Happy birthday Bunga Citra Lestari! Tanggal 22 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi kelahiran Indonesia ini yang ke-40. Tampil muda remaja dan terpancar wajah penuh bahagia, ulang tahun kelahiran Bunga diraikan meriah di samping ahli keluarga dan kenalan rapat.
Daripada foto-foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, kelihatan Bunga dikelilingi beberapa jambak bunga-bungaan segar dan hadiah berjenama mewah pemberian insan-insan tersayang.
Tidak cukup itu, pelantun lagu Cinta Sejati ini turut menerima beberapa biji kek hari lahir! Lebih bermakna, hari istimewa tersebut diraikan bersama anak tersayang, Noah.
Tampil dengan dress bercorak abstrak biru putih, gaya dan wajah Bunga nyata tidak makan dek usia. Tetap anggun dan awet muda persis anak dara.
Berkongsi rasa terharu dan gembira dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada orang sekeliling, Bunga menerusi media sosial mengungkapkan terima kasih.
“Thank you for all of you who came and celebrated my 40th birthday. I feel so blessed and thankful for your wishes and joy for me.
Thank you for the love. And life might be full of ups and downs, but cheers to 40 wisdoms with 20 spirit!”
Kehidupan Bunga Citra Lestari menjadi perhatian peminat lebih-lebih lagi sejak suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Cekal mendepani hidup, Bunga yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia tersebut pada 9 November 2008 turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang bakal menginjak usia 13 tahun.
Dah Sedia Buat Kejutan Hari Raya? Tiba-Tiba Muncul Dengan Wajah Halus, Putih Gebu!
Sepanjang PKP ini, lama sungguh kulit berselindung dari sinaran cahaya matahari. Berhari-hari duduk di rumah demi memutuskan rantaian COVID-19, kan bagus kiranya waktu yang sama digunakan untuk memanjakan kulit muka?
Tinggal beberapa hari je lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni suasananya sudah tak sama seperti dulu. Tiada lagi aktiviti silaturrahim, balik kampung, bertakbir rumah ke rumah, solat Raya di masjid, tradisi ziarah sanak saudara dan rumah terbuka.
Tapi tak mengapa. Kita teruskan sahaja kempen The New Normal dengan buat panggilan video. Maksud The New Normal untuk wanita seperti kita ni adalah kulit yang cerah, halus dan berseri. Itu yang akan diperhatikan ahli keluarga kita masa video call nanti.
KEISTIMEWAAN
Selama 13 tahun di Jepun, losen HADA LABO kekal No. 1 di pasaran dengan satu botol terjual setiap dua saat.
Ia digunakan selepas regim mencuci wajah, dimana losen dioles bagi menggantikan fungsi toner. Losen ini mampu membekalkan lembapan, mengunci hidrasi, mengecilkan liang pori dan menggalakkan penyerapan produk lain.
Premium Whitening Lotion ini mengandungi Tranexamic Acid dan Hyaluronic Acid yang menyerap jauh ke dasar kulit untuk melawan bintik hitam dan membekalkan hidrasi yang diperlukan. Hasilnya, kulit menjelma lebih halus, cerah dan lembap berbanding dulu.
Hyaluronic Acid berkuasa untuk membekalkan 600 kali lebih banyak air agar tekstur kulit bertambah lembap. Losen ini juga mengandungi empat jenis Hyaluronic Acid dari pelbagai saiz yang boleh menembusi setiap lapisan kulit dengan baik.
AMALAN DARI DAPUR
Tapi untuk yang rajin di rumah, anda boleh amalkan petua dapur di bawah ini untuk mendapatkan kulit yang cerah dan berseri.
TOMATO
Buah tomato kaya dengan vitamin C dan bermanfaat untuk memutihkan kulit. Caranya:
- Parut tomato dan titiskan perahan lemon dan air mawar.
- Campurkan kesemuanya sehingga rata.
- Oles pada wajah selama 15 minit.
- Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.
YOGURT
Yogurt begitu sinonim untuk memberi kelembapan dan memutihkan kulit. Caranya:
- Campurkan yogurt dengan sedikit madu.
- Oleskan bancuhan pada wajah dan biarkan 10 minit.
- Bilas dengan air.
KENTANG
Air yang terkandung dalam sebiji kentang boleh digunakan untuk memutihkan wajah dan kulit tubuh. Caranya:
- Parut sebiji kentang dan tambahkan satu sudu teh madu.
- Oleskan pada kulit selama 20 minit.
- Bilaskan dengan air dan rasai kulit yang bersih dan putih.
Walau bagaimanapun, sejauh manakah keberkesanannya? Sempat lagi ke nak beli bahan-bahan di atas dan lakukan sendiri di rumah?
Tak perlu bersusah-payah kerana solusinya ada di depan mata. Hanya usapkan Premium Whitening Lotion dan anda boleh ber-video call dengan penuh keyakinan.
Tak kiralah dengan keluarga di kampung atau rakan-rakan karib, berikan kejutan pada mereka dengan penampilan wajah yang lebih cerah dan awet muda.
Foto: IG @missmimilana
Pernah Digelar “Gemuk & Hodoh” AISHWARYA RAI Buktikan Usia 48 Tahun Tak Mustahil Kekal Kejelitaan!
Wanita mana tidak pernah berhadapan dengan masalah berat badan apatah lagi usai proses melahirkan cahaya mata? Ia adalah kitaran kehidupan normal yang harus dilalui oleh wanita usai melahirkan anak.
Bagi pelakon yang pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai, dia juga tidak terlepas dari berhadapan masalah tersebut selepas melahirkan anaknya, 12 tahun yang lalu. Malah, dia hampir tertekan dek masalah kenaikan berat badannya itu.
Pelakon kelahiran Mangalore, Karnataka, India ini juga pernah melalui saat “dimalukan di media sosial” di mana foto dirinya dimanipulasi dan dijadikan bahan ejekan. Walaubagaimanapun, Aishwarya sering kelihatan tenang berhadapan dengan tekanan dan menganggap situasi tersebut turut dihadapi oleh ramai selebriti lain di seluruh dunia.
Tidak dinafikan persoalan body shaming sememangnya menjadi topik yang hangat diperkatakan seantero dunia kerana ramai beranggapan individu bertubuh besar mempunyai stigma tidak cantik dan mempunyai masalah kesihatan.
“Mereka punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain kerana tindakan itu membuatkan mereka bahagia. Namun pada penghujungnya, kita hanya mampu untuk memikirkan cara mereka ber kir.
“Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri. Kita hanya dapat menolong dengan tidak mengambil kisah tentangnya,” ujar Ratu Dunia 1994 itu.
Menjangkau usia 48 tahun, Aishwarya masih dihujani pujian kerana berjaya mengekalkan kejelitaan dan mengatasi masalah berat badan. Malah penampilannya dalam filem terbaharu, Ponniyin Selvan serta merta mengunci mulut pengkritiknya yang selama ini meyakini bahawa kegemilangannya sebagai pelakon sudah berakhir.
Menurut portal Times Of India, Aishwarya mengamalkan diet ringan, selain membudayakan aktiviti kecergasan untuk mendapatkan bentuk fizikal dan kecergasan yang diperlukan bagi menghidupkan watak Nandini dalam filem tersebut.
Pelakon tersebut dilaporkan amat menggemari masakan ala Mangalore terutamanya kari ikan dan ayamnya. Aishwarya turut mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi.
Beliau juga dilaporkan mengamalkan pengambilan jus lemon suam bercampur madu setiap pagi. Antara rahsia yang terkandung dalam minuman jus lemon suam bercampur madu termasuklah ia mampu menurunkan berat badan, mencegah infeksi saluran kencing dan mampu membersihkan hati dari racun.Selain itu, rutin senaman aktress tersebut termasuklah yoga berbanding melakukan aktiviti senaman di gimnasium.
Fungsi SENTAL Kulit Mati Sebagai ASAS KULIT SIHAT. Rahsia Kulit Cantik Yang Ramai Abaikan!
Nak miliki kulit sihat dan cantik? Rahsianya singkirkan dahulu sel kulit mati yang melekat pada kulit tu! Ini kerana purata dalam setahun, sebanyak 4kg sel kulit mati terkumpul di atas permukaan kulit!
Sel kulit mati juga menjadi punca solekan bercapuk dan kadang-kadang berkuping. Masalah kulit seperti bersisik, kering, mengelupas, bintik hitam dan jerawat berpunca daripada timbunan sel kulit mati di lapisan kulit.
Mencuci wajah atau memakai pelembap sahaja tidak cukup untuk mengeluarkan sel kulit mati di atas kulit. Memakai topeng muka dan lulur sangat penting untuk mengeluarkan sel kulit mati di samping melakukan perawatan wajah.
Sebaiknya segara lakukan perawatan kulit agar tidak terlambat sehingga perlu melakukan rawatan estetik di klinik. Bagi memiliki kulit wajah yang halus dan lembut, ayuh buang sel kulit mati yang terkumpul di atas kulit dengan petua mudah berikut.
1.Cuci Wajah Menggunakan Air Panas
Cara paling efektif untuk menyingkirkan sel kulit mati adalah dengan melakukan proses eksfoliasi. Langkah yang paling mudah untuk melakukan eksfoliasi kulit adalah dengan menekap wajah dengan tuala hangat. Ambil tuala yang bersih, rendam dalam air panas dan perah.
Letak lembut pada wajah dan tepuk perlahan serta biarkan selama dua minit. Tindakan ini dapat membantu membuka pori-pori wajah dan menyediakan kulit untuk proses eksfoliasi. Apabila pori-pori wajah terbuka, sel kulit mati lebih mudah disingkirkan.
2.Guna Pembersih Wajah Lembut
Pori-pori wajah terbuka selepas menggunakan tuala panas, singkirkan sel kulit mati dengan menggunakan cecair pembersih yang lembut. Boleh menggunakan pembersih wajah yang digunakan setiap hari.
Kulit yang telah dipersiapkan untuk eksfoliasi memudahkan langkah untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan efektif. Tekap tuala lembut pada wajah dan jangan menggosok terlalu kasar sehingga kulit boleh menjadi rosak.
3. Keistimewaan Campuran Garam Laut
Garam biasa BUKAN saja digunakan dalam masakan semata, tapi garam juga berkuasa untuk menyingkirkan sel kulit mati. Garam laut kaya dengan mineral dan merupakan pilihan terbaik untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi.
Butiran kasar pada garam bagus untuk pengelupasan sel-sel kulit mati pada wajah. Urut lembut dalam pergerakan bulatan pada wajah atau pada kawasan yang memiliki sel kulit mati. Geseran garam pada kulit membuat sel-sel kulit mati tertanggal dengan sendirinya.
Lakukan di waktu malam sebelum tidur adalah langkah yang bijak. Jika mahu kesan yang lebih sempurna campur minyak zaitun pada garam agar kulit menerima lembapan daripada minyak zaitun tersebut.
4. Eksfoliasi Kulit Secara Mekanikal
Jika mahu membuang sel kulit mati dengan lebih efektif, lakukan pengelupasan sel kulit mati secara mekanikal. Eksfoliasi kulit ini berupa lulur, krim pembersih dan partikel kasar.
Eksfoliasi ini lebih mudah didapati kerana terdapat banyak di pasaran. Namun, eksfoliasi secara mekanikal ini tidak boleh dilakukan dengan kerap kerana boleh menyebabkan lapisan kulit luar terhakis. Hanya lakukan gerakan lembut dan berhati-hati ketika mengurut wajah untuk mengelakkan iritasi kulit.
5. Eksfoliasi Kulit Secara Kimia
Kaedah ini adalah yang terbaik untuk kesan jangka panjang kerana boleh membersihkan jauh ke bawah lapisan kulit. Eksfoliasi secara kimia berfungsi dengan menghancurkan ikatan kimia dengan melepaskan sel-sel kulit mati sehingga dapat ditanggalkan dengan lebih mudah.
Baca dengan teliti terlebih dahulu produk ini agar bersesuaian dengan kulit. Setelah selesai proses eksfoliasi, tepuk lembut kulit wajah sehingga kering dan biarkan selama lima minit. Setelah selesai sapu pelembap untuk mengembalikan kelembapan semula jadi kulit.
6. Ketahui Jenis Kulit
Sebelum melakukan proses pengelupasan adalah penting untuk mengetahui jenis kulit. Kerana jika menggunakan cara atau produk yang salah akan memberi kesan yang tidak baik kepada kulit. Terdapat lambakan produk untuk menyingkirkan sel kulit mati ini dan pilih yang terbaik agar tidak menimbulkan masalah kulit sehingga anda perlu berjumpa dengan doktor kulit.
Bagi pemilik kulit jenis sensitif, perlu lebih berhati-hati memilih produk atau kaedah yang mahu digunakan. Pemilik kulit jenis ini lebih baik menggunakan masker wajah yang dibuat sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi atau lulur. Bagi pemilik kulit jenis berminyak pula lulur dengan bahan kimia seperti asid hidroksil, asid salisilat merupakan pilihan terbaik.
Namun sebelum melakukan apa juga kaedah anda perlu berjumpa dengan pakar kulit untuk membuat rundingan. Melalui pemeriksaan rapi mereka boleh menyarankan produk atau kaedah yang terbaik untuk kulit.
Bukan Setiap Hari
Awas! Kulit wajah tidak boleh melakukan proses eksfoliasi setiap hari. Kulit memerlukan waktu untuk tumbuh kembali setelah dilakukan proses pengelupasan. Cukup hanya lakukan proses eksfoliasi sekali seminggu untuk kulit normal. Bagi kulit berminyak pula boleh melakukan pengelupasan dua kali seminggu.
Jika berlaku iritasi kulit sebaik sahaja selepas melakukan eksfoliasi berhenti melakukannya. Eksfoliasi juga boleh membuat kulit menjadi sensitif terhadap sinar matahari. Selepas membuat pengelupasan anda tidak boleh keluar rumah tanpa menyapu krim tabir suria.