“I Shook His Hand For His Daughter” Luahan Beto Kusyairi Tentang Bapa Mertua Undang Sebak!

Tanah kuburan masih merah dan basah. Kurang 44 hari selepas pemergian bapa mertua aktor Beto Kusyairi ke rahmatullah, Allahyarham Shahar Abd Hamid, coretan menantu kesayangannya undang sebak.

Nama aktor Beto Kusyairy kembali diperkatakan sebaik lakonan mantapnya sebagai Zuhal dalam filem Imaginur, berbekas di jiwa penonton. Berusia 43 tahun, kekuatan penghayatan Beto pastinya turut datang dari semangat isteri tercinta, Tisha Shahar.

“My real ‘nur’. Dah 4 kali dia tengok. Lagi banyak dari aku. Tapi waktu malam gala the film hits her different. Dia rindu papa dia. Teresak-esak sebelah aku.” Beto Kusyairi

 

Beto atau nama penuhnya Nurkusyairy Zakuan sering membuktikan bahawa bakat lakonan lebih hebat daripada sandaran rupa atau populariti.

Bayangkan meskipun melihat lakonan Beto saja sudah mampu membuatkan penonton teresak-esak dan mengelap air mata. Penjiwaan beliau sewajarnya meletakkan diri lelaki ini dalam barisan pelakon kelas pertama!

Sudah berumah tangga selama 15 tahun dengan Tisha Shahar, kebahagiaan pasangan ini jelas terpancar melalui perkongsian Beto di media sosial. Namun ada satu coretannya tentang arwah bapa mertua yang baru saja kembali ke rahmatullah mengundang sebak!

“Al-fatihah buat Shahar Abg Hamid yang sentiasa berbangga dengan karya menantu dia ni. You will always be in our heart Pa.

 

I shook his hand for his daughter. Selalu mencari peluang menonton karya-karyaku dan sentiasa berbangga dengan hasilnya.

So protective over me. Could not have asked for a better father in law. He was the coolest!

MasyaAllah lancar dan tenang sungguh urusan pemergianmu Pa. Segalanya dipermudahkan. syukur alhamdulillah. Makes me believe that you are in a better place now.

Terima kasih kerana terima saya menjadi sebahagian dari Shahar’s family. Love you Pa..rehatlah. Till then.” Beto Kusyairi

 

Biarpun belum dikurniakan rezeki cahaya mata, namun pasangan ini reda dan bahagia dengan cara mereka yang tersendiri. Antaranya melayari percutian bersama sahabat-sahabat di Terengganu.

“Short & sweet getaway with the sahabats…” Beto Kusyairy

Percutian di Terengganu turut disertai sahabat baik, Zahiril Adzim

 

Trip ke Terengganu bersama sahabat Beto dan isteri

 

Beto dan Tisha

 

Kesempatan bercuti dimanfaat untuk mengeratkan perhubungan

 

IMEJ BERSIH

Sejak muncul dalam industri seni, nama Beto jarang terpalit kontroversi melainkan kisah komitmennya yang tinggi dalam setiap karya yang dibintangi. Imej bersih ini menambah rasa hormat peminat terhadap beliau.

Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain, namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya.

Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton.

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Beto terlebih dahulu membina nama sebagai maskot untuk siri televisyen pendidikan kanak-kanak, Along. Lelaki kelahiran Kuala Lumpur ini turut memiliki kelulusan Diploma Perhotelan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Seorang yang pemalu namun berjiwa kental, Beto Kusyairy sebenarnya sangat meminati sukan lasak seperti bungee, flying fox dan paraligding

serta aktiviti permotoran.
Wahid and his REAL wife

 

Gurau senda mengeratkan hubungan suami isteri

 

 

 

Suka tengok wajah Tisha yang polos, tapi mesra dan senang tersenyum. Sekali imbas, memang keduanya nampak seiras.

Tisha juga baru saja menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hujung tahun lalu.

Kata Beto, beliau cukup kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh isterinya itu meskipun harus membahagikan masa demi keluarga, pekerjaan dan pelajaran.

Lebih membanggakan, isteri Beto turut berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. Menariknya meskipun selalu mendapat spotlight, tapi pasangan ini kekal merendah diri dan berjaya dalam bidang masing-masing. Saling menguatkan dan faham-memahami!

 

Share
Published by
Norzalina