Diam tak diam, sudah 20 tahun usia perkahwinan Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid dan suami tersayang, Dato’ Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim bin Hassim.

Ads

Pasangan ini memuat naik posting istimewa di Instagram masing-masing sempena ulang tahun perkahwinan ke 20 yang disambut pada tanggal pada 3 Jun. Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumahtangga selepas dua tahun mengenali hati budi masing-masing.

” I Am Still The Lucky One!”. DATO ACIS Ungkap Rasa Syukur Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20 Buat DATUK SHEILA MAJID!

“Some thought we wouldn’t last 20 months what more 20 years… Alhamdulillah with His continued guidance, barakah, aafiyah and mercy may we continue to have this union in this life and hereafter. Happy 20th anniversary @missmajid I’m still the lucky one ♥️♥️♥️”- ACIS

Dalam posting di laman Instagram miliknya, Dato Acis melahirkan rasa syukur kerana usia perkahwinan mereka menjengah angka 20 tahun meskipun kata-kata ‘nakal’ orang sekeliling pernah menjangkakan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 20 bulan sahaja.

Baca : https://www.nona.my/macam-sebaya-anak-anak-usia-58-datuk-sheila-majid-aktif-pilates-kelihatan-awet-muda/

” I Am Still The Lucky One!”. DATO ACIS Ungkap Rasa Syukur Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20 Buat DATUK SHEILA MAJID!

“Alhamdulillah, berkat petunjukNya, barakah, aafiyah dan anugerahNya, penyatuan dua hati ini masih utuh sehingga ke hari ini dan InsyaAllah ke akhirat jua. Selamat ulang tahun perkahwinan ke 20 @missmajid, I’m still the lucky one!,” ujar Acis.

Bukan hanya Dato’ Acis melahirkan rasa syukur di atas ulang tahun perkahwinan ke 20, Ratu Jazz Datuk Sheila Majid turut memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya menujukan dedikasi buat suami tersayang.

Ads

” I Am Still The Lucky One!”. DATO ACIS Ungkap Rasa Syukur Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20 Buat DATUK SHEILA MAJID!

“Happy Anniversary! ❤️💍❤️
May Allah SWT bless this union to stand the test of time,till the end of time…in shaa Allah. Here’s to more adventures together!”-  Sheila Majid

” I Am Still The Lucky One!”. DATO ACIS Ungkap Rasa Syukur Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20 Buat DATUK SHEILA MAJID!

Perkahwinan pasangan ini diserikan dengan kehadiran  dua orang cahaya mata  iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim. Selain itu, Acis merupakan bapa tiri kepada Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid. Pada 13 Februari tahun lalu, Megat Abdul Majid selamat diijabkabul dengan Nik Nuralia Fauzi.

Ads

Pada ulang tahun perkahwinan ke 15 yang lalu, Dato Acis pernah membuat kejutan istimewa buat isteri tersayang dengan membawa isterinya bercuti ke Granada, Andalusia, Sepanyol tanpa diketahui oleh Sheila Majid destinasi yang bakal dituju sehinggalah dia berada di lapangan terbang. Apa agaknya kejutan yang Datuk Sheila Majid dapat untuk ulang tahun perkahwinan kali ini ya!

Semoga pasangan yang melengkapi antara satu sama lain ini berbahagia sehingga ke akhir hayat!

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI