‘HUT TO HEART’ Inisiatif PIZZA HUT Bantu Pesakit Kanser Payudara! Jamu Selera Sambil Menderma

Inisiatif ‘Hut to Heart’ bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia agar mereka menjalani hidup yang lebih gembira, sihat dan bebas kanser bersama mereka yang tersayang serta masyarakat. Justeru, Pizza Hut ingin membantu dalam mengurangkan kes kanser di kalangan rakyat Malaysia dengan melabur ke arah meningkatkan kesedaran terhadap ujian pengesanan dan akses kepada rawatan.

Di bawah inisiatif ‘Hut to Heart’, dua projek yang telah dikenal pasti iaitu ‘SayangiMu’ dengan kerjasama National Cancer Society of Malaysia (NCSM) dan kerjasama Hospital Sultan Aminah di Johor.

Projek pertama di bawah ‘Hut to Heart’ yang bakal dilaksanakan ialah ‘SayangiMu’. Projek ‘SayangiMu’ itu menyeru semua wanita agar mula menjaga kesihatan dan diri sendiri. Wanita merupakan tulang belakang kepada sesebuah keluarga yang mementingkan keluarga dan mengutamakan ahli keluarga tersayang melebihi keperluan sendiri sehinggakan sering mengabaikan kesihatan diri.

Setiap tahun, lebih 5,000 keluarga di Malaysia menghidapi kanser payudara dan angka itu dilihat kian bertambah. Di sebalik jumlah yang besar itu, masih ramai wanita yang mempunyai sedikit atau tiada kesedaran mengenai kanser payudara. Malah, sehingga 70% wanita di kawasan pedalaman tidak tahu untuk melakukan pemeriksaan payudara dengan sendiri.

Memahami cabaran ini, Pizza Hut bekerjasama dengan NCSM untuk projek 3 tahun ini untuk membangunkan projek ‘SayangiMu’ bagi mengurangkan kanser payudara dengan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan awal dalam kalangan wanita dan pada masa yang sama memudahkan akses di kawasan pedalaman.

Projek ‘SayangiMu’ diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik golongan wanita tentang pentingnya pemeriksaan payudara awal kanser payudara. Ia bakal melibatkan komunikasi di restoran, laman web dan laman sosial yang dibangun bersama bekas pesakit kanser dan individu berpengaruh yang pernah berdepan dengan kanser. Ia akan digunakan untuk meningkatkan kesedaran ke atas kepentingan membuat pemeriksaan awal.

Pizza Hut juga akan memulakan usaha mengumpul dana sebanyak RM300,000 untuk menyediakan pemeriksaan awal secara percuma kepada 1,000 orang wanita di kawasan pedalaman. Pengumpulan dana ini akan dilaksanakan melalui pelbagai jaringan seperti menu istimewa Pizza Hut, kotak derma di cawangan-cawangan Pizza Hut, selain kerjasama dengan para pembekal dan vendor. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

Share
Published by
Suzi