Berita gembira buat seluruh umat Islam apabila Kerajaan Arab Saudi telah memberi kebenaran untuk menerima jemaah umrah dari luar negaranya bermula 1 November ini secara berperingkat. Sebelum ini, pihak Kerajaan Arab Saudi telah menutup pintunya daripada melakukan ibadah umrah dan juga haji akibat pandemik COVID-19.
Menunaikan ibadah umrah atau menunaikan haji merupakan impian setiap umat Islam. Bertemu dengan Baginda Rasullah SAW di makamnya di Raudhah juga mengundang sebak lantaran aura yang luar biasa. Namun sudah menjadi lumrah bagi jemaah Muslimat apabila tidak mempunyai rezeki untuk masuk ke Raudhah. Ini kerana kawalan rapi pegawai yang bertugas di sana.
Aida atau Khairul Noormaaidah Zali, juara musim pertama program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 pada 2009 yang telah menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya sedikit masa dahulu sudi berkongsi cara berpeluang masuk dengan mudah ke dalam Raudhah.
Kongsi Aida di platform media sosialnya;
Tip ke Raudhah bagi Muslimat;
1) Berpakaian persis wanita arab
2) Ikut jemaah arab (masuk lebih awal)
3) Sampai di ruang karpet hijau cuba dapatkan saf yang paling hadapan
4) Kalau ada kesempatan lakukan solat dan berdoa di beberapa tempat supaya penjaga raudhah tak perasan kite lama di situ (وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ) baca ini moga-moga Allah SWT tutup pandangan orang terhadap kita)
5) Jangan selfish! Bagi juga ruang jemaah lain untuk sama beribadat .
6) Niat supaya Allah SWT permudahkan.
Dalam pada itu Aida juga turut berkongsi tentang perasaannya ketika berada di Kota Madinah. “Kali ini berlantaikan KOTA BERCAHAYA, sayu yang teramat sangat. Entah kenapa perasaan tu lain dengan kali pertama ke sini beberapa tahun lalu. Suasana Allahurabbi dinginnn, tenang Subhanallah. Aida terus terfikir Ya Rasululluh layakkah aku bertemu, berkongsi setanah suci denganmu…Moga kita semua beroleh syafaatnya,” kata Aida.