Istilah “lebih tua dan lebih matang” sesuai diberikan kepada lima aktor Korea Selatan ini. Walaupun sudah mencecah usia 40an, mereka masih mempunyai ramai peminat. Tampak lebih muda dari usia sebenar. Malah, mereka juga kelihatan semakin berkarisma apabila usia meningkat.
Ads
LEE DONG WOOK
Aktor yang satu ini cukup terkenal dengan karakter protagonis dan antagonis.
Beberapa judul drama yang dibintanginya ialah Strangers from Hell, My Girl, Scent of a Woman, The Fugitive of Joseon, Hotel King dan banyak lagi. November ini Lee Dong Wook bakal berusia 42 tahun.
GONG YOO
Salah satu nama pelakon paling popular di Korea dan negara lain. Pada usia 43 tahun, dia masih aktif menceburi kerjaya sebagai bintang drama, filem, dan komersial.
Sepanjang bergelar aktor, Gong Yoo beberapa kali memegang watak utama dalam drama. Antara watak paling ikonik ialah apabila dia muncul sebagai lelaki misteri dalam Squid Game.
HYUN BINIstilah ‘Live begins at forty’ seolah-olah menggambarkan kehidupan Hyun Bin. Pelakon berusia 40 tahun ini pernah meraih kejayaan menerusi pelbagai judul drama dan filem.
Ads
Kini Hyun Bin bergelar seorang ayah hasil perkahwinannya dengan Son Ye Jin pada pertengahan 2022.
SEO JI SUB
Kaya, berjaya dan berkarisma, So Ji Sub menduduki tangga teratas artis Korea. Bukan itu sahaja, Jisub turut mengasaskan agensinya sendiri iaitu 51k Entertainment.
Ads
CHO SEUNG WOO
Lakonan aktor kelahiran Seoul ini dalam drama yang bertemakan jenayah iaitu Stranger musim 1 dan 2 telah mendapat pujian ramai. Usianya kini mencecah 42 tahun.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk perut ibu mengandung memiliki anak yang penyayang, bertimbang rasa dan tidak pernah berhenti memberi kebahagiaan kepada insan tersayang seperti Shiha Zikir. Walau bergelar selebriti, anak bongsu daripada tiga beradik ini sedikit pun tidak merasa malu membawa ibu tersayang ke mana sahaja. Termasuklah ketika menghadiri setiap show yang diterima. Biarlah dilabel anak manja sekalipun… yang pasti Shiha lega melihat kelibat ibunya, Rohana Ibrahim sentiasa ada di sisi. Bertuah ibu ini!
Berpeluang mendekati Shiha dan Rohana Ibrahim suatu ketika dulu, ibu berusia 60 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana mempunyai anak yang cukup prihatin. Mengakui tidak pernah memaksa Shiha untuk membawanya ke mana saja, Rohana yang juga ibu tunggal menjelaskan ia adalah kerelaan hati Shiha sendiri yang mahu sentiasa melihat dan berada di sisi ibunya setiap masa.
“Bukanlah kata nak puji anak sendiri tapi iyalah mana-mana ibu pun akan rasa bertuah kalau ada anak macam dia sebab Shiha ni apa-apa yang dia buat mesti dia pentingkan kita (ibu) dulu. Misalnya kalau ada show yang kata tak boleh bawa mak, memang dia tolak walaupun bayarannya tinggi.
Itu yang saya perasan tentang Shiha.. dia ada prinsip dia sendiri. Aunty pernahlah juga datang ke satu show ni. Bila dah sampai, mereka tak bagi masuk.. katanya orang pakai tudung tak boleh masuk dan macam-macamlah aunty pernah kena.”
Mendengar pengakuan ibunda tersayang, Shiha yang duduk di samping ibunya terus mencelah. “Bila jadi situasi macam tu, kita mula fikir sesuatu dan rasa tak best. Sampai pertengahan show tu baru saya sedar ia bukan persembahan dinner ‘biasa-biasa’ sebaliknya ada acara yang bertentangan dengan agama kita. Tanpa fikir panjang, saya terus panggil kawan saya yang juga penyanyi datang gantikan persembahan.”
Meskipun belum mencipta nama yang gah dalam industri muzik tanah air namun ia bukan halangan bagi penyanyi berbakat besar ini. Katanya, bukan populariti yang menjadi ukuran sebaliknya penglibatan Shiha dalam arena muzik adalah kerana minat. 2 November lalu merupakan ulang tahun kelahiran Shiha yang ke-33 dan sebagai menghargai jasa ibu tersayang, dia turut meluahkan niat untuk memberi hadiah kepada insan istimewa berkenaan.
Ujar ibu Shiha, “Dengan Shiha ni kita tak boleh merungut apa. Kalau cakap sedikit je ‘Eh, cantiklah barang ni’.. esok mesti dapat. Pemberian paling bernilai yang Shiha hadiahkan ialah kereta Vellfire. Tak minta pun sebab dah ada kereta tapi dia takut aunty tak selesa bila selalu ikut dia jalan jauh. Bab hadiah hari jadi, tiap-tiap tahun mesti dia bagi barang kemas.
Dia anak yang sangat bertanggungjawab. Tak boleh dengar kita susah. Kalau kita termenung, dia akan cepat-cepat tanya ada Shiha buat salah ke. Kalau ada mak beritahulah jangan simpan-simpan. Sampai macam tu sekali dia takut buat kita terluka. Sejujurnya, Shiha ni akan yang paling senang nak besarkan. Bahkan masa dia kecil lagi dia dah jadi anak yang baik. Ingat lagi masa bersalin dulu, ibu-ibu yang bersalin sama hari macam aunty tak boleh tidur sebab anak mereka menangis tapi Shiha tak.”
Mula menyanyi seawal tahun 2010, Shiha nyata bersyukur dengan rezeki yang diterimanya “Saya sedar populariti tu perlu tapi tak terdesak sampai hendak create story kontroversi untuk popular. Alhamdulillah, rezeki saya cukup mungkin sebab saya jaga mak dari dulu lagi sejak arwah bapa meninggal tahun 2008.
Orang fikir dia ni tak popular sangat tapi rezeki saya cukup. Tiap minggu ada saja jemputan persembahan dinner dan rezeki cukup untuk menyara ibu, bayar duit kereta, rumah dan sebagainya.”
Nona percaya rezeki yang diterima Shiha berkat doa dan keikhlasannya membahagiakan hati insan bergelar ibu. Moga kasih sayang Shiha menjadi inspirasi kepada semua untuk terus menghargai jasa ibu yang melahirkan kita ke dunia.
Kredit foto: Instagram Shiha Zikir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehebatan dua ikon wanita ini tak perlu disangkalkan lagi. Kedua-duanya punya kekuatan tersendiri yang cukup luar biasa sehingga menjadi inspirasi oleh seluruh wanita.
Tak ketinggalan selebriti popular tanahair, Hani Nazrina Hanizar atau Hani yang menjadikan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Neelofa sebagai sumber inspirasi untuk sukses dalam kehidupan.
Hani kini berusia 24 tahun serta berketurunan Melayu, India dan Parsi. Antara lakonan popularnya dalam drama bersiri Red Velvet dan pernah menyertai program realiti TV, Clever Girl musim ke-2.
FAKTOR PENCETUS USAHA
“Sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seorang wanita yang sangat tabah, bersemangat tinggi dan positif kerana mampu berjuang selama hampir 20 tahun. Dengan menginspirasikan beliau, saya sentiasa membaiki diri agar dapat menjadi inspirasi buat wanita lain khususnya generasi muda.
Neelofa pula sangat berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan berani. Saya masih ingat lagi ketika kami sama-sama berada di set penggambaran drama, Neelofa pernah berkongsi dengan saya catatan tentang perancangan masa depannya untuk 10 tahun akan datang. Ia ditulis pada satu helaian kertas.
Catatannya itu telah menyedarkan saya agar sentiasa merancang masa depan dan meletakkan target pada diri sendiri. Secara tak langsung ia menjadi pencetus buat saya untuk berusaha lebih jauh dan sentiasa mencari peluang.”
MENJADI CONTOH KEPADA GENERASI MUDA
“Apabila bergelar public figure ia mematangkan diri saya untuk bijak dalam membuat keputusan. Selain itu, ia banyak membaiki personaliti diri saya agar menjadi contoh yang baik dan dihormati.
Jangan pernah persoalkan kegagalan, sebaliknya belajar untuk bangkit semula dan terus berusaha. Sentiasa bersikap rendah diri. Saya juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri serta ikhlas dalam apa jua yang dilakukan. Hargai setiap peluang dan rezeki yang diperoleh.
Saya juga bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh wanita-wanita muda hari ini. Mereka lebih berdikari dan matang dalam mengatur masa depan. Saya terinspirasi dengan semangat mereka untuk belajar dan berusaha lebih daripada kemampuan diri.”
Walaupun kini kerjaya utamanya dalam industri perbankan namun pada masa sama Hani menjadikan bidang lakonan dan komersil sebagai kerjaya sambilan.
Kredit Foto: Instagram Hani Nazrina, Dr Wan Azizah & Neelofa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam sibuk menguruskan perniagaan dan kerjaya seni, Noor Neelofa Mohd Noor masih punya masa untuk berbakti kepada masyarakat. Tidak berniat menunjuk-nunjuk kerja amal yang disertainya jauh sekali meraih pujian atas keprihatinan yang ditunjukkan, selebriti cantik ini nyata mempunyai hati yang cukup murni. Hmm.. patutlah rezeki Neelofa semakin mencurah-curah, ‘Tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima.’
Mula bergerak aktif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat bersama para peminat sekitar tahun 2017, Pengasas Naelofar Hijab ini dilihat kerap turun padang membela nasib pelbagai pihak. Meskipun kehidupan Neelofa acap kali disinari dengan kilauan dunia glamor… namun dia sedikit pun tak kekok berkunjung ke kampung untuk membantu golongan emas dan kanak-kanak.
Bahkan baru-baru ini, kelibat Neelofa tiba di Kuala Selangor di samping beberapa staf Chatime serta para peminatnya untuk menjayakan program amal tersebut. Menerusi aktiviti murni itu, bantuan seperti barangan keperluan dan basikal diberikan kepada keluarga serta kanak-kanak kurang bernasib baik.
https://www.instagram.com/p/BtHtLWDF1ba/
Neelofa yang hanya memakai selendang, blaus labuh berwarna hitam serta berkasut sukan tampak berbeza daripada penampilan mewah dan stylonya selama ini. Walaupun penat, namun terpancar jelas wajah gembira pengacara ini di samping masyarakat.
Sebelum ini Neelofa pernah turun padang membersihkan pusat perlindungan kucing di S.I Home Shelter, menceriakan kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur dan macam-macam lagi. Terbaru, keprihatian Neelofa terhadap kebajikan masyarakat sekali lagi mencuri tumpuan apabila perbualannya bersama Nur Heliza Helmi bertebaran luas di media sosial apabila dia turut mahu membantu umat Islam di Syria yang sedang menderita menghadapi musim cuaca sejuk melampau.
Tahniah Neelofa kerana menjadi teladan baik dan inspirasi kepada anak muda masa kini untuk menyebarkan aura positif. Moga segala usaha dan jasa baik Neelofa diberkati Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...