mula mereput, sudah tentulah ia mencerminkan masalah kesihatan diri yang lain, makin merosot. Ikuti temu bual kami di bawah.
(1) Hukum Berjumpa Doktor Gigi
Nona: Apakah hukum berjumpa doktor gigi untuk mencabut gigi yang sakit?
Dr. Anita: Hukum rawatan pergigian adalah harus untuk tujuan kesihatan. Cuma elakkan membuat rawatan berasaskan kosmetik atau pemutihan gigi supaya tak menambah kemudaratan seperti ngilu atau gigi semakin rapuh.
(2) Sunnah Dalam Pergigian
Nona: Apakah yang dimaksudkan dengan rawatan pergigian berasaskan sunnah?
Dr. Anita: Selain daripada masalah kesihatan, para pengamal kesihatan gigi seharusnya mendapatkan bimbingan ulama sebelum menjalankan sebarang rawatan mencantikkan gigi.
Secara saintifiknya, saraf-saraf dan kapilari dalam mulut saling berkait dengan otak manusia. Betapa penjagaan dalam mulut dengan bahan-bahan tampalan yang berkualiti seperti emas dan perak sangat ditekankan oleh Baginda Nabi. Emas adalah bahan asas pergigian yg sangat utuh dan stabil sepanjang zaman.
Ada alim ulama beritahu saya, betapa sakaratul maut itu sangat sakit tapi sunnah bersugi itu dapat mengurangkan kesakitan roh keluar dari jasad semasa ia ditarik oleh malaikat Izrail.
Dengan itu disunnahkan umat Islam bersugi dan Rasulullah SAW bersabda, ‘Jika tidak membebankan umatku, setiap waktu nak bersolat disunnahkan untuk bersugi dahulu’. Malah Rasulullah sendiri bersugi bersungguh-sungguh sebelum wafat.
Ads
Nona: Maksud bahan tampalan berkualiti?
Dr. Anita: Yang mengikut sunnah dan lebih afdal. Ia seharusnya tahan lama kerana jangka hayat gigi kekal adalah seumur hidup.
(3) Hukum Memutihkan Gigi
Nona: Komen Dr. Anita tentang rawatan pemutihan gigi, seperti yang terang-terangan dibuat oleh ramai wanita sekarang?
Dr. Anita: Kalau gigi tersebut sudah non-vital (mati atau jadi hitam), diharuskan untuk kita memutihkannya agar sekata dengan warna gigi yang lain. Sebatang dua gigi yang hitam itu mungkin terjadi akibat trauma (terhantuk waktu kemalangan) dan ia boleh diputihkan bagi menutup aib.
Ads
Tapi kalau nak putihkan gigi yang sedia elok, dari segi akidah boleh dianggap salah. Saya rasa konsep kecantikan juga banyak mendorong orang kita nak buat gigi nampak putih dan tersusun. Mudaratnya gigi akan mula ngilu yang keterlaluan sebab bahan pemutih tu merosakkan tisu-tisu lembut dan keras dalam mulut kita.
Kalau untuk kecantikan atau sekadar ‘menambah keyakinan diri’, hukumnya haram kerana kita mengubah kejadian asal ciptaan Allah SWT. Wallahualam.
(4) Penggunaan Cecair Kumur
Nona: Pendapat Dr. Anita tentang sejauh mana keberkesanan cecair kumur?
Dr. Anita: Saya lebih syorkan pesakit-pesakit saya kembali pada sunnah. Berkumur air garam banyak-banyak selepas memberus gigi. Jika perlu, hentikan guna cecair kumur di pasaran tu.
Sebenarnya dulu saya pernah cuba pakai. Tapi saya perasan karang gigi tumbuh lebih cepat dan lidah rasa berat. Jadi saya berhenti gunakan cecair kumur tu sampailah buka klinik sendiri. 10 tahun pertama perkhidmatan saya, saya dapati jika gigi pesakit goyang dan gusi bengkak, 90% daripadanya mempunyai sejarah penggunaan cecair kumur.
Jadi saya nasihatkan mereka berkumur dengan air garam biasa dan bila pesakit datang semula, alhamdulillah majoriti gigi-gigi yang goyang dan gusi lembut tu kembali pulih.
Satu lagi petua yang baik, gunakan berus gigi lembut dengan ubat gigi halal (sebesar biji kacang hijau saja) dan celup sedikit garam halus (maknanya di singki tempat kita memberus gigi tu dah siap sebekas kecil garam halus). Sambil berus gigi, sambil kita ambil keberkatan sunnah. InsyaAllah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, cantik sungguh pemandangan dari mahligai Bonda Rozita Ibrahim! Bukan hanya memiliki persekitaran alam semula jadi yang terbentang luas malah sangat privasi dan eksklusif kerana terasing daripada tumpuan orang. Terpegun tengok kediaman usahawan Jamu Ratu Malaya ini yang tersergam indah dan menjadi satu-satunya rumah di puncak gunung.
Berkongsi suasana rumah pada Oktober lepas, Bonda Rozita mendedahkan dia merancang membina kediaman ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 lagi.
“Jujurnya saya tak nak pun buat rumah ni, pada awalnya kerana saya perlukan budget tu untuk menyiapkan keseluruhan resort. Impian bonda berumah kecil di puncak hutan yang jauh daripada orang ramai.”
Ujar ibu kepada Dato’ Seri Aliff Syukri dan Yatie Kamarzaman ini, jiwanya cukup dekat dengan alam semula jadi disebabkan itu terbinanya mahligai Bonda Rozita Ibrahim di kawasan berkenaan.
“Bonda Ratu Hutan di tengah rimba. Saya memang nak kembali kepada asal saya ke hutan hidup nature – bersuluk. Bertemankan unggas, rumah kebun, sungai yang cantik saya melihat dari atas puncak tinggi berjirankan resort Rumah Terapi Alam dan perkampungan Orang Asli.
Di kejauhan warung bonda, tetamu boleh melihat rumah bonda di puncak awan. Mengasing diri, bonda di rumah puncak ada 5 hall view hutan tercantik dengan scenery 360 darjah. Seakan di New Zealand dan view Kundasang. Rumah saya tak besar pun tapi view super mewah alam ciptaan Allah.
Kabus pagi dan remang senja yang superb cantik. Saya jika tinggalkan dua jam pun, saya dah rindu.
Pagar kawat askar dibina sepanjang kawasan tanah (import dari Australia). Rumah saya tak sebesar rumah Kri (Aliff Syukri) ada 20 bilik, membazir je, rumah Yati pun besar juga. Rumah saya tak sebesar rumah mereka berdua, rumah bonda kecil saja.
Saya gunakan semanfaat yang boleh – ada lounge office dan surau, dapur open konsep dengan pemandangan hutan rimba, ada loft (loteng), glass house outdoor, ada rumah singgah untuk tetamu dan staf bonda berehat.”
Patutlah Bonda Rozita Ibrahim sering menjadi sumber inspirasi dalam kalangan wanita dan ahli perniagaan kerana misi serta impiannya yang melangkau ke hadapan.
“Sebelum ending tahun 2024 bonda raikan usia dengan kejayaan JRM Holistic, Rumah Hutan dan JRM International. Bonda membangun bersama staf-staf bonda yang amat sayangkan saya sebagai ibu. Kami bagai satu keluarga demi misi yang jelas, jihad ekonomi dan Islam.
Bangunlah wahai anak-anak Muslim, Melayu generasi yang saya harapkan menggantikan tempat saya nanti.”
Ketika ini, Bonda Rozita Ibrahim berangkat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah di samping anak gadisnya iaitu Nur Ain Sufiah dan pekerja kesayangan.
Baru tengok luar rumah saja pun dah terpaku. Itu belum lagi masuk ke dalam rumah. Memang luar biasa rumah agam Jessica Alba ini. Mana tidaknya, keluasan dan hiasan rumah usahawan kosmetik dan penjagaan diri ‘Honest’ ini tidak ubah seperti sebuah resort mewah!
Berada di kawasan perumahan elit Los Angeles, kediaman bintang Fantastic Four ini bukan sebarangan kerana nilainya mencecah USD10 juta atau bersamaan hampir RM42 juta! Bukan hanya kerana lokasinya yang strategik dan menjadi tumpuan golongan mewah, rumah banglo Jessica memiliki tarikan tersendiri kerana pemandangan dan halaman nan menghijau. Sesuai buat mereka yang cintakan kedamaian dan jauh dari hiruk-pikuk kota.
Dek kerana elemen eksklusif dan mewah yang ditampilkan dalam dekorasi kediaman Jessica dan suami tercinta, Cash Warren… mahligai mereka dipilih sebagai penghias kulit majalah terkenal, Architectural Digest (AD).
Menerusi temu bual Jessica bersama majalah berkenaan, aktres tersebut mengakui terpikat dengan hiasan bertemakan cita rasa Perancis. Bahkan, dia akan memastikan setiap hiasan dan perabot diperbuat daripada material semula jadi dan selamat untuk anak-anak.
“Kami sememangnya mahukan sebuah tempat tinggal yang terbaik untuk melihat anak-anak membesar dan bermain dengan selesa. Sebelum membeli rumah ini, saya selalu membayangkan apa yang kami sekeluarga inginkan.
Cover star Jessica Alba takes us on a tour of her Los Angeles home. Her house features a fireplace custom made for Christmas stockings, a truly impressive laundry room, and a breathtaking bathroom with his and hers showers
Saat pertama kali masuk ke rumah ini walaupun tidak begitu menggemari dekorasi pemilik terdahulu tapi kami yakin inilah yang terbaik.”
Pengubahsuaian rumah pasangan ini mengambil masa selama 18 bulan dan dicat semula agar kelihatan baru serta menepati gaya yang mereka inginkan. Untuk menyediakan family zone yang selesa, Jessica meminta pereka hiasan terkenal, Clements Design mengubah ruang rumah menjadi lebih terbuka dan luas.
Memandangkan Jessica seorang ibu yang gemar menghabiskan masa di dapur dan mementingkan keluarga, begitu juga suaminya… pasangan ini tidak kisah mengeluarkan belanja yang besar asalkan mereka dan anak-anak mendapat persekitaran selesa untuk membesar.
Selain tertarik dengan ruang tamu yang menghadap terus pemandangan bukit-bukau di halaman belakang rumah, Jessica yang lebih selesa membasuh pakaian keluarga sendiri turut menyediakan ruang cucian yang sangat eksklusif dan tersusun. Sekaligus mencerminkan peribadinya yang teliti dan kemas.
Jessica mula bertemu Warren di set penggambaran Fantastic Four pada tahun 2004 dan memutuskan untuk berkahwin tidak lama kemudian. Pada tahun 2008, mereka dikurniakan anak perempuan sulung Honor dan diikuti Haven pada tahun 2011 seterusnya Hayes pada tahun 2017.
Credit: Architectural Digest (AD)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Daripada raut wajahnya sedikit pun tidak menggambarkan usia sebenar beliau. Tidak dinafikan, isteri kesayangan Raja Jordan ini persis seorang ratu cantik yang memukau pandangan. Kecantikan yang dimiliki membuatkan khalayak ingin memandangnya berkali-kali!
Dikenali sebagai Queen Rania, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari American University of Cairo pada tahun 1991 yang pernah berkhidmat di sektor perbankan dan teknologi sebelum berkahwin dengan anak lelaki sulung Raja Jordan, King Hussein iaitu Putera Abdullah Al Hussein pada 10 Jun 1993. Hasil perkahwinan selama 27 tahun, Queen Rania dan Putera Abdullah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Putera Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem.
Sebagai Ratu Jordan, Queen Rania dikenali di seluruh dunia bukan saja kerana kecantikan yang dimiliki bahkan jiwa penyayang beliau membela nasib golongan kurang bernasib baik terutamanya kanak-kanak dan wanita di Jordan. Selain itu, beliau juga dilihat sangat komited merapatkan jurang perbezaan kaum dan budaya di peringkat antarabangsa.
Tumpuan utama Queen Rania adalah pendidikan dan beliau percaya setiap kanak-kanak Jordan sama ada lelaki mahupun perempuan perlu diberikan hak pembelajaran sepenuhnya mengikut peredaran masa kini. Demi memastikan ia bukan sekadar cakap kosong, Queen Rania mewujudkan pelbagai inisiatif antaranya menerusi Jordan Education Initiative, Queen Rania Teachers Academy, Madrasati (atau bermaksud sekolah) dan Edraak yang bermaksud kesedaran.
Tidak cukup dengan itu, Queen Rania juga terlibat dengan United Nations Foundation dan World Economic Forum serta menjadi individu penting dalam UNICEF dan dilantik UN sebagai Panel Kehormat yang berperanan meningkatkan taraf kehidupan penduduk dunia menjelang tahun 2030.
Paling mengagumkan, kerana naluri keibuan yang menebal dalam diri Queen Rania berpeluang menghasilkan beberapa buku kanak-kanak yang berkisar pengalaman beliau
sewaktu kecil. Antara naskhah istimewa karya Queen Rania adalah The Sandwich Swap, Eternal Beauty, Maha of the Mountains dan The King’s Gift.
Memang terinspirasi dengan semangat dan jiwa besar Ratu Jordan ini. Malah, personaliti Queen Rania turut menjadi perhatian penggemar fesyen lantaran gaya dan cita rasa
menawan yang ditampilkan Queen Rania tatkala berada di khalayak. Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau tidak ubah seperti supermodel yang cantik berjalan di karpet merah. Cukup memukau!
https://www.instagram.com/p/CCVXruhhGAa/
Disebabkan kecantikan, usaha murni dan peribadi menarik yang dimiliki, Queen Rania turut diberi julukan sebagai antara Personaliti Diraja Tercantik Di Dunia. Sebaris dengan kenamaan diraja terkenal seperti mendiang Lady Diana. Setiap kali muncul bertemu rakyat dan menghadiri majlis rasmi, kelibat Queen Rania pasti mencuri tumpuan. Apa sahaja busana yang dipakai nampak terletak kemas di tubuh langsingnya.
Terbaru, Queen Rania berkongsi foto terkini di samping dua puteri kesayangan. Daripada perkongsian tersebut jelas terserlah keanggunan ibu empat cahaya mata ini. Sekaligus membuktikan kedua-dua puterinya mewarisi kecantikan beliau dan suami!
Sumber: queenrania.jo
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar selebriti dan usahawan, Hanis Zalikha Zainal Rashid mencuri perhatian ramai dalam bidang perniagaan. Kejayaan Hanis dalam dunia perniagaan, khususnya melalui jenama Cakenis, menjadi...